Bismillah.
Topik minggu ni, macam semua boleh baca kat tajuk entri kali ni, Faktor-faktor Bergiat dalam Dunia Blog. Gittew. Aku rasa aku pernah dah up isu ni dulu - masa zaman aktif sungguh tu. Boleh cuba klik kat SINI lah kot.
Jadi, macam macam faktor yang boleh menyebabkan kita join satu benda ni. Macam contoh kenapa aku join segmen #BloggerTalk ni, sebab aku rasa aku nak kembali ke zaman kegemilangan (phuiii) hahahahaha. Antara faktor sebab musabab lah kenapa aku bergiat dalam dunia blog. Mungkin agak cliche, tapi ini hakikat kannn?
Hobi dan minat. Aku berblog sebab hobi aku menulis. Aku cukup suka menulis. Disebabkan sekarang aku pemalas nak menulis tangan, aku menaip je lah. Laju sikit. Lawa pon lawa kan? Lol.
Nak ikut trend masa tu. HAHAHAHAHA. ini paling rasa nak marah bila tengah taip. Mengaku je lah, setiap dari kita memang nak ikut trend saja berblog ni, sebab tu buat. Tapi sebab dah seronok, nak nak boleh buat duit, memang melekat dan jadi habit. Kan?
Platform menyampaikan pendapat. Kenapa aku kata platform? Sebab kat sini lah kita bebas menyuarakan pendapat kita. Tapi kena beragak la menulis pon. Kang kalau sebar maklumat palsu, kira fitnah pulak. Nak meroyan pon takde masalah. Kalau kat twitter ke facebook ke ramai yang perasan dan mula nak jadi pakar psikologi, tapi kat blog orang tak boleh kata apa. Gamak tak suka, butang pangkah kan ada kat atas sinun??
Suka berkawan dan kenal orang. Aku cukup suka berkawan. Sebab tu aku aktif dalam media sosial. Aku suka kenal orang dari blog. Sebab dari situ aku suka tengok cara orang berfikir. Banyaknya suka. HAHA.
Ada lagi ke? Rasanya semua berblog sebab yang paling kuat tu, yang no dua. Ikut trend. HAHAHA. Tak masuk hasutan kawan-kawan lagi? Kehkeh.
Mengaku je. Aku okay! LOL!
Assalamualaikum...
ReplyDelete#suka...memang la sama dengan...suka gak menulis syok sendiri lagi...ngehngeh...
hehehe taip taip padam hehe
DeleteBoleh ikut trend tapi jangan ikut trend yg negatif. Okay?✌
ReplyDeletekirin. trebd berblog baik baik saja boleh kan?
DeleteBergantung pada kita yang mencorakkannya. ��
DeleteIkut trend . Hahahaha sama la iday, tapi share yang positif2 je la, yang negatif tu campak buang, nanti buat semak blog je. Hehehehe.
ReplyDeleteSalam kenal :)
first time buat dulu sebab sesuka je. cemana tah konon berkomitmen nak teruskan lak kakakkaa
ReplyDelete