11 August 2020

#jannahjalanjalan ke Tanjung Parapat, Semporna

 Assalamualaikum.

Hai, lama kan aku  tak bersiaran? Aku banyak menaip di Facebook. Bercerita kisah aku di Lahad Datu. Bersawang dah blog aku. Kesian dia. AKu ada 15 minit sebelum kelas bermula. Ayuh taip sementara tengah ada idea.

Aku nak berkongsi kepada rakan pembaca, masa hari raya haji tempoh hari, aku tak balik ke Malaya (Semenanjung). Orang sini panggil Malaya, aku pun tak tahu kenapa. Jangan tanya aku. Dua sebab utama aku tak balik, satu, aku belum gaji. Bulan 8 paling awal gajinya pun. Dan kedua tiket mahai ya rabbi. LD-Penang dekat 1.5K plus plus. Habis tang elaun jak.

So, aku dan kawan rumah aku, aku akan namakan dia R, senang kan nak rujuk lepas ni. Suka hati la aku tak nak tulis nama penuh dia. Hehe. Kami buat keputusan nak ke Semporna sebab kebetulan, kami ada kenduri kawan kerja kami di Tawau.

Dari felda aku nak ke Semporna makan masa lebih kurang 3 jam lebih la. Ye, dari felda nak ke bandar LD jak dah sejam lebih. Mujur ya ada kawan di Semporna. Boleh tahan ramai.

Sampai pun dah petang sebab ye la lepas sambut raya haji kat LD, baru kami gerak ke sana. Tak jalan mana pun hari pertama kecuali ke Starbucks sebab dah lama oi aku tak minum. Kat Semporna jak Starbucks paling dekat dengan aku.

Esoknya baru kami ke Jeti Tanjung Parapat. Dekat dengan pangkalan TLDM yang PASKAL tu bai. HAHAH. Tapi tempat ni cantikkkk. Tak la cantik gila tapi cantik la. Ciptaan Tuhan, mana ada yang tak cantik.

Jadi, kalau hampa ke Semporna just nak jalan jalan hilangkan lelah tu, pi la Tanjung Parapat ni. Ada juga Bukit Parapat di sini. Orang hiking. Aku idokle. Haha.

Sini aku kongsikan a few gambar di Parapat. Oh ya, ada chalet atas air juga. Rate dalam 100 lebih kurang. Paling stress jambatan dia nda ada pemegang. Cuak oi! Gayat!











Ngam kan?

Nanti aku update lagi. Bye! Nak ke kelas.


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

2 comments:

  1. Ada juga ura-ura kawan-kawan nak pi Tanjung Parapat, tapi bila ada aktiviti hiking, hilang moodlah pulak nak ke sana walaupun katanya cuma 300 meter tinggi. Malas dah nak lasak-lasak hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie, tu bukit dia belakang gambar jannah tu hahaha rendah jaaaaa. kalau xmau hiking takyah panjat hahahaha duduk atas tu nampak clear org bawah

      Delete

Oh!Belog