20 October 2020

Resepi Popia Pisang

Assalamualaikum.

Hai, Selamat petang semua. Aku kat sini dah nak maghrib dah lagi sejam lagi. Korang baru nak keluar main kan?

Aku sedang cuba istiqamah untuk update kehidupan seharian. Lebih seronok di sini juga, sebab tempat lain entahlah sometimes it can be toxic. Tiber kan? HAHA.

Jadi hari ini aku nak share satu resepi masa aku tengah PKPDB ni. Oh ya, baru dapat maklumat bahawa felda aku ni esok khabarnya akan total lockdown. Felda aku saja la, Felda Anjung Teduh yang mana dalam tu ada Felda Sahabat 1 & Sahabat 2.

Untuk pengetahuan, felda ada 55 tau. Nanti la aku cerita ye.

So, kita teruskan dengan resepi kita.

🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎

Bahan-bahan :

🍌 Pisang (guna lah pisang yang sedap ye. Aku beli semalam pisang keling. Ya, tu nama dia, jangan marah aku.)

🍌Gula Perang

🍌 Kulit Popia

Okay, aku bagitau awal ni. Terpulang kat hampa la nak buat bentuk apa. Aku bahagi dua tau kulit popia tu. Senang nak kunyah rasa macam Banana Bites gittew. Hehe.

Cara-cara:

1. Potong pisang menjadi kecil ikut saiz korang nak.

2. Jangan lupa potong kulit popia kalau nak buat kecik tau.

3. Letak sedikit gula perang, nanti bila goreng jadi caramel gittew.

4. Letak pisang, balut macam popia.

5. Sapu air di hujung kulit ye untuk lekatkan kulit popia tu.

6. Goreng atau masak je dalam air fryer. Nak warna cantik sapu la minyak atas popia tu sebelum air fryerkan beliau.

7. Bancuh air teh ke kopi ke apa ke, minumlah bersama popia.

8. Tengok la gambar kat bawah ni.




Simpan untuk frozen. Buatlah sambil layan Running Man.

🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎

Siap, senang kan? Jadi, tunggu apa lagi. Go!

Hehe bye aku nak siap siap nak maghrib japgi.

Tulus,
Jannah.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog