28 September 2020

Sirap F&N Sunvalley (Borneo Only)

Hai, tengah bersenang lenang ke tu? Sini, aku nak kongsi sesuatu. Tutup mulut sikit kak, nganga pasaipa.
🤣
Masa aku tengok housemate aku susun kordial sirap kat dapur ni, aku takde la rasa teruja ke apa lagi, sebab nampak botol sama je kan. Oh, kat Semenanjung pun ada kordial ni.
Tapi lepastu aku perasan, tulisan dia lain sikit. Kalau di Semenanjung, dia tulis Sirap Ros, tapi yang ni packaging dia tulis Sirap Sunvalley Grenadine. Wahh, aku dah macam ayaq merah ka ni? Kat Sabah nama dia lain ka? Gittew.
Ya tuan puan semua, sirap rose ni kegemaran nenek di kampung, biasanya. Kalau Tok Kiah tu, dia suka sangat. Bancuh ceroi-ceroi sikit kan, letak ayaq sejuk. Pergh!
Satu hari, aku bancuh. Nahhhhh! Terpegun aku seketika dengan rasanya. Macam mana ye aku nak cakap? Dia bukan rasa sirap ros, tapi dia macam punch tak punch, masam tak masam, manis pun ye. Stress aku nak gambarkan!
SEDAP OI!
Jadi, hasil carian di Google, rupanya grenadine tu rasanya buah delima ataupun pomegranate. Tambah lemon/limau kan, astaghfirullah tak berhenti minum oi. Tu ja aku mampu cakap. Sedapnya!
Untuk pengetahuan semua, sirap ini dipasarkan untuk Sabah Sarawak saja, jadi kat Semenanjung memang takdak, unless ada kedai-kedai yang juai barangan dari Borneo la. Macam kedai Acheh. Juai Kicap Bangau tu hehe.
Dulu packaging dia macam lain (rujuk gambar) tapi F&N dah ambik dan buat packaging macam depa. Kemon gais. Semua kenal botol kordial F&N kot. Haha.



Jadi, memang berbeza la dari segi rasa. Warna pulak, sirap ros pekat merah lagi, sirap grenadine ni macam nak cair sikit. Tapi tu la, kalau orang utara ni, dah kalau Sirap, is ayq merah. Sirap = ayaq merah. Padahal sirap tu adalah kordial tu. Tapi, who cares. Sirap is still air merah! Hahahahaha.
Oh ya, lupa nak cakap. Ada perisa lain juga, macam Oren dan Sarsaparila (Sarsi). Tapi yang f&N semenanjung ada perisa tambahan yang hanya boleh jumpa dekat pasaraya orang ada macam Village Grocer, Jaya Grocer and the geng iaitu Mangga dan Laici. Sedap juga! Cuma susah dapat.

Selamat berhujung minggu! Thanks for reading. Gittew!
Yang tengah minum air,

Jannah. 


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

5 comments:

  1. ya hetul rasa dianlain sgt..tp tertanya2 kenapa lah xjual kt semenanjung ni? kilang kt s alam je kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adaa kedai lan solo dipuchong. Dia kan sabahan. Tapi perisa ni mmg khas utk borneo saja. Lepastu, shopee pon boleee

      Delete
  2. aku selalu beli ni perisa grenadine kalau nampak, sebab selalu habis ni kat rak dia, perisa ni ngan perisa sarsapila tu powerr rasa dia.. kuat strong rasa sarsapila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat mana?

      Delete
    2. Boleh beli di mana mana supermarket kat sabah sarawak ni. Kalau di semenanjung ada kedai Lan Solo di puchong. Shopee pon boleh wak

      Delete

Oh!Belog