12 November 2019

Pengalaman Menjadi Pembantu Pengurusan Murid di SMK Jenjarom

Bismillahirahmanirrahim.

Ada yang menunggu aku update ke? Aku ada kekangan dari segi teknikal, makna kata aku tak dapat sentiasa update. Aku bercadang untuk cuba update setiap aktiviti yang aku lakukan dengan pelajar Pendidikan Khas (PPKI) ni sebanyak mungkin. Tengoklah banyak mana masa aku.

Mungkin dengan segala update aku berkenaan aktiviti dengan mereka buat kita semua yang membaca ini lebih terbuka menerima mereka sebagai salah seorang daripada kita.

Hari pertama aku di SMK Jenjarom, aku dah mula bantu cikgu-cikgu buat maca-macam aktiviti. Hang percaya tak aku yang sekeras makhluk tangan kayu ni, boleh buat benda kraf, hiasan, gubahan dan lain-lain? Aku sendiri tak percaya. Aku buat bekas jarum peniti, anyam tudung saji, memasak tu memang kepakaran.. tiber. Haha.

Lakar, gunting dan jahit pola untuk bekas jarum peniti.

Gam selepas anyam tudung saji.

Melekat bunga pada span jarum peniti

Menghias tudung saji.
Memasak untuk jualan

Menjahit apa aku lupa.
Gambar di atas semuanya hari yang berlainan. Aku kena la ambil gambar bukti gais. Nanti nak masuk dalam sistem. Aku kena rekodkan semua aktivti aku. Tiga hari menjahit aku dah kembung biji mata nak muntah HAHAHA. Stress mak nak. Bukan bidang mak ni. hahaha.

Okay kat bawah ni antara hasil tangan aku.







TENGOK ATAS NI YE AKU BUAT SEMUA NI DALAM MASA TIGA MINGGU AKU KERJA SINI. HANG RASA KALAU AKU TAK CABAR DIRI AKU, AKU BOLEH BUAT KA BENDA NI?? HAHAHA

Bersama pelajar PPKI kemas kawasan sekolah

Inilah Kaksu, geng PPM aku.

Melawat kebun sebelum mula kelas!
Dan aku akhiri post kali ni dengan gambar aku! HAHA.
Aku tak percaya, aku mampu harungi semua ni. Cantik aturan Allah, Dia susun baik punya. tanpa aku sedar, Dia susun jalan aku cantik-cantik. Ini semua apa yang aku nak tapi aku tak sedar dia tengah makbulkan. Entah apa lagi nikmat yang aku dustakan...

Doakan aku guys! Nanti aku ceruta lagi.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog