19 February 2019

Baca Doa Makan untuk Mudah Cari Parking

Assalamualaikum.

Hai, ada yang rindu ke? InsyaAllah, aku akan cuba merainkan jari menaip semula blog ni. Rindu kan? Hampir 10 tahun kot kami bersama. Hehe.

Jadi, sebelum mula, aku nak tanya, semua hafal ke doa makan? Hehe. Banyak kelebihan doa makan ni, bukan sekadar dibacaa saat awak nak makan tau, tapi boleh guna untuk cari parking. Bayangkan hang tengah memusing dalam kawasan parking nak pi mall ni, tapi tak jumpa-jumpa. Orang pun tak mau keluar ke eh? Hehe. Mula la rasa nak mengamuk kan?

Jangan risau, ini dia, aku habaq hampa. Ini tok guru aku sendiri habaq ni. Aku dah banyak kali buat dan aku sendiri dah sebarkan kat orang lain. Menjadi tau! Kira masa hampa dah nak dekat pintu masuk sesuatu tempat hampa nak pi (asalkan bukan tempat maksiat), baca doa ni uang kali. InsyaALLAH silap silap hang dapat parking depan pintu masuk. Sungguh weh. Jadi tau.

Doa makan ni kalau hampa baca balik makna dia, hampa akan faham. REZEKI. Dapat cari parking tu kira rezeki hampa tau dak? Even aku pernah buat masa cabutan bertuah. Ya kawan kawan, hidup aku ni entahlah taktau pasaipa, aku TAK PERNAH dapat hadiah cabutan bertuah tau. Nampak tak tak bertuah aku?? HAHA.

Aku ulang baca doa makan mula dari dia cabut dan aku nombor last. Tau dak aku dapat RM700 baucer?? HAHA. Gila hang?? Hang rasa?

Jadi, nak cari parking, BACA DOA MAKAN. Lepas hang baca ni, hang share habaq pi kat kawan hang semua. Bagi depa tau benda baik! Viralkan!
Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

  1. Pernah Saya dgr Ust ceramah...yg sebenarnya doa ni bukan utk makan saja sebenarnya....Cuba baca erti nya....ianya lebih kepada rezeki...di Dunia Serta yg penting sekali isinya iaitu...utk melepasi dari seksa kubur...utk dpt kebaikan di Akhirat nanti...Cuba la...fahami maknanya...Wallahualam...

    ReplyDelete

Oh!Belog