04 November 2011

Perjuangan Itu Menuntut Sebuah Pengorbanan !

Assalamualaikum. :)

“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia…”

Mesti semua penah dengaq kan lirik lagu ni? alaa, buat-buat taktau la tu. hehehe. Itulah antara yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan pasangannya Zaiton dalam filem Hang Tuah satu masa dahulu. Kedengarannya amat mudah, kan? Namun, hakikatnya hanya tuan empunya diri sahaja yang tahu.


sempena raya Aidiladha yang bakal menjelma ni, aku pun terpanggil rasa nak buat entri lebih kurang la kan. selalunya kalau berkait dengan raya Haji, mesti perkara yang berkait rapat ialah PENGORBANAN. so, aku katakan yang hampa semua mesti tau kan pasal sejarah pengorbanan kan? bagaimana kisah Nabi Allah Ibrahim yang mendapat wahyu untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail, kisah antara anak-anak Nabi Adam, Habil dan Qabil, dan paling banyak, pengorbanan Kekasih Allah, Nabi Muhammad saw. Baginda antara yang paling banyak berkorban untuk umatnya sekalipun dicemuh, dihina dan sebagainya.
Allahuakbar.


Ya ! setiap perjuangan menuntut sebuah pengorbanan. bagi aku yang masih belajar, impian aku, aku nak mendapat anugerah Dekan setiap sem, dan alhamdulillah, sepanjang tiga sem aku belajar dalam Ijazah ni, aku dapat lagi dean's list. tapi nak dapat tu kan, aku terpaksa berkorban. aku kena berkorban aku punya masa tidoq, nak study, masa makan *yang ni jarang sangat sebab aku bab makan aku tepat saja* dan banyak lagi la.

tapi yang sedih kan, ramai pasangan muda mudi yang berkorban kononnya untuk pakwe makwe tersayang padaahal takdak apaapa ikatan lagipun. senang kata, tak kompem pun jadi laki  bini. yang pelik, lepas kahwin, takmau pulak dok berkorban. HAHA. tipikal.

so, bagi aku, setiap apa yang kita ingin capai kat dunia bahkan akhirat kelak, mesti menuntut akan sebuah pengorbanan. takpa. kita berkorban dulu, mana tahu, nanti ALLAH akan beri lebih baik kat kita. :)

so, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. :)

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

20 comments:

  1. like!!!:))
    xsemua orang akan tahu makna manisnya kehidupan jika tiada kesedihan dan pengorbanan...:)))

    ReplyDelete
  2. berkorbon untuk kebaikkan pasti akan mendpt ganjaran yg lebih baik..^^

    ReplyDelete
  3. hehe. berkorban kearah kebaikan tak apa. apa pun selamat hari raya jannah :)

    ReplyDelete
  4. saya berkorban dengan bekerja pada hari raya esok..

    *selamat berhari raya Qurban! :)

    ReplyDelete
  5. ya..banyak org berkorban di tempat y salah...

    apa pun..berkorban kerana Allah...

    suka entry neh...like3..

    ReplyDelete
  6. ni entri kedua yang aku jumpa letak gambar tu dengan title pengorbanan mehehhe . btw , tu lagu apa? biasalah aku outdated srottt srotttt

    ReplyDelete
  7. Berkorban biarlah dgn niat yg betul... Barulah berbaloi...

    Selamat hari raya aidiladha...

    ReplyDelete
  8. @ekabukanmakcikkau. atenya pakcik gugell. hehehe... lagu lama. hehe

    ReplyDelete
  9. bagusnye kamu
    keep it up okeh!
    berkorban itu mesti untuk mengecapi sesuatu yg indah kan =]

    ReplyDelete
  10. budk bijak rupenyer kamu...tahniahhhh! ct xdpt lagi dekan...da sem akhir nti..hOpe dapat la :)

    ReplyDelete

Oh!Belog