Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Isnin lepas aku dapat panggilan untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Interim Dini 2019. Aku apply haritu pun online. Tak sangka pulak dapat sebab tak expect apa-apa pun. Oh ya, tahu kan guru Interim tu apa? Okay takpa, aku bagi tau sikit dulu.
Status guru interim bermaksud mereka layak menikmati segala ganjaran kewangan dan faedah sampingan sepertimana penjawat awam yang lain, kecuali status perkhidmatan secara tetap. Tempoh interim tidak akan diambil kira sebagai perkhidmatan tetap, termasuk senioriti dan hitungan sagu hati persaraan (gratiuiti). Tarikh lantikan tetap akan tertakluk kepada keputusan temu duga SPP, sama ada mulai tarikh temu duga, atau diundur sehingga sama dengan tarikh penempatan secara interim.
Syukur aku kena pergi kat Cheras sana je. Ada budak sorang tu aku bersembang dengan dia, noh dari Muar. Kalau minta tips ka apa, aku tak tahu nak bagi lagu mana tapi at least baca la cara jawab ujian dia. Ujian ni lebih kepada ujian psikometrik. Dia akan tanya banyak pasal diri hang macam psikologi. Contoh soalan, adakah anda suka bersendirian? Hang kena pilih jawapan dia antara Sangat Benar, Benar, Tidak Benar dan Sangat Tidak Benar. Jawapan dia tak ada salah tak ada betul.
Nanti diorang akan kira markah hang ikut jawapan hang. Ada dua bahagian - Bahagian A dan B. Bahagian A ada 120 soalan, jawab dalam masa 30 minit dan Bahagian B ada 60 soalan jawab dalam masa 15 minit. Ada tips aku baca, dia kata hang kena pastikan jawapan hang tu mesti kalau kira lebih ke arah sosial, sebab nak jadi cikgu ni point yang menghala ke arah sosial ni lebih tinggi. Personaliti la kiranya.
Ada kawan aku sorang pesan, nak jawab ni, betulkan niat. Hang jangan rasa hebat, dan jangan lupa doa seorang ibu. Power!
Doakan aku lepas bahagian ni dan dapat panggilan interview pulak. Aku nak sangat jadi cikgu! Nah aku bagi tau proses kerja dia. 23 April ni jangan lupa check ya! Semoga ada rezeki buat aku. Amin!
Jannah,
Bakal Cikgu Anak-anak Awak.
Hehe.
Salam cik jannah. Ukcg interim ada ujian kecerdasan tak? Mcam mana kalau tgh sarat hamil ye. Rusau juga if gagal ukgc.
ReplyDeletemaaf lambat takde untuk interim takde ujian kecergasan
DeleteNak tanya,UKCG interim Ada ujian kecergasan ker?
ReplyDeletemaaf lambat takde untuk interim takde ujian kecergasan
Deletepakaian yang bersesuaian utk ujian ukcg utk perempuan?
ReplyDeleteawk saya nak tanya...awk ada dpt x surat panggilan mcm cik jannah ni?
Deletebaju kurung utk perempuan dan kemejA s\beserta tali leher utk lelaki
Deletesbb saya cuma dpt slip kehadiran sahaja..cuak pulak rasa
ReplyDeleteSama lah. Saya pun dpt slip kehadiran shja. Email mcm ni tak dpt. Dah banyak kali check email masih sama juga
Deleteawak, tau tak nak bawa apa je utk ukcg tu
ReplyDeleteAda tanya seorang kwn yg before this dpt interim. Dia kata bawa salinan ic, result spm, sijil dan transkrip degree. Risau juga ni kalau tiada pemberitahuan
Deleteawak test bila?
DeleteDone test yesterday. Takda bawa apa pun. Slip kehadiran dengan ic sja penting. Dan pensil dan pemadam hahaha. Tiada ujian kecergasan.
DeleteHi Anonymous. Pergi pakai baju apa ye? Terima kasih klau dpt balas.
Deletemaaf semua lambat baru baca. takde untuk interim takde ujian kecergasan. pakai pakaian formal ya.
DeleteSama! Cuma dpt slip kehadiran saje. Surat panggilan dgn surat akuan calon pun tak ade. Nervous pulak.
ReplyDeleteGood luck awak!
DeleteKan mcm tak clear laa arahan dia...to much info here n there smpi confius kita dibuatnya..bawa ajelah apa yg patut..ic,surat beranak,slip kehadiran n etc..prepare je..dia minta kita bagi...x minta kita simpan jer
ReplyDeletebetul biar ada dari takdak heehe good luck
Deletesalam cik, dah lulus jadi cikgu ke?
ReplyDeletewslm. alhamduluillah. sudah
Delete