Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Hari ni dapat lagi update blog ! Yeaay ! *lompat kegembiraan atas kejayaan ini* HAHA. tadi kat twitter, ada la aku tanya nak update apa malam ni. Saja nak manja-manja mintak idea. HAHA. So, tetiba kawan aku balas, dia mintak aku buat pasal bahaya SOYA kepada wanita.
Aku terfikir, betul jugak! selama ni kita dengaq orang kata soya tu bagus kan. Tapi setiap benda mesti ada keburukannya. Mana ada benda yang perfect. So, setelah aku gunakan khidmat pakcik google yang sangat setia saat aku memerlukan bantuan, aku dapat daripada satu BLOG ni. Menarik tau !
Antara keburukan soya yang aku dapat ialah:
1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.
3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak.
5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya: kembung perut, kekurangan asid amino, kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya.
6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, nak??
Dan untuk pengetahuan semua, kafir-kafir laknatullah ni tak habis-habis empromosikan soya sebagai minuman terbaik sebabnya USA adalah salah satu pengeluar soya terbesar. Tetapi sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antaranya ialah :
- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
- Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
- Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
DAN fakta yang kita perlu tau jugak ialah :
1. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!
2. Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Sebagai kesimpulannya, kita kembalilah kepada pemakanan sunnah yang diamalkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw seperti susu kambing, kopi, kurma dan banyak lagi. :)
notakaki : fana, nanti aku update pasal kopi tu pulak yer!


38 comments:
soya increase estrogen..thats y bley lead to breast cancer.
dulu suke minum.. lepas tau keburukan, tukar minum susu low fat.. hehe.. boleh jugak try minum susu kambing hi goat :)
sy dgr lelaki je bhy, rupenye ppuan pon sme ^^
pas ni taknak minum soya dah.
takut lak nk minum air soya.
Maybe ni berkenaan soya yg diekstrak n dicampur ngn pelbagai chemical utk membuatkn soya tu tahan lama...
tak suke soya..suke cincau.saje je nak gtau, nak soh blnje....hehehe..btw ur blog in my bloglist..lalala
yeke? sy suke minum soyaaa. ok xnk dah >_<
Yekeeee ? Suami saya suka belikan soya, boleh kata minuman harian la tu. Konon nak anak putih T_T
Kena stop lepas ni.
makan sebulan sekali boleh kut
La, yeke. baru tau. tak sangka. thanks for sharing. :)
Oh TIDAK!!!!!, zy dah la hari2 minum sekotak susu soya season tau...Nak nanges rasenyer bila bace ne.... Nak buat ape yer lepas ne....!!! btw...follow sini... (sambung risau....)
SERIUS?!
nasib baik saya mmg tak suka soya dri kecik. thanks for the information cik jannah :)
aiyoo00..saya baru ta0..huhu
btw..thankzz for da info..:))
ada dengar gak pasal keburukkan soya ni trutama pada lelaki la.. slalu kita dgr mengenai keburukan kopi kan? tapi sebenarnya ia adalah minuman yang bagus! amalkan meminum kopi, trutama white coffee :)
dulu suke gila minum soya. now dah jarang dah. huhuhu
this is called unbelievable .... :)
teruk betuk soya ni, haha.
tapi org yahudi mmg jahat. susu kmbing depa cakap tak bgus. pastu promote susu lembu. tp anak2 depa sendiri diberi susu kmbing.
jadi, ikut ajelah cara nabi kita :)
Seb baik mmg akak tak berapa suka minum soya. Tapi akak suka taufu fah. So, cemana? Terpaksa la buat lompat tikam je lepas ni. Heheh.
sy mmg xsuke soya.. hehe :)
saya masih lagi mencari sumber2 sahih mengenai bahaya soya ni sebab penduduk Jepun & Korea memang mengamalkan amalan pemakanan tauhu dalam kehidupan seharian mereka (lebih kurang mcm lauk wajib setiapa hari), kulit orang2 korea sngt putih & lembut sebab amalan pemakan tauhu sejak nenek moyang mereka lagi. Saya pun x pasti tentang keburukan soya itu...
Macamana dengan tempe. Tempe pun dibuat dari soya juga
bagi yang tengah hamil, jgn minum soya dalam kotak ya sebab tinggi kandungan bahan pengawet , sebab tu kulit baby jd sensitif terukk..pengalamn mak saya sendiri, masa hamilkan adik sy yg sekarang dah berumur 18thn , minum soya yg dia masak sendiri..hari2 dia minum..alhamdulillah, masa lahir adik saya tu putih melepak..kulit pon cantik, x der sensitf langsung..psl menyebabkan masalah kesuburan tu, sy tak setuju sbb nya, lepas mak saya lahirkan adik sy td, 2 org lagi adik lelaki menyusul......dan alhamdulillah, sihat sampai sekarang tanpa penyakit bahaya....soya adlh anugerah Allah..kenapa tak baik pulak...kalo tak elok utk kesihatan, mungkin dah diharamkan makan kot..wallahualam :)
pilih produk soya yang berkualiti..yg ada 7 panduan pemilihan soya:
- soya bean tu mesti tumbuh membesar secara organik,
- soya bean tu jugak mesti dihasilkan secara genetic
-mesti ada 9 asid amino yg perlu oleh bdn kita
- dlm proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dgn alkohol
- bahan anti-thyroid/anti-growth mesti disingkirkan
- proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
- soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium sbbnya soya ni berasid & boleh menyebabkan kerapuhan tulang..sebab tu kena tambah unsur kalsium secukupnya supaya dapat meneutralakn balik soya tu....
wallahualam
Ada asas saintifik ke...penyelidik dan jurnal saintifik mana yang dirujuk?? boleh cite beberapa sumber utk dirujuk tak..
rasanya bersepah cerita pasal keburukan soya di merata blog. kebanyakkan hanya copy paste tanpa menyertakan sebarang bukti kukuh sebagai sumber rujukan. jangan kerana disebabkan Amerika Syarikat merupakan pengeluar terbesar dunia, kita terus jatuh hukum. kena ingat, umat Islam ada diseluruh dunia termasuk Amerika Syarikat.
berbalik kpd citer soya, sejauh mana kebenaran mengenai keburukan soya pada kesihatan? ada bukti untuk dirujuk?
yang membuatkan minuman segera spt soya berbahaya kpd kesihatan adalah bahan² pengawet yg dicampur dlm soya bagi tujuan tahan lama. bukan soya saja... hampir semua makanan/minuman diletakkan bahan pengawet. apabila diambil sedikit demi sedikit, sudah tentu akan menjejaskan kesihatan. sbb itu org2 dulu sihat walafiat. org2 dulu mn ade makan makanan segera. sume original tanpa bahan pengawet.
x salah kalo nak makan soya. soya merupakan sejenis bijirin/kacang yg mana ia sgt bkhasiat. bijirin merupakan salah satu makanan kegemaran Rasulullah SAW spt Habbatus Sawda, barli dan juga oat. bijiran mmg berkhasiat spt mn soya. kalo was² dgn soya yg dijual di pasaran... apa kata ambil kacang soya dan buat sendiri air soya tanpa campuran bahan pengawet.
After reading the blog entry and comments, there are few thinkers and many followers who just accept without questioning the authenticity of the information. We will be celebrating our 55th independence day and we do need more thinkers and not just followers
x brape nk cy sgt..mungkin ni pasal soya yg dlm kotak tu..tp if soya betul x kot..amalan org dulu2 dah membuktikn mcm2..pasal kmbong perut mgkin soya ni kekacng tp aku bile gastrik cepat2 minum soya..cepat ok..ermmmm...kema kaji lg neh..
Anak saya minum susu soy. Sampai sekarang sihat, paling sihat dialah dlm keuarga.Kalau kita tak tahu fakta,jgn cepat melatah, selagi benda Allah kurniakan dari tumbuhan kita tak boleh katakan ia tidak baik. Wallhu a'lam.
walaupown susu soya asli tu? wt sendiri punya . . bahaya jugak ke ?
terima kasih untuk info ni..surprised jugak..follow sy balik yee..:)
errr...suke minum soya...pas ni da takleh..kena ganti ngn susu plak...sob sob *nanes
singgah baca di blog saya ye! :)
boleh tahu bayi yang alergik minum susu soya isomil +++ lain2 brand mengandungi soya mcm mn?adakah keadaan bayi pun bahaya?
Sy penah baca soya direct kita amek mkn mcm susu soya tu x bagus..klu da laluinproses ferementation atau penapaian mcm kicap soya n tempe xpe..jd mknan yg siaht..tauhu n taufufa sy xpasti sbb xtaw proses pembuatannya
npe x list kn brand soya ape yg xleh diminum...stahu sy,soya bgus untk tbuh bdn..i think,ade half soya yg proses p'buatan nye x ckup bgus smpai tmbul kburukan soya..
Menurut pengalaman dan pembacaan saya, soya biasa dan soya yang Non-GMO.. perbezaannya bagai langit dgn bumi. Soya biasa adalah GMO (Genetic Modified Organism) mmg byk keburukan sehingga mampu mengubah genetik manusia jika diambil dalam nisbah yg banyak.
Soya Non-GMO ,Non Genetically Modified Organism, sebagai contoh ESP (Energising Soy Protein) ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien. jgn beli yg murah dan yg ada di pasaran biasa tu... sbb tu la ada soya yg murah ada soya yang mahal. bole refer kt sini jgk... tentang GMO food.. http://www.non-gmoreport.com/whatisnon-gmo.php
'Soya memang bukan makanan sunnah.... Tapi mencari yang terbaik utk diri adalah sunnah'
http://www.nurcahaya.zoomshare.com/ cuba check dis website. Ad info utk cr mnum ais soya. Tq
Post a Comment