20 August 2019

Selamat Tinggal, Sek Ren Islam Al-Iman!

Tak sangka, rupanya aku ada update dalam blog ya aku jadi Cikgu dua tahun lepas. Boleh baca sini. Wah, sudah hampir 3 tahun, naik turun aku dalam mendidik anak-anak murid aku semua. Hari ini aku tulis semula, demi mengingatkan diri bahawa aku bakal menamatkan perkhidmatan aku di sekolah ini.

InsyaAllah, 27 Ogos 2019 merupakan hari terakhir aku di sini sebagai Ustazah Jannah dan 3 September 2019 aku bakal memulakan khidmat aku di sekolah baru. Kali ini aku dapat sekolah intergrasi yang mana aku kira sekolah ini antara sekolah power jugak.

Kenapa berhenti? Rahsia! Nak tahu PM aku hahaha tak la. saja nak tukar angin. Kawan aku perah cakap, kita ni kalau kerja swasta, tahan takat 2 tahun ja. Lebih pada tu, bersedia la. HAHA tapi takpa, takdak masalah. Rezeki aku kat tempat lain pulak kan.

Sedih bila fikir kita akan meninggalkan anak-anak yang sekian lama dengan kita. Maafkan ustazah sebab pergi semasa awak semua tengah menduduki peperiksaan percubaan PSRA dan UPKK. Maafkan juga ustazah sebab tak dapat ada bersma awak semua semasa peperiksaan sebenar kelak. Agak terkilan sebab aku tak boleh tengok anak didik aku, but i know they can do it!

Aku simpan antara kenangan dengan mereka di sini. Aku dah cuba nak sentiasa update but selalu ye jadi writer's block. Aku letih. HAHA.

Antara anak murid aku tahun 3 2018. Sekarang dah tahun 4.

UPKK 2018

Annur Azzahra, nanti sapa nak mengasuh hang masa pak hang meniaga??

Guys, jangan lupa ustazah k!

Parti selepas habis UPKK 2018

UPKK 2017/PSRA 2018

UPKK 2017

UPK 2018
Semoga Allah kurniakan kebaikan duna akhirat buat anak-anak murid aku. Semoga dibukakan hati dan difahamkan ke jalan agama. Semoga dekat dengan agama dan menjadi insan yang berguna.

Doakan juga cikgu hampa ni dapat yang terbaik dan dilimpahkan rezeki serta dapat kerja gomen! HAHA.

Amin!

Truly,

Ustazah Jannah.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog