28 March 2012

#MasaDudukAsrama - Kenangan

Assalamualaikum.

Macam biasa. Aku kena limit buat kali kedua di twitter. Kadang-kadang masih tertanya, kenapa asyik kena limit? Betul. Aku tweet sikit-sikit je. Tak banyak pun. Sedih kan? Dua kali dalam masa tak sampai dua jam. Ok. Proceed kepada tajuk la yer? Aku rasa aku kena limit sbb banyak main hashtag ni la. #MasaDudukAsrama.



Oh ya, fyi, aku duduk asrama dari aku form 1 sampailah aku form 5. Ohsem kan? Tanyala apa aku tak pernah buat dulu. Uish, baru aku pasan, masa aku dok berhashtag tu kan, rupa-rupanya aku ni sangat buas, erk, lebih sopannya NAKAL la. Sebab tu aku sayang sangat kat SMK PERMATANG PASIR. Ni sebelum aku keluar dari sekolah tu la. La ni macam tak best ja. Betul ! Tak tipu !

Bilik aku bangunan yang tepi pondok kecik tu. kirala tingkap kedua dari kiri. hehe.
Jom kita teroka apa yang pernah aku buat masa kat asrama dulu. Eh, macam korang-korang yang dok asrama tak pernah buat kan ! Jom, kita imbau kenangan!

#MasaDudukAsrama :

Tidur tepat pukul 11 malam. Kann? Masa tu la pengawas-pengawas asrama yang berkaliber nak menjerit, 'PERHATIAN! DAH PUKUL 11, SILA TUTUP LAMPU SEKARANG. JANGAN SAMPAI SAYA TUTUP SUIS UTAMA!' ok, ayat last tu mmg jadi dialog khas bila aku menjerit. Tapi ganti nama SAYA tukar jadi KAKJAN sebab adik-adik tersayang majoriti panggil Kak Jan. Hehe. Dan ada diantaranya akan pegi membuat pusingan pastikan semua dah tutup lampu dan tidur! Untuk pengetahuan semua, aku dulu jugak antara pengawas asrama. HAHA. Dan aku jugak merupakan BIRO MAKANAN selama 5 tahun berturut-turut.

Prep. Ok, ini sudah menjadi kemestian bagi setiap pelajar asrama. Aku ingat lagi, kalau time prep siang mesti ada ja nak tidoq. Ya la, penat balik kelas. Dah la kelas aku hari-hari habis pukul 3.30. Pukul 4 prep sampai 5. memang tak pi la kan? hehe. Kalau pi pon tidoq. Sebab kawan aku merangkap Ketua Aspuri pon suka tidoq dalam bilik prep. HAHA. Dan mesti bawak makanan curi-curi. Takut Biro Akademik marah !

Dalam bilik prep. Sempat lagi nak bergambar dengan Zanida dan Hidayah!

Gotong-royong. Ini lagi satu kewajipan. Jimat duit sekolah tau nak bayaq makcik cleaner. Selalunya kami buat tiap-tiap hari Ahad, pukul 2. HAHA. Masa tu, ramai-ramai berkumpul dalam surau dan Biro Kebersihan akan mula bahagi tugas. Dorm aku jarang dapat tandas, tapi selalu dapat longkang dan buang sampah ! Ceh. Time-time gini lah kami kutip dan lelong pakaian-pakaian yang tak dikutip. Berbekalkan suara yang kuat ni, aku selalu jadi tukang jerit, 'Sapa punya baju? Lelong2. Selai seringgit!'. Dan kadang2 kawan aku la kan? ASPURI kaya oo ! Jangan main2 !

Beratur nak guna public phone. HAHA. Sumpah kelakar ! Kat sekolah aku dulu, ada waktu ja boleh guna public phone ni au tak? Kalau hari besa, hanya pukul 5 sampai 630 ptg dan 10 malam sampai 11 malam. HAHA. Masa form 1 dulu, hanya ada call point punya telefon. Tau? Ala, yg kita col, tapi orang yang ditelefon kena bayaq. HAHA. Tu la.Last2 rosak dikrjakan budak pompuan.



Nak mandi pun kena tempah! Ya la, kalau kawan nak mandi kan, mesti jerit, 'Woi, lepas hang aku tau!' Pastu bila yang lambat pi la nak mandi kan ketuk kata, 'lepas ni sapa?'. Maka yang tengah mandi pun jawab, "lepas ni ada orang." hehehe. Aku selalu camtu ! hehe. Cop dengan baldi dan towel. Oh, rindunya !

Selain tu, aku penah pancitkan tayar warden aku, pecahkan tingkap surau sebab main bola sepak dan takraw, terbakarkan suis utama sebab kami basuh bilik warden kat atas, bukak tv time prep sebab masa tu budak form 4 prep dalam bilik rehat yang memang tersedia TV didalamnya, bawak handphone curi-curi tapi sekali ja na ! Tu pon kantoi! HAHA. Dan banyak lagi. TAK tersenarai ! 

Masa form 4. Dalam bilik rehat. Dalam ramai2 tinggai yang ni ja. Yang lain pakat pindah sekolah dan dok luar.
Sapa yang penah dok asrama, mesti penah buat apa aku tulis tadi. Kann? Kongsilah dengan aku apa yang hampa penah buat. Nak tau gak!

Bai bai semua. Kami akan rindukan SMKPP!
Sebelum aku berundur, aku nak bagitau sesuatu. MUNGKIN AKU AKAN JARANG UPDATE BLOG LEPAS NI SEBAB AKU BERCUTI KAT KAMPUNG SAMPAI BULAN 6. INSYAALLAH, KALAU ADA BROADBAND, AKU AKAN UPDATE SELALU LA KAN? KALAU TAK, HAMPA SEMUA BOLEH PI MELAWAT TWITTER DAN FACEBOOK AKU! ADA KAT BELAH KANAN. TERIMA KASIH SEBAB SUDI SINGGAH BLOG AKU. I LOVE U ALL LAH !

Sapa yang sampai Bukit Mertajam, nanti helo2 aku. Aku bawak pi makan kat Mee Kuah Ketam Pak Man. Perghh ! 



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

27 March 2012

Insomnia. APAKAH?

Assalamualaikum.


Adakah hampa semua penah jadi macam kat atas ni? Bila nak tidur, mesti tak boleh tidur. Yang pelik, masa yang paling best nak tidur masa dalam kelas. Tambah-tambah time lecturer atau cikgu yang cakap sangat 'kuat' dan tak penah nak wat even lawak sikit pon! Kann? Dan aku salah sorang daripada kalangan tu. Tak tipu. Masa kat KUIS dulu, aku tiap2 malam tidur pukul 2 atau 3 pagi. Nak kata aku online, dak pun. Broadband pon takdak. Tapi aku tak boleh tidur. So, aku cari-carila pasai INSOMNIA. Tau dak menatang apa tu?


Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.


Ada TIGA jenis insomnia :
  1. Susah tidur (sleep onset insomnia)
  2. Terbangun di tengah malam (sleep maintenance insomnia)
  3. Bangun lebih cepat (early awakening insomnia)

Antara sebab-sebab insomnia adalah stress akibat sesuatu masalah, tekanan di tempat kerja, masalah rumah tangga, kekecewaan atau putus hubungan cinta dan masalah gangguan jiwa. Disamping itu juga, punca lain seperti perubahan zon masa, penyakit fizikal dan pengambilan minuman yang mengandungi kafein berlebihan. Seseorang yang menghidapi Imsomnia juga boleh menjadi cepat marah dan mudah rasa mengantuk pada waktu siang.

#FAKTA : Dianggarkan kira-kira 10 hingga 15 peratus individu di dunia mengalami masalah Insomnia kronik dan daripada jumlah itu 20 hingga 35 peratus dialami oleh warga tua dan golongan wanita.

So, ni ada sikit TIPS yang dapat aku kongsikan untuk mengelakkan berlakunya penyakit ni :


* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu siang. Qailullah takpe. Sunnah.
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam. Aku pulak kalau minum kopi, kompem mengantuK!
* Jangan merokok.
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.
* Elakkan makan 4 jam sebelum tidur. Ini mengganggu proses pencernaan.
* Buang jauh-jauh segala masalah kerana esok masih ada. InsyaAllah jika dipanjangkan umur.
* Jangan membaca kerana ini menyebabkan anda banyak berfikir.
* Minum susu kerana ini mempercepatkan tidur anda.
* Ambil wuduk dan berdoa.
* Maafkan segala kesalahan orang lain.
Tapi aku selalu try yang ni : BUKAK BUKU YANG BANYAK FAKTA SPT SEJARAH. CONFIRM MENGANTUK!



So, selamat  beramal ! InshaALLAH !

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

23 March 2012

Bahaya susu SOYA kepada wanita. PENTING!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ni dapat lagi update blog ! Yeaay ! *lompat kegembiraan atas kejayaan ini* HAHA. tadi kat twitter, ada la aku tanya nak update apa malam ni. Saja nak manja-manja mintak idea. HAHA. So, tetiba kawan aku balas, dia mintak aku buat pasal bahaya SOYA kepada wanita.



Aku terfikir, betul jugak! selama ni kita dengaq orang kata soya tu bagus kan. Tapi setiap benda mesti ada keburukannya. Mana ada benda yang perfect. So, setelah aku gunakan khidmat pakcik google yang sangat setia saat aku memerlukan bantuan, aku dapat daripada satu BLOG ni. Menarik tau !



Antara keburukan soya yang aku dapat ialah:

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak.

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya: kembung perut, kekurangan asid amino, kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya.

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, nak??

Dan untuk pengetahuan semua, kafir-kafir laknatullah ni tak habis-habis empromosikan soya sebagai minuman terbaik sebabnya USA adalah salah satu pengeluar soya terbesar. Tetapi sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)
 Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antaranya ialah :
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
DAN fakta yang kita perlu tau jugak ialah :

1. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!

2. Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid. 

Sebagai kesimpulannya, kita kembalilah kepada pemakanan sunnah yang diamalkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw seperti susu kambing, kopi, kurma dan banyak lagi. :)

notakaki : fana, nanti aku update pasal kopi tu pulak yer!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

22 March 2012

Perihal Bertunang.

Assalamualaikum.

Tadik jalan-jalan kat home mukabuku sambil berburungbiru, aku ternampak satu video yang di share oleh salah sorang kawan aku kat facebook tu. Mana taknya, nampak ja muka Ustaz Don, zappp ! Terus aku share ke wall aku dan aku download itu video.
 
 
Kat sini dia cerita pasai isu, Pertunangan jangan dihebohkan. Walimah baru kita hebohkan. Menarik isu ni. Aku suka ! Dan pembaca-pembaca *erk, ada dak yang baca blog usang aku ni?*, izinkan aku memberikan sedikit pandangan peribadi aku ya !
 
Apabila seorang lelaki ingin berkawan dengan seorang perempuan, Islam telah meletakkan garis panduannya. Ini berbeza dengan apa yang kita paham. Islam bagi kita untuk khitbah, utk kita bertunang, tetapi ita buat pertunangan itu serupa mcm kita nak kahwin. Orang dok kata usung, bukan usung lagi. MAJLIS PERTUNANGAN tu sendiri macam majlis kahwin.

Itu antara apa yang Ustaz Don cakap. Dan yang paling aku terharu dengar, 'Orang yang putus tunang tidak ada sedikit calar pun pada peribadi dia.'

Betul apa ustaz cakap. Masa bertunang ni lah kita nak kenai hati budi orang yang kita nak tu. Dalam Islam sendiri tak menggalakkan pertunangan dihebohkan dan besar-besaran. Cukuplah sekadar keluarga terdekat yang tahu dan secara rahsia.



Cuba bayangkan bila bertunang, then tak jadi kahwin, apa orang nak kata? Lebih malu pihak perempuan tu la Mesti orang akan kata macam-macam kat perempuan tuh. Dan, bila bertunang, ianya bukan sebagai satu tiket utk kita bebas keluar kesana kemari dengan bahagianya sebab selagi tak lepas akad nikah, maka haramlah hukumnya. Tu pasai Islam menggalakkan kahwin awai. Tak mau jadi lagu ni la.



So, kepada yang baru ada niat nak bertunang ka, bakal bertunang ka, dah bertunang ka, sila lah paham betul2 apa yang dimaksudkan tunang tu. Jangan aci redah jer yer ! Selamat bertunang ! :)

notakaki : umur dah nak masuk 21, kawan2 ramai yang dah bertunang, hatta kahwin dah pun. aku ja dok sorang lagi. hehe. takpa. ALLAH ada. :)

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

21 March 2012

Laman Sosial. Aku ada, Kau ada?

Assalamualaikum. :)

Aku niat memang nak update blog dari petang tadik. hehe. Tapi dok melayan si Burung Biru dan si Muka Buku memang terlajak la kan? So, ada masa, cepat-cepat update ! Tadik ada ternampak satu tweet SyedGraphix, kenal tak? Tak kenal? tekan nama dia kalau nak tgk BLOG dia. Dia ada cakap pasal zaman Myspace dulu kala tu. Aku pun terpikir nak tulis entri pasal segala macam laman sosial yang pernah aku ada masa umur masih belasan tahun. *erk, sekarang dah puluhan.*

Akaun PERTAMA sekali aku buat harusla Yahoo kan? Kalau dak mcm mana nak ada akaun-akaun lain. HAHA. Ok, serius. Aku percaya, hampa-hampa semua mesti ada jugak kan benda alah ni semua? Baik ngaku. Tak baik tau tipu! HAHA.

Friendster. Inilah laman sosial yang mula sekali aku buat. Masa form berapa aku lupa. Haha. Tapi dulu bangga ja kalau orang tanya, 'Ada friendster tak?' HAHA. Sengal kan? Tapi loadingnya, mak ai. berbulu tunggu.



Myspace. Sapa yang tak penah main myspace, memangla kan. HAHA. Uish, menda ni makin popular masa aku asasi. Tahun 2009 kot tak silap. Haha. pakat reramai la punya dok buat background theme cantik-cantik. Pastu siap pasang lagu. HAHA. Kelakar lah ! 


Tagged. Okey. Aku cukup suka dulu tagged ni. Macam best ja. Tapi bab nak approve kawan la. Seronok bila ramai add. HAHA. Sengal. Tapi tagged ni banyak yang pomppuan jenis seksimeksi dan laki yang gatai. HAHA.


Facebook. Yang ni harusla ada kan? Aku buat lama dah. Cuma aktif balik masa aku masuk degree. HEHE. Takmau cakap banyak pasai dia sebab aku tau semua ada facebook hatta kucing aku si Boy tu pun ada facebook. Tak caya? Search nama Boy Kare. Hah, jangan lupa LIKE page aku ya. Kat sebelah kanan tu ada. tekan ja LIKE.


Twitter. Si burung biru ni? Harus jugak ada. Sekarang aku AKTIF sangat kat sini berbanding mukabuku. Sebab apa? Biar aku je la yang tahu. Tapi bagi aku, twitter best lagi ! HAHA. Korang reramai follow lah aku! :)


Hi5. Tumblr. Formspring. Flickr. Yahoo Messenger. Skype. Blog. Google+. Semua aku ada. Aku pon taktau bila masa aku main ngan semua ni. Hehe. 

 

Cuma sekarang yang aku betul-betul ada dan aktif : Facebook, Twitter, Blog, YM, Formspring. Tumblr. Google+, Skype. *ada lagi, tapi biarlah*

So, aku ada semua ni. Korang ader? hehe. Kongsilah !

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

20 March 2012

Cara-cara Memikat Hati Wanita

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ! Bertemu kembali kita. Hehe. Disebabkan aku dah baik demam, so, aku pon gagahkanlah diri baca novel. Membuka kembali hobi lama yang aku tahan semasa tengah study nak exam baru-baru ni. So, novel yang aku baca kali ni tajuknya Suara Cinta Kita, tulisan Erisya Riftha. Ok, penulis baru. Nama pon pelik semacam je nak sebut. HAHA !

So, bila baca punya baca, aku nak cilok sikit idea penulis ni. HEHE. Boleh diguna pakai untuk lelaki-lelaki di luar sana ya ! :) CARA-CARA MEMIKAT HATI WANITA.

Kadangkala orang lelaki ni anggap yang hati wanita ni senang je nak tawan. Senang sangat nak dapatkan hati seorang wanita, tapi tak semua ya. Setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza yang akan mempengaruhi perangainya. Dan diebalik setiap kelembutan seorang wanita tu, pasti ada EGO yang sangat tinggi ! hehehe. Eh, takla sangat, tapi adala ego tu.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang terutamanya daripada orang yang disayangi.



Tunjukkanlah sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada wanita. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia, dengan automatiknya mereka akan jadi seorang yang sangat setia. Dan segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai. Itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada zaman sekarang. Selalu-selalulah telefon, BBM, emel, mesej mereka. At least hanta 'Hai' saja pun dah okey, nak menunjukkan dia sentiasa diingati. *erk, aku suka yang ni. dia balas mesej, aku boleh semangat lain macam. HAHA*



Berkongsilah masalah dengan mereka. Cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa penting dan diperlukan.

Jangan ambil remeh tentang perkara yang amat penting bagi mereka. Kalau hampa nak tau, kaum pompuan ni, sangat kuat ingatan bab-bab nak mengingat hari lahir, anniversary dan sebagainya. Tak salah kan kalau sekali sekala buat suprise *baca macam gaya tengah buat sepraiiissss!*



Jangan menolak sekiranya dia meminta tolong. Maksudnya kat sini, if takdak apa-apa halangan, kata ja YA. Bila lagi nak tunjuk kemachoan anda kan? HAHA.

Pujukla mereka bila mereka dalam kesedihan. Bila seorang gadis bersedih dan menangis dampingilah ia kerana sudah menjadi sifat wanita ingin ditenangkan hatinya. Dan berbeza pula dengan lelaki. Bila mereka sedang bersedih biarkan ia buat seketika.

Berbincanglah selagi kamu boleh berbincang. Jangan keja nak guna kuasa veto kamu ja kalau nak buat keputusan. Cuba paham apa dia nak.

Peka dengan apa yang cuba disampaikan. Wanita ni kadang-kadang malu nak terus terang tapi mereka akan bercerita tentang cerita orang lain tetapi seakan-akan sama dengan apa yang mereka nak. So, dengar dengan telinga DAN hati. Jangan pakai masuk belah kanan, keluar belah kiri. HAHA.



Okla tu. Banyak dah ni. Harap info ni dapat membantu kepada yang nak memikat wanita, terutama kalau yang dah berkahwin, nak pikat hati isteri :) HAHA. OKbai.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

19 March 2012

Kenangan Semester 4.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Malam ni paksa jugak diri nak melayan blog ni. Sebenarnya aku baru la jugak baik demam. Tah, tetiba ja demam pas start cuti sem ni. Okla tu kan. Masa nak mula demam sekali, masa pengabis pon nak demam. Buat penutup. Kann?

Hari tu aku ada post kat page Blog Cik Jannah kan yang aku nak taip entri seterusnya ni pasal kenangan sepanjang aku sem 4. Erk, harapnya malam ni nak buat gitu la. Eh, sapa yang belom lagi LIKE, silalah ringankan tangan tekan butang like tu. Hee. :)

Mood : Mengimbau kembali segala kenangan semasa di semester 4.

Persahabatan. Ya, bagi aku, sahabat itu penting sebab bila aku jauh dari family ni, maksudnya, kawan-kawan la yang ada dengan aku. Kann? Tapi aku tak sangka, segala pahit manis dalam persahabatan, aku dan kawan-kawan dapat tempuh dengan baik. Alhamdulillah. Aku cerita sikit ya, aku tak sangka selama aku belajar kat kuis ni, aku kawan dengan orang yang banyak tipu aku. Bukan yang tipu sikit-sikit, tapi tipu yang, Subhanallah. Aku pun tak sanggup nak ingat, tapi takpala. Aku anggap dia sakit. Bukan apa, dia nampak baik. Tapi sungguh aku tak sangka. Dia sanggup buat KAMI macam tu. Aku cerita ni bukan nak cerita aib seseorang, tapi aku nak kongsi. Hampa kalau nak berkawan, jangan tengok luar baik ja, belom tentu yang dalam tu sama baik cam luar. Jangan tertipu! Paham?

Ada jugak yang cuba nak putuskan persahabatan aku dan kawan-kawan aku. Ish, sebenaqnya, aku pon tak berapa paham. Awatlaa depa semua tu jadi lagu tuh. Sengal ! Tapi nak kata bila kita ikhlas dalam berkawan, Allah akan bagi kemanisan di sebalik kepahitan yang Dia uji kita. kan?



Kejar. Awat aku kata kejar? Erk, dalam erti kata lain, Ligan. hehe. ok? Paham? Erm, aku memang tengah mengejar. Mengejar sesuatu yang aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan. Walaupun aku tak dapat benda tu, at least aku tak kecewa sangat sebab aku dah usaha. Kan? so, bak kata bestfriend aku, "Jannah, ko kena TEKAD!" Yaaa ! Aku tekad la ni. hehe. * takmau cerita aku kejar apa. :p*


Bakso. nyum nyum nyum.


ada cerita disebalik dua gambar di atas. :)

Sakit. Ok, Tak pernah-pernah sem ni aku demam sampai dua kali. Dua ka? tahla. Tapi yang pasti sebelum exam aku demam. ok. Dah lama sangat berhenti sukan. Antibodi pon lemah. hmm. Tapi yang best, berat turun ! banyakkk ! Kalau gini, nak demam pon takpa. hehe.



Outing. Sem 4 ni la sem paling banyak aku date ngan bestfriend aku. HAHA. Mana taknya, tiap hari khamis, pas kelas Art in Multimedia, kami pi Midvalley. Buat apa? Tengok wayang, then balik lah ! haha. tunggu lagi. tu la hobi kami. kadang-kadang hari isnin HAHA. adoi. Tila, i'm gonna miss u this three month babe !

 erk, ni projek ketiga aku. kena tiru sebijik. sama dak? hehe.


ok. ni la bestfriend aku, Tila.

Amie, Mimie, Amni.

erk, aku rasa takat n ja kot. aku ada qeja nak buat ni. jumpa nanti pulak ! :)

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

11 March 2012

Garangkah Aku?

Assalamualaikum. :)

Yuhuu ~ Kembali sebentar berblogging. lepas ni janji nak sambung belajar. Boleh kan? Boleh kan? Erk, aku exam hari Selasa ni. Paginya subjek Hadis Maudhui : Peristiwa Akhir Zaman dan petangnya subjek 3D Animation. Pagi Bahasa Arab, petang Bahasa Inggeris. Tak Pandai jugak taktau la kan? hehe.

Aku nak berkongsi sesuatu yang aku dapat dari facebook petang tadik. Okey. Bila Aku baca, aku tersengih sendiri. Terus hati aku bercakap dengan minda aku, "Betoi ka? Ish, takkan kot." Minda jawab, " Betoi la. Tak percaya? Try la !"

Gadis yang garang sebelum kahwin, sebenarnya adalah gadis yang sangat manja dan romantis, selepas kahwin... InsyaAllah....

Kerana GARANG dengan lelaki yang BUKAN SUAMInya, ialah AKHLAKnya. Dan kerana MANJA kepada SUAMInya, ialah KEWAJIPANnya...♥

Kann? Betoi dak semua ni? Betoi dak? Okey. Aku mengaku. Ada betoi jugak. Tapi tahla. Aku tak garang mana pun. Cuma member aku pernah cakap aku cenge. Tahukah anda 'cenge' itu bermaksud GARANG? hehe. Tapi bab manja tu, aku macam takleh terima. Sebab aku bukan macam tu okkkkk ?!

 macam ni hampa kata aku garang? heee. :)

gambaq ni pun aku taktau mana aku leh dapat balik. haha. sumpah lawak tengok aku masa muda sikit dari atas. dulu kurus, la ni, membesar dengan jaya. kena kurus balik ni ! hahaha. ada tips tak? heee. ni msa aku asasi sem 1. la ni dah degree sem 4. erk, nak masuk 5 dah ! hehe.

okbai! sambung study ! 

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

08 March 2012

Cinta Anda Ditolak? Apa Nak buat?

Assalamualaikum. :)

Erk, malam ni curi-curi nak online. tak sedor ke diri aku ada lagi empat paper yang nak kena tempuh. ok, EMPAT. ingat senang ke paper aku? ada lagi paper Hadis Maudhui : Peristiwa Akhir Zaman, #D Animation, Hafazan dan Tajwid IV dan paper paling aku suka, harusla Audio dan Video Technology. hee. suka paper last ! suka sangat. *erk, awat ni? hehe.*

Tadik, roomate aku baca satu buku ni, tajuknya, Ya Allah Aku Jatuh Cinta. HAHA. okey. menarik jugak buku tu. haha. Kalau kat twitter aku tdok rajin berhastag pasal tanda-tanda jatuh cinta, kat blog takkan nak buat benda yang sama kan? so, ari ni nak kongsi pasal Cinta Ditolak. hee. menarik kan? menarik kan? menarik kan? *dush3.*

sumber : facebook

Kajian membuktikan wanita yang selalu kecewa apabila putus hubungan cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.

Percaya Qada dan Qadar. Manusia tak suka dengan penolakan. erk, sapa ja yang suka. Kalau boleh, manusia ni nak semua keinginannya dipenuhi. Aku salah seorang daripada manusia-manusia gitu. Ada orang pernah cakap kat aku, hidup itu adakalanya perlu memilih.Betulkan? Hidup ini adalah pilihan. ya, pilihla. 

Bukan Aib. Malu, kesal, kecewa menjadi satu. tapi itulah yang menjadi satu bentuk 'perjuangan' menuju pernikahan. Kita takkan pernah tahu orang tu tolak kita ataupun tak kecuali lepas kita yang pinang dia. Kan? so, ditolak tu bukan satu masalah. tapi ianya adalah satu rahmat.

Cinta Memerlukan Waktu. Ya, soal hati bukan boleh dipaksa kan? Ada yang datang cepat. Ada yang datang lambat. Ada yang first time tengok dah jatuh hati. Ada yang mula-mula benci, lepas tu sayang gilak kan? Biasa laa tu. :)

Jadilah Lebih Realistik. Ya, realistik. Jangan dok berangan ja. Dok meratap-ratap. sampaikan ada yang nak bunuh diri. ohsemm. apakah itu? hehe. hiduplah dengan REAL. jangan ingat sekali kena tolak, takdak dah nak kan? so, chill!

Sahabat A : " Aku dengar, lelaki yang kau sangat cintai tu tak balas cinta kau."

Sahabat B : "Ya."

Sahabat A ; "Tapi kenapa aku tengok kau tak bersedih pun?"

Sahabat B : "Buat apa aku nak bersedih? Aku cuma kehilangan orang yang tidak cintakan aku. tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."

ok. how's sweet. :) kalau cinta anda-anda ditolak, lek2 saja ya. Jangan sedih. Kita kalau nak seseorang tu, jangan mengharapkan balasan. InsyaALLAH. Allah akan bagi yang lebih baik dari dia. Mana tahu satu hari nanti dia terbukak hati nak terima kita? kan?

sumber : facebook

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

04 March 2012

Pilih Pilihan Anda.

Assalamualaikum.

Ya Allah, lama sangat dah aku tak masuk blog kan? tengok, kan dah bersawang blog aku ni. bukan apa, almaklumlah. bulan exam kan? dah pulak, broadband dah takde. so, nak online pun  guna henfon saja kan. maka, terpaksala tahan hati aku untuk berblog. heee. maaf ya. hee.

erk. sebenarnya. banyak sangat nak update. bagitau sini. tapi kan, tetiba lupa. selalu camni kan? bencik bencik bencik ! haaa. sebelum aku lupa sesuatu kan, aku ingat nak kongsi dengan hampa semua ni. aku amek dari membe aku. dia tag aku kat facebook. Zati, jannah kongsi ya !


di zaman akhir zaman ini..
kita kena amek inisiatif..
kita kena cari alternatif..
kita kena kreatif..
choose ur choice..
to live well or to live hell..
jom berusaha berhijrah ke arah lebih baik!

erk, okey dulu buat masa ni. doakan aku dapat jawab lagi 4 paper dengan lancar. sayang kamu semua lah !

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

Oh!Belog