05 March 2019

Ubat Migrain : Safrosyn Naproxen Sodium

Baru-baru ni kita sedang mengalami kepanasan melampau (over eh) sampaikan ada yang kena heat stroke. Aku rasa aku tidak terkecuali, bila hangat gila, aku terus kena migrain. Tu aku takut nak keluar tengahari rembang. Satgi aku sakit kepala aku nak bebai la.

Mula dari Isnin aku macam tak cukup tidur, kemudian awal pagi dah kena bangun nak ke sekolah, mai tengahari aku punya hangat boleh bawak gaduh tu. Sakit kepala takyah cakap.Macam biasa kalau kena migrain aku telan 2 biji panadol actifast dah hilang sakit kepala. Sungguh. Tapi kali ni berlanjutan sampai dua hari. Aku sampai terpaksa batalkan kelas malam sebab aku tak tahan sakit kepala.

Aduh dia bukan pening tau. Dia sakit nyut nyut kalau sapa cari pasai memang mendapat dia. Sampai tahap aku nak termuntah semua cukup la. Aku terus Google ubat migrain. FYI, ubat ni dia macam painkiller tau. Aku ada baca kalau senggugut pun boleh ambik ubat ni tapi tu la aku tak senggugut la tapi. By the way aku tanya member aku juga ye yakni doktor yang sah. Dia kata okay kalau tak tahan boleh je makan ubat ni.


T. Naproxen Sodium 275mg PRN (jika perlu)
1 papan 10 tablet

Jadi kepada sesiapa yang kena serangan migrain tak tahu nak makan ubat apa dah, screenshot gambar ni dan bawak tunjuk kat farmasi. Aku terpaksa makan. Bukan saja saja nak makan k. Kalau sebiji tak baik lagi tengok sejam dua lagi, nanti aku makan sebijik lagi. Ni pun hilang dah sikit-sikit tapi still ada nyut nyut tu.

Stay hydrated ya guys!
Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

  1. Saya pun ada migrain. Sejak cuaca panas ni, boleh katakan hari-hari sakit kepala. Kadang-kadang dlm seminggu 2 hari je tak sakit. So nak tak nak kena makan ubat. Kalau tak makan, melarat sampai 2 3 hari, sampai nak kerja pun tak boleh. Antara ubat yang saya akan ambil bila migrain, panadol, pontalon dan terbaru naproxen. Tapi biasa ambil pontalon 2biji.

    ReplyDelete
  2. huarghhh sekarang kalau kena panas atau hujan kerap betul sakit kepala

    ReplyDelete
  3. Jolok Kasi muntah conform baik

    ReplyDelete

Oh!Belog