Assalamualaikum.
Hari
ini hari ketiga aku di Kuala Penyu. Rumah kawan rumah aku, Rietah. Dia ajak aku
balik kampung dia sebab kesian kot nak tinggal aku seorang diri kat Lahad Datu.
Aku tak balik semenanjung cuti sekolah kali ini. Mungkin tahun depan kali aku
balik ke sana. Kalau kamurang baca entri kali ini makna kata, aku dah ada line
la tu. Di kampung ni memang line dia hazabedah. Mau ke keluar ke pekan Menumbok
baru dapar 4G. Kalau tak, nan hado. Hehe.
Aku
tak nak cerita lagi tentang Kuala Penyu, cuma aku nak cerita tentang perjalanan
aku dari Felda ke sini. Kalau ikut dalam Google Maps, lebih kurang 9 jam 14
minit, tapi itu semua dusta belaka. HAHA. Tapi ini termasuk persinggahan habuan
nak kencing bagai la. Rosak la kereta kalua terus drive non stop. Lebih kurang
12 jam juga kami punya perjalanan. Setengah hari, serupa balik Kelantan musim
raya, bak kata Dib.
Masa
aku tengah taip ni pun line no service. Jenuh buat flight mode nak cari line.
Kami
gerak pagi Sabtu seawal 6 pagi, lepas Subuh. Ikutkan dah terlambat 30 minit
dari masa anggaran sepatutnya bertolak. Tapi apakan daya, kami juga manusia
biasa. Tiber. HAHA. Awal juga tu kami gerak dari felda, sampai ke bandar lebih
kurang jam 7.00 pagi, singgah isi minyak dan cari sarapan. Tak lama dalam 30
minit lebih kurang urusan. Kemudian kami gerak. Memasuki daerah Kinabatangan,
bermulanya episode jalan nauzubillah. HAHA. Oh ya, pekan Kinabatangan tu, kecik
saja. Besar lagi pekan BM kat Penang tu. Dia kalua hang lalu hang tak perasan
pun tetiba dah lepas pekan dia. HAHA. Sorry! Ada juga tu kami lalu depan rumah
Bung Mokhtar.
Kalau
ikutkan dari Kinabatangan sampai ke daerah Telupid, jalan dia
astaghfirullahazim. Berlubang. Ke Ranau juga macam tu. Kalau hang nak elak ke
kiri, nanti masuk gaung. Dah jadi sodaqallah, tapi kalau nak elak ke kanan, nah
kau, lori la kereta la, jadi apa boleh buat, langar ja lubang tu. HAHA. Aku nak
share gambar jalan, tapi masa tu aku tengah focus jadi tak dapat nak ambik gambar,
Nanti aku cari gambar tu.
Sepanjang
jalan dari Kinabatangan ke Telupid tu mengambil masa lebih kurang 3-4 jam juga.
Banyak juga daerah kami dah rentas, Cuma macam Sandakan dan Beluran tu kami
lalu simpang saja. Tak masuk ke bandar Sandakan pun. Kemudian bila sampai di
Ranau, ya, pemandangan cantik sikit dah. Kalau tak sebelum ni all the way hanya
kelapa sawit dan hutan simpan. Masa di Ranau Nampak sikit dah pemandangan sebab
dah dekat dengan Kundasang kan. Masa ni aku dah get ready nak tukar drive dengan
housemate aku. Cuak juga, dah la Kundasang masa ni tengah hujan. Uii sejuk ui.
Tak Nampak Gunung Kinabalu sebab tutup awan. Kabus penuh.
Tapi
aku singgah sekejap di Kundasang beli buah habuan bekal nak jalan jauh lagi.
Selepas turun Kundasang, kami limpas Tamparuli dan kemudian Tuaran. Tapi Tuaran
tu simpang saja, sebab kami kena ke kiri masuk bandar KK. Masa lalu di KK, aku
jadi teruja. HAHA Lama tau aku tinggal bandar besar macam KL tu. Jadi serabut
pulak, tiber, Banyak bangunan tinggi-tinggi dan jalan raya yang sibuk dan
jammed. Macam kat KL. Seronok tengok bandaraya besar, rasa macam rindu KL sana
tapi serabut Aku dah lama duduk di Kawasan yang rileks-rileks kan. Hehe.
Kemudia,
kami singgah makan di Putatan. Kelaparan kami tu. Putatan tu bandar besar juga
tu. Selepas selesai makan, kami meneruskan perjalanan yang berbaki lebih kurang
4 jam lagi. Kali ini Rietah bawa ikut jalan Kinarut. Kami merentasi daerah lain
seperti Kimanis, Papar, Bongawan dan Membakut. Singgah sebentar di Petronas
Bongawan, nak solat jamak dan bernafas sat, Kemudia teruskan perjalanan ke
Membakut selepas isi minyak di Petron terdekat dan seterusnya Kuala Penyu.
Oh
ya, kat sini aku teruja ya, Mula dari Telupid baru aku Nampak 99 Speedmart.
HAHA ye weh, kat LD sana mana ada 99 Speedmart. Rupanya dia banyak area Pantai
Barat Sabah saja. Sadis eh?
Memasuki
Pekan Kuala Penyu lebih kurang jam 6 petang, dah maghrib. Dari pekan nak ke
rumah Rietah, dalam 20 minit lebih kurang. Sampai saja dah 630. Wah, kembang
bontot aku duduk saja haha. Esoknya, Rietah bawa aku jalan jalan Pekan Beaufort
dan Pekan Menumbok. Mujur aja nak ke Labuan kena swab. Kalau tak kami dah
sampai tau. HAHA.
Sebelum
2020 aku berakhir, sekurangnya aku dapat juga berjalan. Tak sangka dari hujung
Pantai Timur Sabag, aku dah bergerak ke Pantai Barat Sabah. Hujung ke hujung.
Banyak lagi tempat menarik di Sabah aku nak jelajah. Cuma, sabar sikit lah.
Musim COVID ni kena berjaga jaga memandangankan sini baru zon Kuning.
Okay,
next post aku cerita lain la. AKu saja nak kongsi perjalanan aku saja dulu.
Perjalanan Panjang aku, jauh nok. Bukan kaleng-kaleng. HAHA.
No comments:
Post a Comment