Assalamualaikum.
Entri kali ini adalah entri sambungan dari yang lepas. KLIK SINI untuk baca. Aku kena abadikan kat sini mereka-mereka yang ada dengan aku semasa aku di tempat orang. Mereka ini adalah orang-orang yang membantu aku untuk survive kat sini pada awal-awal aku datang.
Selain daripada ahli kumpulan WhatsApp yang aku ceritakan pada entri lepas, antara yang terawal bantu aku ialah Cikgu Amira, cikgu prasekolah SK Bangingod. Kawan satu sekolah dengan si Rozzer tu. Nak jadi cerita, aku, Asri dan Rozzer sampai ke felda selepas mereka lapor diri tu dalam jam 5 petang. Hari semakin gelap, menandakan bakal melabuhkan tirai siang bergantikan bulan malam.
Aku cuba hubungi tuan rumah untuk masuk awal, tapi makcik tu warded hospital pulak tiba-tiba sebab sesak dada. Sudah, aku dah pening nak tidur mana woi malam tu. Pi kuarters takde sapa, semua masih di kampung kan. Dan kuarters sini omo omo aku sanggup tidur dalam kereta eh. Takut aku. HAHA.
Dan, akhirnya Rozzer call Guru Besar dia untuk minta tumpangkan satu malam, dan Cikgu Amira ni kebetulan baru sampai dari Semenanjung pagi tu. Syukur sangat aku ada tempat berteduh. HAHA. Bermalam lah aku satu malam sebelum esoknya Amira tolong hantar balik ke rumah sewa. Untuk ambil kunci.
Semalam keputusan egtukar dah keluar, dan tak sangka, selepas 6 tahun memohon, kali ini dia berjaya untuk kembali bertugas di tanah air kelahirannya, Pahang. Aku turut rasa sedih, sempat kenal kejap saja. Menangis juga dia. Tak nak balik kali. Hehe.
Aku ingat lagi dia ada cakap sama aku, "Rumah ni memang takde barang Jannah. Tiap tahun apply nak pindah, tapi tak dapat. Harapnya tahun depan dapat pindah, tu malas nak beli barang."
Sekali, Allah makbulkan. Bagus dia. Tak apa la, semoga yang baik-baik saja untuk dia. Gambar nanti aku kena cari, untuk upload.
Orang kedua yang bantu aku ialah Kak Nik. Cikgu sekolah aku juga. Paling aku tak sangka, dia orang yang sama yang tolong Ayu masa awal-awal posting kat sini. Kak Nik dapat tahu aku datang, dia juga orang pertama datang lawat aku kat rumah sewa ambil dan bawa pergi beli barang kat kedai bawah tu. Terharu ya.
Dia juga yang bawak aku pergi bandar dari felda, pergi PPD untuk lapor diri. Siap tunggu aku kat PPD. Aku naik segan, tapi takpa. Segan kalu, tak boleh hidup aku. HAHA.
Gambar selepas balik dari lapor diri. |
Kak Nik ni orang Semenanjung tapi dah lama duduk sini dengan suami dia, cikgu juga kat sini. Diorang dah jadi orang sini kali. Hehe. Kak nik ni juga ketua panitia PAI sekolah aku. Semoga Kak Nik dimudahkan segala urusan. Amin!
No comments:
Post a Comment