15 December 2020

Panduan Membawa Kereta Dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak & Vice Versa

 Assalamualaikum.

Kali ini aku mahu kongsi panduan nak bawa masuk kereta dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak ataupun dari Borneo ke Semenanjung. Bolehlah aku kongsi sebab aku ada pengalaman walaupun tidaklah aku uruskan 100%. Aku kasitau awal-awal ya, yang aku buat ni dari Semenanjung ke Sabah tau. Ke Sarawak aku rasa lebih kurang juga prosedur kot.

Dengan musim COVID ni, ampun susah ya kawan-kawan. Biasanya, kalau dari Semenanjung nak ke Sabah ni, kereta akan dihantar ke pelabuhan di Kota Kinabalu (KK). Jadi, aku dari Lahad Datu ni ada dua cara nak ambil kereta. Pertama aku pergi ke KK yang mana jaraknya dalam 8-10 jam memandu dengan jalannya ehehehe (nanti aku share) dan kedua, tambah lebih kurang RM500 untuk dibawak dari KK ke LD menggunakan lori yang korang selalu nampak dekat highway dok bawa kereta tu.

Haa, aku selalu membayangkan aku drive masuk terus ja atas lori tu.

Okay, pertamanya, apa hang kena buat kalau nak hantar kereta ke Sabah Sarawak ni, jom kita usha.

  1. Cari maklumat syarikat penghantaran kereta. (Pastikan trusted okay?)
  2. Dapatkan sebut harga daripada syarikat yang dipilih.
  3. Buat permohonan surat kepada bank untuk pindahkan/hantar kereta.
  4. Hantar dokumen berkaitan kepada bank.
  5. Dapatkan surat kebenaran (untuk pelepasan hantar kereta) dari bank.
  6. Serahkan semua dokumen untuk urusan hantar kereta.
  7. Sediakan duit (PALING PENTING LOL)
Okay, aku nak go through satu satu. Memandangkan masa mak aku nak hantar kereta kat sini musim COVID, renyah la sikit. Banyak surat nak kena buat. Dah la dengan musim PKPD PKPB bagai. Tapi syukur sangat ejen aku ni banyak gila membantu.

Cari maklumat syarikat penghantaran kereta. Yang ini hang boleh Google saja. Aku mula-mula tanya juga member kat sini yang dah hantar kereta. Dia dapat dalam RM1300 la, kereta Proton Saga, hantar kat sini, tapi dia ambil di KK. Kalau nak dia hantar ke LD kena tambah dalam RM500. Tapi still aku kena ke bandar, sebab mana mahunya depa masuk sampai felda. Haha.

So, mak aku malas nak pening, dia pun susah hati kot aku nak kena ke KK sampai setengah hari punya perjalanan, jadi dia kata hantar terus sampai LD. Kakak aku lah yang urusan, aku cuma bagi details saja. Hehe. Kami guna khidmat Nizaf Mover ni. TRUSTED at all! Asalnya nak ambil dari rumah abang aku di Teluk Panglima Garang dan ke Pelabuhan Klang, tapi, PKPB kan, mak aku tak boleh masuk ke Selangor, maka dia terus ke Nilai dan esoknya Nilai pulak PKPD. HAHA.

Tapi syarikat ni ada surat untuk rentas negeri bagai, so, diorang ambil kereta di Nilai dan terus uruskan sampai la kereta ni sampai kat aku. Macam mana depa urus entahla bukan kerja aku.

Dapatkan sebut harga daripada syarikat yang dipilih. Yang ini biasalah, nama pun nak survey kan. Pilihlah mana yang korang berkenan. Mahal ke murah ke ikut korang la.

Buat permohonan surat kepada bank untuk pindahkan/hantar kereta. Okay, ini penting. PALING PENTING. Korang kena telefon bank yang korang buat pinjaman kenderaan, macam aku Maybank Kangar, so aku terus call Maybank untuk bercakap dengan person in charge. Terangkan dekat dia. Nanti dia akan minta korang emelkan surat permohonan. Jadi, nanti bila dah siap surat pelepasan tu, korang kena pergi ambil di bank tersebut.

Contoh surat kena hantar dekat bank. Mai rajin aku ada la contoh surat ni.

Tapi, aku kat Sabah, kereta kat Penang, bank aku di Kangar. Masa ni tak boleh rentas negeri lagi, macam mana nak buat?

Aku call bank, cakap boleh tak pos? Dia kata tak boleh. Sebab tu geran dan surat kebenaran pelepasan kan? So, depa boleh hantar ke bank terdekat dengan kita yang buat pinjaman kenderaan. So, yang terdekat dengan aku Maybank kat Bagan. Jadi, mak aku kena pi ambil kat sana la. Still, aku kena buat surat kebenaran wakil ambil. Sebab geran tu semua atas nama aku, jadi, kalau nak orang lain ambil, kena ada surat kebenaran juga.

Maka aku siapkan surat dan hantar kat bank. Mak aku pun aku bagi salinan. In case bank Bagan tu nak juga.

Contoh surat kebenaran wakil

Okay selesai dah part surat bank ni. Tapi hang kena baca betul-betul tau. Hang ada masa DUA BULAN saja untuk selesaikan urusan penghantaran ni semua. Bank bagi aku masa sampai 11.11.2020 untuk sah laku surat pelepasan tu.

Oh ya, aku lupa nak cakap. Sediakan juga ya dokumen berkaitan untuk bagi kat bank. Macam aku kat posting cikgu kat sini, so aku kena bagi surat penempatan, surat panggilan lapor diri, surat apa lagi tah lupa dah aku. Ini kalau korang masih belum bayar habis kat bank tau. Kalau kata kereta hampa dah habis bayar, skip sajo. Jangan nak pening kepala. Tiber.

Serahkan semua dokumen untuk urusan hantar kereta. Dah dapat kebenaran bank? Okay, teruskan. Bagi semua surat yang bank bagi kat hampa tu kat ejen yang uruskan dan biasakan ada satu salinan untuk simpanan korang k. Apa apa jadi ada bukti.

Antara yang diperlukan ialah:
  1. Surat kebenaran daripada bank.
  2. Salinan geran kereta.
  3. Salinan kad pengenalan pemilik kereta.
  4. Persediaan sebelum hantar kereta. (ini aku tak ingat benda apa)
  5. Duit yang cukup hahaha
Kemudian settle hang kemas kemas la kereta bagi elok. Boleh letak barang sikit dalam tu kecuali makanan. Makanan is a big no okay sebab lama. Almost 2 weeks kereta atas kapal laut. Sebelum kereta dibawa belayar, ejen diorang akan datang check kereta satu satu semua. Segala mak nenek calar kat mana pun depa tanda. Maklumlah kereta aku dah 6 tahun, kemain bercalar balar. Macam hatiku yang tercalar. Tiber.

Barang tu tak boleh tinggi penuh sampai cermin okay.

Mak aku tengah kemas kereta susun apa patut. Ada cucu berbulu dia.

Ini aje barang aku. Baju yang aku nak mak aku malas nak sort dia bagi sebekas terus.

Staff diorang datang check satu satu. Tanda mana patut. Ada borang dia bagi nanti.

So selesai semua, diorang bawak la Baby J aku ke Pelabuhan Klang untuk dihantar kepada tuannya. Hampir dua minggu juga nak sampai. Masa sampai kat aku tu, kawan aku si Ayu yang duduk di bandar tolong ambilkan dulu. Aku di felda ni oi, mana maunya terus pergi ambik kat bandar sana. Jauh kot. Dah la itu hari last PKPD. AKu mana boleh keluar dari kampung lagi. HAHA. Mujur ada kawan kat sana.

So, kat LD ni dia ambi kat tepi jalan ja. Sadis eh hahahaha. Lepas dia check apa patut, video call dengan aku la sambil tu, dia sign borang kata dah sampai, dan dia simpan di rumah dulu. Esoknya habis PKPD aku terus pergi ambik la. Rindu juga Baby J tu.

Iya sis, ada juga bukti bergambar. HAHA.

Total bayaran ni semua hampir RM3000 juga. Lebih kurang la. Sebab ada juga ambil insurans in case jadi apa apa kan. Tapi takpala, sampai dah dia kat sini. Nak beli baru kereta, takmau la. Pening nak sambung bayar 9 tahun. Ini pun dah 3 tahun jak lagi. Duit tu nanti aku boleh buat benda lain.

Okay, aku harap membantu la korang. Ini pun ramai juga cikgu-cikgu dapat egtukar kan? Mana tahu nak cari syarikat yang trusted nanti, korang boleh la contact orang yang aku kabo tu. Nombor telefon semua ada kat situ jak.

Terima kasih kepada Nia, staff syarikat Nizaf Mover yang banyak membantu dan update aku sepanjang urusan ni. Bagus sangat PR dia. Aku senangg. Gittew.

Okay gais, hujan masih belum berhenti ni. Aku macam nak sambung beradu. Ehek.

Sampai ketemu lagi.

Yang benar,

Jannah.
Lahad Datu.


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

7 comments:

  1. slm, berapa lama kereta puan sampai ke sabah? dan kenapa total rm3k sb awal cerita puan kata rm1400 hehehe… bole share ke puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 minggu juga kereta atas bot sana. nak nak musim pkp ni kacau betul. 1400 tu sebab dari port klang ke kk saja. 3k tu dari rumah di nilai diorang pick up sampai ke lahad datu ni. kalau saya gi ambil di kk, 1400 saja la. tapi mak suruh hantar sampai ld, tambah lagi almost 500++. lepastu saya ada ambil insurans dan caj dari nilai ke port klang.

      Delete
  2. Salam, nak tanya alamat penghantaran kita nak letak apa ya

    ReplyDelete
  3. Kalau sya beli kereta kat semenanjung pastu habtar kat sabah mcm mna ye

    ReplyDelete
  4. Lama tak nk tunggu bank approve surat pelepasan?

    ReplyDelete
  5. Kalau keta atas nama mak .. macam mana ye?

    ReplyDelete
  6. Sis, brg2 sis letak mcm tu je ke? Tk perlu wrap ke? Sbb ada tnye 1 syarikat ni dia sruh wrap. Mslahnye saya dh smpai sabah. Brg2 smua letak dlm kreta dh. Tkde sapa boleh tlg wrap 😅

    ReplyDelete

Oh!Belog