08 March 2012

Cinta Anda Ditolak? Apa Nak buat?

Assalamualaikum. :)

Erk, malam ni curi-curi nak online. tak sedor ke diri aku ada lagi empat paper yang nak kena tempuh. ok, EMPAT. ingat senang ke paper aku? ada lagi paper Hadis Maudhui : Peristiwa Akhir Zaman, #D Animation, Hafazan dan Tajwid IV dan paper paling aku suka, harusla Audio dan Video Technology. hee. suka paper last ! suka sangat. *erk, awat ni? hehe.*

Tadik, roomate aku baca satu buku ni, tajuknya, Ya Allah Aku Jatuh Cinta. HAHA. okey. menarik jugak buku tu. haha. Kalau kat twitter aku tdok rajin berhastag pasal tanda-tanda jatuh cinta, kat blog takkan nak buat benda yang sama kan? so, ari ni nak kongsi pasal Cinta Ditolak. hee. menarik kan? menarik kan? menarik kan? *dush3.*

sumber : facebook

Kajian membuktikan wanita yang selalu kecewa apabila putus hubungan cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.

Percaya Qada dan Qadar. Manusia tak suka dengan penolakan. erk, sapa ja yang suka. Kalau boleh, manusia ni nak semua keinginannya dipenuhi. Aku salah seorang daripada manusia-manusia gitu. Ada orang pernah cakap kat aku, hidup itu adakalanya perlu memilih.Betulkan? Hidup ini adalah pilihan. ya, pilihla. 

Bukan Aib. Malu, kesal, kecewa menjadi satu. tapi itulah yang menjadi satu bentuk 'perjuangan' menuju pernikahan. Kita takkan pernah tahu orang tu tolak kita ataupun tak kecuali lepas kita yang pinang dia. Kan? so, ditolak tu bukan satu masalah. tapi ianya adalah satu rahmat.

Cinta Memerlukan Waktu. Ya, soal hati bukan boleh dipaksa kan? Ada yang datang cepat. Ada yang datang lambat. Ada yang first time tengok dah jatuh hati. Ada yang mula-mula benci, lepas tu sayang gilak kan? Biasa laa tu. :)

Jadilah Lebih Realistik. Ya, realistik. Jangan dok berangan ja. Dok meratap-ratap. sampaikan ada yang nak bunuh diri. ohsemm. apakah itu? hehe. hiduplah dengan REAL. jangan ingat sekali kena tolak, takdak dah nak kan? so, chill!

Sahabat A : " Aku dengar, lelaki yang kau sangat cintai tu tak balas cinta kau."

Sahabat B : "Ya."

Sahabat A ; "Tapi kenapa aku tengok kau tak bersedih pun?"

Sahabat B : "Buat apa aku nak bersedih? Aku cuma kehilangan orang yang tidak cintakan aku. tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."

ok. how's sweet. :) kalau cinta anda-anda ditolak, lek2 saja ya. Jangan sedih. Kita kalau nak seseorang tu, jangan mengharapkan balasan. InsyaALLAH. Allah akan bagi yang lebih baik dari dia. Mana tahu satu hari nanti dia terbukak hati nak terima kita? kan?

sumber : facebook

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

17 comments:

  1. "Buat apa aku nak bersedih? Aku cuma kehilangan orang yang tidak cintakan aku. tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya.

    owhh...like this quote.

    ReplyDelete
  2. same dgn komen nana, suka quote ney

    "Buat apa aku nak bersedih? Aku cuma kehilangan orang yang tidak cintakan aku. tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."

    ape yg berlaku sbnrnya mematangkan kita ;)

    ReplyDelete
  3. dah menghampiri usia 30..tp akak x pernah declare bercinta dgn sesiapa..perjalanan cinta setiap org tu berbeza kan..ada yg baru putus terus dpt pengganti, yg da kawen pun masih ada yg dok tergila2kan lagi..tp kisah akak lain pula..lelaki yg hadir dlm hidup akak cuma lelaki bermulut manis yg hanya tau mainkan hati & perasaan..lelaki yg hanya tau amek kesempatan terhadap diri & wang yg akak ada..pernah gak suka dekat sorang lelaki ni..suka sgt tp dia dah ada pilihan hati..mmg rasa amat perit sekali..tipu kalo akak ckp akak x sedih..kita manusia normal yg punya hati & perasaan..cuma sedih tu sekejap cuma..hidup perlu diteruskan juga~ doakan akak jumpa mr.right suatu hari nnt ya~ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang tanya pd Akak yg hampir umur 30 pd 2012 lalu. Skang dh jumpe Mr Right?

      Delete
  4. Aku pernah terbuka hati tuk terima seseorang..tp bile tau dia memilih dr segi rupa terus aku tutup hati ni..lagipun "kawan baik" aku pun dh cam tangkap cinta dgn dia...so aku berserah je pd Dia... ~~kalau jodohku didunia,aku terima...kalau bukan pun, aku terima...sbb aku ingin berbakti pd org tua dlu...sblm melangkah ke alam rumahtangga.. ^^

    ReplyDelete
  5. wauuuu....cinta ditolak..terasa pulak diri ni...huhuuuu....ats sbb perselisihan faham demi mnegak kn kebenaran..lantas si dia pandang serong pd diri aq, sdg kn aq ckp apa yg brlandas kn apa yg tertulis dlm al-Quran..mungkin dia xpaham apa yg aq ckp kn...bermula dri saat e2, si dia xmemperdulikn aq lg...huhuuuu...

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Dah lama ignore bab ni. Masa zaman baru melangkah ke alam dewasa, ada la jugak duk kalut fikir bab cinta segala. Bila dah lepasi usia tu, terasa banyaknya benda lebih penting. Berserah.

    ReplyDelete
  7. Ini post, memang tacing. Tapi takpe, serahkan semua urusan tu kepada yang kat atas. Selesai. ;)

    ReplyDelete
  8. like2.. dia yang rugi kehilangan kita.. =)

    ReplyDelete
  9. btol....sye suke sume ni..... ni ssuai uyk mamat yg "chauvenist" tu...eleeh....jual mahal...skang tgk aq dpt yg lgy hensem lgy owsem...

    ReplyDelete
  10. Perasaan cinta ditolak tu sangat memilukan. Sapa yg pernah rasa je tau cemana. Malu ada, bengang ada, kecewa, sedih dan boleh katakan semua perasaan2 negatif la yg kita rasa. Namun, bila satu hari kita dah berjaya atasi semua perasaan negatif tu, kita akan sedar betapa indahnya kenangan dan pengalaman tu.

    Ayat dalam kotak merah tu sangat suwit.

    ReplyDelete
  11. Tagged kamu utk contest. Sorry. :) peace.

    ReplyDelete
  12. cinta oh cinta,
    its so complicated.
    :D

    ReplyDelete
  13. ihhhh malu gila aku pompuan nangis sebab laki . kau tengok, sampai aku yg malu tahu bukan diaorang. huh!

    ReplyDelete
  14. jarang, kurang dan tak berapa syok cerita pasal cinta.

    tapi entry akak ni okay, hihi. thanks utk entry ni kak ^^

    ReplyDelete
  15. penulisan yang sangat matang, biarpun usia baru mencecah 20an..

    Keep it up, sangat memberikan motivasi kepada diri..

    Thanks

    ReplyDelete

Oh!Belog