Bismillah.
Siang tadi, hajatnya aku nak update la pengalaman aku kena kuarantin di IPG Tawau memandangkan masa ni aku tak tahu lagi jam berapa nak kena kutip. Baru ja buka laptop, sekali nah, abang JPAM tu dia ketuk pintu bilik.
"Nui, Nui, siap sama kakak tu sekarang. Kemas-kemas. Van ke LD suda sampai. Kami juga tak dimaklumkan. Siap sekarang ya."
"Nui, Nui, siap sama kakak tu sekarang. Kemas-kemas. Van ke LD suda sampai. Kami juga tak dimaklumkan. Siap sekarang ya."
Mahu kelam kabut aku.
Simpan di sini segala kenangan aku hari ini. Pengalaman yang aku tak akan dapat di mana mana. Mungkin bila aku down nanti, aku akan baca semula. Benda ni, sangat bermakna buat hidup aku.
Tiber kan emo? HAHA.
Okay, sesampai kami di airport Tawau, setelah disaring, kami dibawa oleh pihak KKM menaiki bas ke IPG Tawau. Dalam 10 minit dari airport. Dekat saja kan?
IPG Tawau |
Sesampainya kami kat sana, kami dah disambut oleh pegawai yang bertugas. Alhamdulillah. Selesai mendaftar dan masuk bilik, kami berehat. Ya Allah, kepenatan gila. Tak tipu. Tersadai kami. Syukur dapat makan lepas tu. Makanan semua disediakan. Jadi tak perlu risau. HAHA.
Yang aku risau, ni ha tandas dia. Kan dah viral sebelum ni tempat kuarantin tu haha. Ye, aku hadap benda tu.
Haha, korang okay tak? Okay la ni dari gambar viral haritu. huhu. Tapi aku masuk aku pejam mata je la masa nak mandi ke nak membuang ke sambil berdoa semoga semua ni berakhir dengan baik. HAHA.
Syukur ya Allah, petang tu kami dapat panggilan untuk ke Lahad Datu. Nanti aku kongsikan kisah kuarantin di Lahad Datu pulak.
Aku bakal merindui nasi malam tu. Ikan uji rashid oit deme kata. SUMPAH SEDAP gila. aku tak tipu!
Terima kasih dekat abang JPAM yang banyak bantu kami sepanjang kami kat sana. Dari awal sampai nak balik dia ni kerja panggil aku nui nui. HAHA, singkatan Nurul.
Terima kasih semua! Sampai ketemu lagi.
Terima kasih sudi baca tulisan kali ni. Aku akan kongsi lagi. Semoga yang tak dapat rasa apa aku rasa, korang akan rasa dari jauh! HAHA.
Love,
Jannah.
No comments:
Post a Comment