03 January 2012

Perkara Yang Lelaki Cari Dari Seorang Wanita

Assalamualaikum. :)

oh, aku dah ada kat KUIS sekarang ni. penat seh. naik train pukul 11.21 malam. sampainya pukul 7.20 pagi. then, aku terus ghi Melaka dengan sahabat aku. oh, ada kerja. sangat sibuk. Malam ni, sebelum mata aku tertutup nak tidur, aku nak share sesuatu lah. Aku dapat idea masa aku jalan-jalan kat blog-blog tadi. HAHA. macam banyak, tapi tak sangat. cukuplah buat aku tertarik.


Antara perkara yang lelaki cari dari seorang yang bergelar Perempuan :

Lelaki ingin cari wanita yang cantik di MATA mereka
Sudah lumrah bagi insan yang bergelar manusia yang sukakan kecantikan, terutamanya lelaki. Allah juga sukakan kecantikan. :) bagi pendapat aku, even perempuan tu tak cantik dari segi fizikal, tapi dia tetap cantik di mata seorang lelaki yang benar-benar cintakannya. perasan tak, selalunya lelaki akan cari wanita yang cantik fizikal untuk dijadikan sebagai makwe, tetapi bila kahwin, depa mesti nak cari seseorang yang boleh menjaga diri mereka even perempuan tu tak cantik mana pun. tetapi ingat, jika lelaki memilih anda untuk jadi temannya, percayalah, andalah yang tercantik pada pandangan mata dia. :)

Cantik Luaran Belum Tentu Cantik Dalaman. Cantik Itu Subjektif. :)

Lelaki ingin cari wanita yang SETIA dan YAKIN dengan diri mereka
Lelaki sentiasa ingin cari wanita yang setia dalam sesuatu perhubungan, kerana bagi mereka, wanita itulah yang akan bersama mereka tak kira waktu senang mahupun susah. lelaki juga ingin cari wanita yang yakin dan percaya akan diri mereka. mereka akan lebih semangat bila mendapat sokongan daripada wanita.

Lelaki ingin cari wanita yang berikan mereka rasa CINTA
Setiap lelaki memang suka dimanjakan dan dicintai. mereka akan lebih cenderung memilih gadis yang mencintai mereka lebih dari wanita yang tidak mencintai diri mereka. kalau anda-anda semua jumpa lelaki yang anda sayang dan cinta, berikan dia rasa itu. insyaALLAH, peluang cerah untuk memilikinya.

okeyh. rasa dah cukup untuk kali ni. jumpa lagi! okbai.

p/s : dengaq lagu ramlah ram yang baru, Sesaat Kau Datang. best !

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

10 comments:

  1. wow. setuju. :)cntik itu subjektif kan? setiap org punya pndangan berbeza

    ReplyDelete
  2. comel je entri
    hehe..
    setuju juga, cantik di mata dia, tak semestinya cantik di mata lelaki lain.
    :)

    ReplyDelete
  3. sama. setuju... dan yang paling penting beriman.. InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  4. Cari lah perempan yg baik keturunan dan agamanya.... InsyaAllah bahagia...

    ReplyDelete
  5. Lorr.. 3 je.. Penat je berlari amik pen dengan kertas tadi.

    Part kecantikan tu betul. Mmg org kata tak nilai melalui paras rupa. Tapi perlu rasa suka dan sedap mata memandang kalo nak kawen. Biar le org lain nak kata pasangan kita hodoh ke apa ke, asalkan di mata kita dia lah yg tercantik.

    Pastu yg mencintai tu, pompuan plak takleh terlampau mencintai sampai jadi mcm pompuan psycho. Nnt lelaki takut plak. Mencintai dengan cara yg betul.

    ReplyDelete
  6. aku ingin cari lelaki yg memahami.cukup begitu buat masa ni.heheh

    ReplyDelete
  7. sweetness! =)

    ps: sory mya lama tak berkunjung sobs...

    ReplyDelete

Oh!Belog