30 December 2011

Permainan Masa Kecik-Kecik : Tibai Lalat

Assalamualaikum.

Tadik bersembang dengan kawan sekampung aku merangkap kawan sepermainan aku la zaman muda-mudi tu. tiba-tiba terkeluaq satu cerita. pasai permainan masa kecik-kecik dulu. saja dok nak mengungkap kembali kisah kami dahulu. :) sumpah, lawak! mana aku tak gelak kuk kik kuk kik. *sila buat intonasi yang betoi naa!*





Antara permainan yang SELALU kami main dulu macam rounders, tuju kasut, lawan rubber, tudung tun, aci nyorok, masak-masak, kawen-kawen dan TIBAI LALAT. dan aku dapat idea nak update pasai permainan ni sebab ada kawan aku, Adam, tanya, macam mana main dia.



so, mai nak setori skit macam mana kami main TIBAI LALAT.


sebenarnya, tak guna pun lalat betoi macam gambaq kat atas ni. HAHA. mampuih la nak ligan lalat-lalat ni. so, bayangkan ya aku cerita ni.

1. Buat satu bulatan dan duduk.
2. Salah sorang berdiri sambil pegang sesuatu untuk jadikan tanda. * kira dia ni lalat la, kami dulu guna daun kunyit, tu pakat kena ligan dengan jiran*
3. Yang duduk tu kemudian kena tutup mata ya. *sila amanah, jangan bukak mata*
4. kemudian, yang berdiri tu akan berjalan mengelilingi bulatan tersebut. sambil tu ramai-ramai nyanyi lagunya. macam ni.

tibai lalat tibai lalat di kaki,
sapa kena dia yang jadi.

*lebih kurangla. aku pun tak ingat lagu dia. hehe. panjang lagi ni*

5. pastu yang LALAT tadi ni letakla apa yang dia pegang kat belakang salah sorang yang duduk.
6. so, bila yang duduk ni sedaq dia kena , cepat-cepat bangun ligan si LALAT tadik ni. dan pukul dia. kata lain, sentuh dia dengan benda tuh.
7. kalau LALAT tadi takdan duduk kat tempat yang kena tadik, dia dikira kalah. kalau dan, maksudnya, yang penibai lalat tu kena jadi lalat. dan ulanglah sampai cemuih! HAHA.

hampa paham dak? boleh bayang kan? hehehe.

selamat mencuba! aksi ni tak berbahaya. HAHA!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

26 comments:

  1. macam best, tapi apa kata cik jannah wat video maen game neh..lagi best tgk..he2.. :p

    ReplyDelete
  2. haha..xpnh main!

    dl main tiang, main mickey mouse, osom je..heee ;p

    ReplyDelete
  3. Wahhh..tak pernah main tibai lalat ni ;DD menibai lalat betul pernah laa hihi

    ReplyDelete
  4. penah gak main tapi aku tak pulak panggil tibai lalat. tah ape ke namanya. and kitorang guna selipar jepun dulu, tade guna daun kunyit jiran punya macam kamu buat.haha..

    ReplyDelete
  5. oh.tak pernah main. dulu ada jugak men game buat buat bulatan tapi dah lupa. =p

    ReplyDelete
  6. ow selalu main game ni. tapi takde pulak panggil nama tibai lalat. ktorang main je ha. ni siap ada lagu2 pulok. haha !

    ReplyDelete
  7. Hahaha aku ingat lg! Lagu yg aku slalu nyanyi
    Lalat kurap lalat kurap hinggap d kaki
    Sapa kurap sapa kurap x mandi pagi
    LOL!

    ReplyDelete
  8. kekekekekek
    adoiiii
    lawak gile main ni
    cm penah main
    tap mungkin jadi menatang lain..x jadi lalat la
    hehehee

    ReplyDelete
  9. haha,, tak prnah dengar pulak ade prmainan Tibai Lalat nie, haha. tp mcm best :)

    ReplyDelete
  10. hehe..penah men..n masih jumpa bebudak skola men permainan ni skrg..~ ^^

    ReplyDelete
  11. tibai lalat ? hu3 , kalau yg saye main , name permainan nye : telur busuk .
    lebih kuranglaa cara nak mainnya , tapi kitorg gune sapu tgn ,

    ~ seronok jd kanak2 ,

    ReplyDelete
  12. Ooo... tau-tau.. Tapi kat pahang rasanya permainan ni nama dia lain kot. Dah tak ingat dah org pahang panggil apa. Biasa jugak main rounders.

    ReplyDelete
  13. ooo tau tau permainan tu tapi tak tau lak namanya tibai lalat.haha.apa pun permainan dulu memang best. budak sekarang mana main semua tu.huhu

    ReplyDelete
  14. kenapa gua tak pernah tahu pasak game nie?
    rsenya semua game dulu2 gua dah main.
    ini game masa depan ke? hihi

    ReplyDelete
  15. erkk.permainan kurun keberapa ni? hahahha. tak penah la pulak.. :D

    ReplyDelete
  16. ila tak pernah men tibai lalat..

    ne cuba untuk faham..ehheh

    camat tahun baru dear..;)

    ReplyDelete
  17. rajin main ni ms tadika dulu .. hehe

    ReplyDelete
  18. waaaaa rindu kot permainan nih!

    slalu main dlu. hahaha :)

    ReplyDelete
  19. oouh!tahu mainan nie.dulu selalu jugak lah main.waktu kecik2.tapi kiteorng tak paggil tibai lalat.tapi tak ingt pggl ape.huhu

    ReplyDelete
  20. hihik, macam best jee.
    budak2 sekarang ni dah tak main dah benda2 ni semua en. haha

    ReplyDelete
  21. rasa macam pernah main permainan ni tapi rasanya kitorang tak panggil tibai lalat kot. tapi dah lupe panggil apa. huhuhu

    ReplyDelete
  22. Xreti maaen...hee tp kan tgk dak2 zamn skg dh xmen bnda2 mcm ni kan...

    ReplyDelete
  23. tibaiii lalatttttttttttttttttttttt !
    apakah, baik tibai nyamuk. hapuskan denggii. nge~

    ReplyDelete
  24. Bukan ke lagu dia gini ... tepuk lalat tepuk lalat hinggap di kaki ... fina (or guna nama sape2) kurap , fina kurap . Xmandi pagi . Xgosok gigi . Anak benggali

    ReplyDelete

Oh!Belog