25 September 2011

Adakah Aku Setenang Dia?

Assalamualaikum. :)

baru-baru ni aku ada buat entri pasal hati aku tuh kan? ala. yang nak kata jiwang tuh macam segan gak la. tapi yang tu la kan? hehe. :) aku dapat idea nak update ni masa aku tengah menghayati detik-detik kewafatan Rasulullah saw. itu tajuk assignment aku sem ni. Ya ALLAH. demi ALLAH, air mata aku ni menitik tanpa dapat ditahan. betapa aku sedih. Sedangkan ketika sakaratul maut Baginda, Jibril sendiri tak sanggup nak lihat wajah Baginda menahan sakit, inikan kita. apa sangat nak banding kita dengan Baginda, kekasih ALLAH? 

memang pedih. sangat pedih apabila orang yang kita sayang meninggalkan kita. tak kira lah sama ada itu ahli keluarga kita atau pun sesiapa yang kita kenal. tetapi apa yang aku perasan budak-budak zaman sekrang ni, mereka semua lagi sedih apabila ditinggalkan pakwe or makwe depa. kan? serius ! aku pun tak terkecuali. tetapi aku bersyukur sebab aku masih ada pertimbangan. Alhamdulillah.

“Siapa saja yang menyembah Muhammad maka ketahuilah bahwa Muhammad telah tiada. Dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan pernah mati.”

selepas aku ulang-ulang baca ayat Abu Bakar As-Siddiq semasa Umar tidak dapat menerima berita kewafatan Rasulullah, aku tersentak sekejap. Sikap Umar ibarat sikap aku yang terlalu sayang sehingga tidak dapat menerima hakikat, Sedangkan sahabat Baginda yang paling rapat dengan Baginda pun tenang menerima takdir ini, mengapa aku tak boleh belajar terima kehilangan? aku terdiam. 

 aku perlu bangkiit ! ustaz pernah cakap :

tidak ada buah yang tidak gugur melainkan ada yang mengutipnya.

jangan risau akan jodohmu, jika dia adalah jodohmu. lari pi la jauh mana pun. dia mesti mai kat kita balik kan?


bolehkah aku belajar menjadi setenang Saidina Abu Bakar As-Siddiq saat menerima kehilangan orang yang paling dicintainya, pemberi syafaat kepada kita kelak?



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

27 comments:

  1. :)
    tgh hidup ni
    buatlah kebaikan kpd semua org.

    ReplyDelete
  2. thru semua susah pyah musibah yg Allah bg kita rasa tu la, insyaAllah satu hari nt kita pun setenang itu utk hadapi benda lain :)

    ReplyDelete
  3. salam...

    moga awak mendapat rahmat Allah swt selalu..amin

    ReplyDelete
  4. kiranya cik pengetua sdg keciwa la ye? akak tak baca apa yg membuatkan gundah gulana tu, cuma....semakin kita bersedih, makin dkt dgn Allah..

    ReplyDelete
  5. @~~zAnAfAhMi~~ hehe. :) takpe. takot tak paham lak bila baca. okey. insyaALLAH kaka. :)

    ReplyDelete
  6. ni yang tak boleh ni , sedih sedih ni woihh . heheh . kau sedih lagi ke? jangan ah sedih wehh

    ReplyDelete
  7. sedangkan yg tak akrab tapi sayangnya ada pn sudah menangis tak sudah.. bagaimana pula dgn yg akrab lg disayang...

    ReplyDelete
  8. insyaAllah kamu boleh jadi setenang beliau jika kamu benar2 cintakan orng yg kamu cintai.

    *ayat skema je.. huhu*

    ReplyDelete
  9. insyaAllah kamu boleh jadi setenang beliau jika kamu benar2 cintakan orng yg kamu cintai.

    *ayat skema je.. huhu*

    ReplyDelete
  10. @ekabukanmakcikkau. haha. aku dah mula nak hepi ni. ko ni lawak la. haha

    ReplyDelete
  11. @maCy betul2. so. kita kena belajar tabah kan?

    ReplyDelete
  12. Kita perempuan memang tabah.... Tabah lah yea.... Percayalah , pasti ada sebab....

    Salam kenal yea....

    ReplyDelete
  13. aku ni kalau dh kalut sangat, gelabah leh tahan. aku serius kagum dgn org yg rilex spnjg masa ni..
    anyway suka quote pasal jodoh tu :)

    ReplyDelete
  14. @Miss A haha. like the way u are. :0 ala. takpa. kita saama2 kuat kan?

    ReplyDelete

Oh!Belog