29 October 2019

Panduan Tatacara Berpakaian Semasa Lapor Diri Penjawat Awam

Alhamdulillah.

Hari ini hari yang keenam aku berkhidmat sebagai penjawat awam (ehem ehem) di SMK Jenjarom, Sekolah Pendidikan Khas (PPKI). Oh ya, aku dah dapat penempatan di sekolah berdekatan dengan alamat rumah. Technically, belakang rumah. Ada la dalam 10 minit drive. Kalau nak jalan kaki macam mustahil nak sampai on time. Hehe.

Muka happy lepas dapat tahu penempatan masing-masing
Syukur, angan-angan aku dah jadi kenyataan. Satu, kerja dalam Selangor, kedua, kerja dalam kerajaan, khusunya line Kementerian Pendidikan Malaysia. Pergh, impian tu. Okay, hari ni bukan aku nak cerita tentang impian aku. Aku nak cerita tentang etika pemakaian semasa kita hendak lapor diri dalam perkhidmatan awam.

Dalam surat arahan lapor diri yang aku dapat, memang dah disertakan bersama panduan pemakaian. Tapi aku saja nak berkongsi juga, in case lepas ni awak awak semua dapat panggilan kerja kerajaan, confirm punya awak Google "Pakaian Semasa Lapor Diri" even dah dinyatakan gambar dalam surat tu. HAHAH ye aku buat sebab ni pertama kali kan dia macam over sikit. HAHA.

Tatacara Pemakaian Majlis Lapor Diri
Semua boleh membaca kan? Tekanlah gambar tu. Haha tapi aku tahu ada juga yang malas membaca, rindu nak dengar aku membebel kan? Baik baik aku hurai sikit.

Okay, kita tengok pakaian untuk lelaki dulu.

Kalau tengok gambar tu, semua dah boleh faham. Pastikan awak pakai baju kemeja, tali leher dan seluar slack hitam. Blazer tu pilihan, terpulang nak pakai boleh tak nak pakai boleh. Yang penting kasut mau kilat kalau tengok muka boleh nampak macam cermin. Kiwi elok elok kasut tu. Oh ya, satu lagi, kerja kerajaan ni yang penting dia, NAMETAG. Tahu?

Ya, kat mana nak cari pun aku kena bagitau sebab ada ye orang tanya KAT MANA NAK BUAT? HALO NAK BUAT NAMETAG KAT KEDAI TAYAR KA?? Hehe. Pergila ke kedai buku ka kedai print ka, habaq kata kak saya nak buat nametag. Saya nak kerja kerajaan ni. HAHAHA. Geram pulak aku.

Yang lelaki, pastikan rambut pendek kemas dan dirapikan. Jangan nak fesyen-fesyen sangat. Jangan pakai kopiah ya, tapi kalau hang lapor diri as cikgu aagama aka ustaz, nak pakai songkok okay la, but no kopiah! Tak sesuai. Jangan lupa sembur perfume, bagi wangi dan maskulin gittew. Okay, part laki dah selesai.

Okay, kita teruskan kepada kaum wanita. Kakak kakak semua dah sedia?

Maalah ada pulak laki kat hujung tu. eh tu bukan perempuan tau yang kanan ni hehe
Oh yeah, inilah pakaian yang sepatutnya kita yang perempuan ni pakai. Baju kurung, tudung bawal atau selendang (pakai dengan ringkas dan kemas saja), kasut bertutup hitam (tumit 1-2 inci saja). kalau pergi kedai kabo nak court shoes. tahu la orang tu tunjuk nanti. No heels, stilletto and lain lain ya. Ingat tu!

Kalau taknak pakai baju kurung, boleh pakai pakaian pejabat yang lain yang formal seperti skirt labuh dan kemeja yang dikemaskan. Kemeja perempuan tau bukan yang lelaki. hang jangan macam macam.

Tapi, no sari, cheongsam, punjabi semua. Tak boleh. Jubah pon tak boleh! Aku geram haritu dalam group orang dah kata no jubah bagai, dia tak baca, dia tanya lagi jubah boleh pakai ke tidak. Aish sabar je la.

Untuk baju kurung, pastikan tudung tu senada dengan baju. Jangan la over sangat. Pakai sweet sweet je. Kita ni nak kerja ka nak jadi model? Gittew. Nametag jangan lupa ye kakak semua.

Okay aku rasa setakat tu ja. Bagi mengakhiri post aku kali ni, aku sajikan bersama gambar hari pertama lapor diri di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Shah Alam ada 21/10/2019. Saja la, aku kena masukkan sebab aku tau ada yang nak stalk aku. Dok tak dok nak mengata orang, so aku bagi la point sikit in case ada rindu nak mengata. Hehe. Okay ke sekarang tu?

Siap untuk berkhidmat!


Ada PPM, ada Penyelia Asrama, ada PTPO

Nanti aku buat post pasai pertemuan kami dua pulak hehe
Tahniah semua!


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog