03 October 2021

Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (COS), Apa Yang Perlu Kita Buat?

 Assalamualaikum.

Baru berkesempatan nak menjengah di ruangan maya ini. Aish, sibuk betul. Ingat senang ke nak menaip. I need idea tau. Haha. Tiber aku emosi. So, apa khabar awak semua? Masih membaca tulisan saya ke? Sebenarnya banyak gila aku nak berkongsi tapi atas kekangan masa dan aku tak dapat bagi komitmen macam dulu, terpaksalah aku pendamkan saja hasrat tu.

Jadi, hari ini, 3 Oktober 2021, aku dah dapat keputusan peperiksaan akhir semester 1 yang lepas. Eh, bila pula aku sambung belajar nih? Tudia la punya lama tak menaip di sini kan. Untuk pengetahuan korang, aku tengah sambung belajar dalam Program Diploma Pascasiswazah Perguruan (PDPP) ataupun dahulunya dikenali sebagai KPLI/DPLI/KDC (Kursus dalam Cuti).

Aku cerita secara ringkas memandangkan sekarang ni musim kerajaan tengah uruskan pengambilan guru secara one off tu kan? So, sebelum ni aku pernah cerita kan yang aku dah jadi cikgu? Ya, kalau ikut perjawatan lama, aku dikategorikan sebagai guru interim. Tapi sekarang, sudah dinaiktaraf jadi guru COS (Contract of Service). Hampa kena faham, ada dua benda berbeza. Contract OF service dan contract FOR service. Nak tahu apa beza dia? Nanti la kalau rajin aku taip kalau tak, boleh cari sendiri di Google.

So, untuk dapat jawatan tetap sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41, kami diwajibkan untuk mengambil ikhtisas perguruan yakni dalam erti kata lebih ringkas, hang kena masuk belajar semula, belajar dalam masa satu tahun, lulus dan sedia untuk dilantik secara tetap (jika hang perform dan tidak membebankan pihak KPM la kan?) Nanti la aku cerita lagi kelebihan PPP DG41 COS ni.

So, sekarang ni dah keluar iklan pengambilan khas PPP DG41 kan? Mean, ini adalah batch kedua. Kami tahun lepas batch yang pertama. Batch testing orang kata. So, dah apply belum korang yang tak ada ikhtisas perguruan tapi nak jadi cikgu ni? Ada lagi seminggu sebelum tarikh tutup.

Selepas dah apply, tolong pastikan korang alert dengan susur masa yang telah ditetapkan.

Nanti korang akan dapat SMS atau emel berkaitan kelayakan untuk UKCG. So, ini langkah ketiga yang perlu korang cakna dalam perjalanan korang nak jadi seorang cikgu. Ada juga tanya aku tips nak jawab UKCG ni, tapi aku mana la tahu nak kasi tips bagai ni. Yang penting, ingat, SEMASA MENJAWAB SOALAN UKCG, JAWAB SEBAGAI SEORANG GURU. Letakkan diri sebagai seorang guru. Nampak macam mudah, tapi ada yang gagal juga ye. Hati-hati.

Eh, apa tu UKCG? Ujian Kelayakan Calon Guru. Boleh baca sini aku ada buat entri dulu. Boleh baca kat SINI. So secara ringkasnya UKCG ni lebih kepada ujian psikometrik. Ingat, jawab sebagai seorang guru.

Kemudia bila dah berjaya dalam UKCG ni, sedia untuk panggilan temuduga bila dah berjaya. Beza skim kali ni dan skim masa aku dulu. Aku apply untuk Interim Dini dan Tahfiz, dan disebabkan aku ni hanya calon simpanan sajo, maka kami semua ditukarkan ke opsyen Pendidikan Islam Sekolah rendah. Tapi bagus juga la. Pening juga kalau sekolah menengah hehe.

Bila dah lulus UKCG dan layak temuduga, apa perlu hang buat? Boleh baca kat sini pula : Temuduga Guru Interim 2019. Alhamdulillah, semua yang kami dalam gambar tu dapat jadi cikgu sekolah rendah. Sorang posting Perak, tiga Penang dan 2 di Sabah. Oh ya, aku ingatkan, kebanyakan yang IPTS terutama kos Pendidikan Islam, memang depa hantar Sabah Sarawak. Sanggup tak? Fikir betul betul.

Bila dah pergi temuduga, hampa boleh baca SINI pulak untuk nampak bayangan perjalanan hidup korang. Kalau kena online saja, aku tak dapat tolong sebab aku takdak pengalaman tapi okay saja tu. Best lagi kalau bersemuka. Boleh juga sedia dengan sijil-sijil korang. Nah, aku siap buat post khas tau. Tolong la share! Hehe.

Okay la, aku tau, korang mesti malas nak cari satu satu ya ya aku list kan sabajap.

Rasa ini saja yang perlu aku kongsi. Semoga awak-awak yang nak apply jadi cikgu ni, ingat apa aku tulis ni. Aku cakap berdasarkan pengalaman dan passion aku. Ingat benda ni:

  • Niatkan di hati untuk menjadi seorang guru kerana Allah. Setiap kali rasa down teruk, ingat semula niat utama dan tajdid niat!
  • Pesan pada diri, nak jadi cikgu bukan sebab gaji semata-mata. Gaji cikgu ni rendah je aku habaq awai. Tapi sebab jiwa seorang pendidik. Kita nak didik anak orang oi.
  • Sanggup ditempat di mana saja tak kisah la luar bandar ka pedalaman ka apa, tapi sebab hang sanggup nak belajar benda baru. Trust me, benda ni penting!
  • Ulang la no 1 sampai 3. Bukan senang nak jadi guru nak nak zaman pandemik ni.
Part penempatan tu, tolong lah terima kalau betul betul minat. Aku seronok ditempatkan di Lahad Datu ni. Jiwa aku nak mengajar anak anak felda ni sentiasa berbunga bunga. Allah dah aturkan aku kat sini untuk berbakti baik baik dengan diorang.

Semoga semua berjaya! Kalau ada apa apa nak tanya, boleh tinggalkan di komen. Nanti aku akan jawab soalan korang. Till then, good luck! Nanti aku cerita pasal PDPP pulak. Nak tau dak?


Ustazah Jannah.
Lahad Datu.


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

2 comments:

Oh!Belog