06 October 2020

Random Update PKPDB Day 8

Assalamualaikum.
Hari ke 8 PKPDB. Tiber kan dah hari kelapan? Mana tah hari pertama hingga tujuh? Hehe.

Untuk pengetahuan semua, zon aku sekarang merupakan zon merah dan termasuk dalam kawasan yang diwajibkan PKPDB. APa tu PKPDB?

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar.

Kenapa bersasar? Sebab disasarkan untuk daerah di pantai timur Sabah sahaja iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau.

Aku dah dekat dua minggu dah tak keluar rumah sebenarnya. Tak, keluar juga la pergi sekolah kejap lepastu balik. Sejak PRN tu memang takde ke mana mana. Patuh kan aku jaga diri aku sendiri. HAHA. Ya begitulah kita tak boleh harap orang jaga kita sebab kita sendiri saja boleh jaga diri kita.

Aku selalu pesan, at the end of the day, kita tetap sendiri. Tak perlu nak difikirkan sangat hal orang lain. Letih.

Sekolah-sekolah juga ditutup di kawasan kami. Pelajar hanya belajar dari rumah. Itu saja yang boleh dilakukan. Giliran mak ayah jaga anak masing masing semula.

Jadi sebab stress line kat kawasan aku ni slow amat, jenuh aa nak kena ke sekolah atau pacak depan pencawang baru dapat line laju kan, maka aku dan housemate aku pun pasangla wifi satu. Mujur la ada tiang Celcom depan rumah.

Aku guna Celcom Fibre ni ha. BAgus juga technician yang datang pasang tu. Kemas diorang buat kerja. Nanti aku cerita tentang Felda aku. Menarik juga kan untuk diceritakan? Mungkin ada antara kita yang tak tahu lagi kat mana terletaknya felda aku ni.

Okay, masa untuk layan movie dan tidur. Cuaca sedap ni. Hehe.

Bye!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog