22 October 2018

#playingtourist in Kuala Lumpur

Bismillah.

Semalam lepas mama and the geng balik ke Penang, maka aku dan Kak Farah pun apa lagi, panjang kaki ke KL lah. Dengan duit tak dak tengah bulan, nak berjalan juga, habuan minyak kereta cukup la. HAHA. Kami dah lama tak masuk KL kot padahal sejemput ja KL Subang tu. So, kami pergilah pusing KL acah acah pelancong.

Hasil carian Google, kami memulakan langkah ke Muzium Kraftangan Negara yang terletak di Jalan Conlay, KL. Aku  ni nasib la jiwa seni dok ada jugak. Dapatlah kami cuci mata. Nak tangkap gambar, tak boleh. Aku ikut peraturan ye. So, yang mana boleh je la kami bagi gambar.

Kak Farah.

Kemudian setelah habis pusing, kami ke Muzium Diraja yakni Istana Lama tu. Bayaran Masuk RM5 saja. Lepastu kena jalan kaki naik atas. Macam biasa, dalam tu tak boleh bergambar ke apa. So, kita hormat. Tapi kan ya ALLAH, cantiknya perabot dan hiasan dalaman. Memang diraja sangat. Lepastu dok berangan tidur kat situ la. Langsir punya lawa dan karpet tu tebal amat. HAHA. Mula la berangan nak anak raja. LOL.





Kemudian kepenatan bagai berehat kejap kat Masjid Negara. Lepas solat semua, nak pergi Muzium Kesenian tapi dah nak tutup. SOkayyyy. HAHA. Last sekali decide nak ke Dataran Merdeka. Bergambar je. Kebetulan matahari tengah nak terbenam, eh lawa ye gambar kat situ. HAHAHA. At least nanti tua tua aku boleh tunjuk kat anak cucu aku.






Akhir sekali, makan kat Suraya Seafood. Aku malas nak cerita sebab hampa boleh Google hahaha. Kaparah la teringin sangat nak makan! HAHA.



Okay, done for #playingtourist. Next kita jelajah yang tak sempat lagi. Asalkan freee. HAHA.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

25 September 2018

#rekomenfilem : PASKAL THE MOVIE

🎥 : PASKAL THE MOVIE
⭐️: 10/10‬
#rekomenfilem

Kalau ada orang tanya aku sama ada aku nak kahwin tak lagi dengan askar lepas tengok cerita ni? I will always say, MESTILAH AKU NAK MALAH BERKOBAR KOBAR AKU NAK!

Kalau hang seorang yang sangat berjiwa patriotik, cintakan negara, ini dia filem untuk hang tonton. Aku rasa ini adalah filem Malaysia yang terbaik bagi aku sepanjang tahun ni jauh meninggalkan KL Special Force, Polis Evo dan J Revolusi di belakang. Siapa yang bandingkan dengan filem Munafik, aku tampo kang. Jauh nau pergi dia. LOL.

Tapi mungkin review aku agak over sikit sebab AKU MEMANG MINAT GILA TENTERA TAK KISAH LA LAUT KE DARAT KE UDARA KE APA KE TAPI AKU MEMANG MINAT TENTERA DAN MEMANG NAK CARI PASANGAN TENTERA!! Kalau orang tanya aku lepas tengok filem ni hang nak kahwin lagi dak dengan askar, tak payah fikir lama, aku akan jawab NAKKKK LA!

Bila hang tengok filem ni, hang tak rasa hang tengok filem sebab pelakon dia, tapi sebab PASKAL tu sendiri. Ya, PASKAL ataupun nama panjang dia Pasukan Khas Laut TLDM. Adrian Teh berjaya bawa aku tengok filem ni sebab isi dia, fokus dia, bukan pelakon semata-mata.

Paskal The Movie adalah sebuah kisah benar yang mengisahkan tentang pengorbanan hero-hero kita demi negara tercinta. Dia nak kena pilih antara keluarga dan negara. Bukan senang weh.

Antara dialog yang menarik perhatian aku, "Bukan senang keluarga dan kawan-kawan nak faham tugas macam kita." Ya, hang akan faham, bukan senang kita orang biasa nak faham tugas depa. Tengah makan, dapat call. Bangun tinggal makanan. Tengah cuti, dapat call, bangun pi balik kem sebab ada misi lebih penting dok tunggu.

Dalam filem ni hang akan dapat tengok sikap kerjasama dan teamwork yang sangat padu dalam kumpulan mereka. Semua saling melengkapi dan sempurna. Bukan tu saja, kasih sayang seorang mak dengan anak, majikan dengan pekerja dan macam macam lagi.

Beb, tiga kali meleleh ayaq mata jantan aku ni woi. Aku ni susah gila nak menangis, tapi filem ni saja, tiga babak meleleh ayaq mata aku weh. Tersedu-sedu aku. Tu part sedih. Part dia punya tergempaq dengan tembakan dan bom yang silih ganti tu, hang toksah kata, tak senang duduk aku dibuatnya. HAHAHA. Gelak sengih pun ada. Cukup rencah.

Sinematografi dia, sumpah lawa! Dia tembak macam real, putus kaki real, bom hancur badan habis, real. Puas hati!

Pemilihan pelakon yang hang sendiri tahu Amirul Afendi, Nam Ron, dan lain-lain tu macam mana powernya depa? Weh, Amirul Afendi tu Allah bagi dia bakat berlakon ya! Semua power. Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit dan aku lupa yang lain nama apa HAHA. Sorry la.

Panjang weh review kali ni, tapi tu ja aku nak habaq, hang keluar wayang pun hang akan teringat aksi depa dalam tu. Hang akan rasa emosi tapi dalam masa sama hang punya semangat patriotisme tu membuak!
 

To all our heroes out there, salute!

To Adrian Teh and all crews member of Paskal The Movie, kudos! Bravo!

Macam ni baru berbaloi nak tengok kat wayang! Ingat omputih je ke power bab ketenteraan???! Hehehe.

Nurul Jannah,
Peminat No 1.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

06 August 2018

Bagaimana Hendak Beli Melalui Aplikasi McDonalds Dengan Harga Bawah RM40 dan Percuma McChicken

Bismillah.

Disebabkan aku tak sangka pula post aku berkaitan McDonalds tu dapat share lebih 10K, lagi power daripada yang gambar aku viral sebab pakai baju sama macam anak Che Ta dan keluarga tu, jadi apa salahnya aku berkongsi di sini. Oh ya, aku dah tukar nama page Blog Cik Jannah kepada Cik Nurul Jannah. Boleh rujuk sana tau!

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia, seriuslah siapa yang tak suka benda percuma kan? Lol. Aku pun tergodek godek di Twitter lalu aku pergi cuba. Tak payah tanya baca, sekali baca aku terus kemain eksaited. Takkan hang takmau beli semua ni dengan harga kurang daripada RM40??

Ya, semua ni RM40 saja. OMG!
Ikuti langkah-langkah dibawah. Agak tak faham, hang kena ulang baca sampai faham.

Muat turun aplikasi McDonald's
Pertama, pastikan awak dah muat turun aplikasi McDonald's dalam telefon masing masing. Download je lah kat mana mana yang boleh HAHA. Kemudia sign up atau create account. Kalau dah pernah ada, hanya log masuk sahaja. Ala, benda basic ni. Kemon gais!


Kedua, masuk tengok bahagian offer. Haa, tengok banyak offer kan? pilih la mana hang nak dan tekan button redeem atau tebus yang ada kat bawah offer tu. Ingat ya, BILA HANG DEPAN KAUNTER BARU HANG PI REDEEM SEBAB KOD NI VALID DALAM MASA 5 MINIT SAHAJA.

Kalau drive tru aku rasa hang kena cakap ke orang yang ambik order tu kata ada kod. Ala, benda kita buat dia kot. Belajar lah buat sendiri kan??

Kemudian dah selesai, bayar lah. HAHA. Cangak lagi. Dah bayar, ambik dan makan. Kalau take away, balik la. Bagi orang lain pulak nak beli. Hehehe.

Okay, sampai disini!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

24 May 2018

Tepung Pelita VS Kuih Tako

Antara kuih yang sangat popular semasa bulan Ramadhan ialah Tepung Pelita. Tepung Pelita ni yang ada dua warna putih dan hijau bukan parti pas tu ye HEHEHE. Jadi bagi peminat tepung pelita, dia mesti akan bebai kalau bila dia beli tepung pelita seperti yang dikhabarkan oleh peniaga kuih tersebut tetapi yang dia dapat sebenarnya adalah KUIH TAKO.

HELLO ABANG KAKAK? SERIOUSLY? HAAAA. Gitulah cerita dia.

Jadi aku bukan nak bagi resepi, cuma aku nak bagitau perbezaan antara dua jenis kuih ini ialah dari segi rasa dan isi sikit je, sebab rupa depa sama. Kembaq seiras!!

Hampa kena ingat kalau hampa beli kuih ni hampa dapat yang ada SENGKUANG CINA, ketahuilah bahawa itu sebenarnya KUIH TAKO. Bekas Kuih Tako juga dibuat menggunakan daun pandan ye anak-anak. Tepung Pelita pula menggunakan daun pisang sebagai bekasnya dan juga dikenali sebagai kuih sampan.

Sumber : Google Image
Untuk pengetahuan, kuih tako berasal daripada selatan Tanah Air manakala Tepung Pelita berasal daripada Negeri Perak. Hampa juga kena tau, kalau kuih tako dia buat guna tepung jagung dan tepung pelita dia guna tepung beras.

Tekstur dia juga lain sikit, kalau tepung pelita dia lembik lembik kalau kuih tako dia macam keras sikit. Rasa dia mestilah lain. Jangan tanya aku pi rasa sendiri. Hehehe.

Sumber : Google Image
Cik Jannah,
Peminat Tepung Pelita Paya Jaras


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

22 May 2018

Adab dan Tips Ke Bazar Ramadan

Semasa aku sedang menaip post ini, ketahuilah bahawa aku baru jejak kaki ke bazar Ramadan baru dua kali, itupun Si Adel (anak menakan aku) dok kalut Maksu nak pi pasar nak gi pasar. Pi beli kebab, lepastu balik.

Allahu, ini entri pertama dalam tahun 2018 ya? Tahniah Jannah. Sebenarnya aku bercadang nak aktif balik berblogging. Sekurangnya untuk simpanan memori aku yang short term memori ni.

Jadi, sempena bulan Ramadan kali ni, aku nak kongsi tips ke bazar ramadan. Ya tuan tuan puan puan sekalian, bukan tentang nafsu membeli anda ya. Tapi adab awak dengan orang ramai gitu. Tak banyak tips, tapi berguna jugak lah. HAHA.

Sumber : Google Images
Jangan halang laluan. Tolong ye, kalau hampa semua pegi bazar dengan geng jemaah hampa, tolong sangat jalan lah berbaris ke berpecah ke apa, tapi jangan jalan MENDATAR 5 orang sebaris. Hampa ingat hampa Pussycat Dolls ka? The Beatles? Atau tengah shoot video pendek tengah alam? Tak cukup dengan tu tergedik-gedik dok cakap kuat kuat.

Jangan buat reunion tengah jalan. Aduh ini selalu jadi, bukan setakat masa bazar, tapi masa pasar malam biasa lagipun. Okaylah kalau dah rindu sangat, tariklah kawan tu ketepi tukar nombor telefon ke apa, whatsapp k? TAKPAYAH LA DOK BERPELUK BERCIUM PIPI BAGAI EH GERAM PULAK AKU HAHAHA.

Sumber : Google Images
Park kenderaan ditempatnya. Tolonglah jangan berperangai keji sangat. Motor di park tempat kereta seketoi dia, kereta pi double park. Aduiyai, dapat lesen terbang ka?

Aku rasa nak bagi tiga saja kot. In case ada nak tambah boleh bagi cadangan. HEHE. Cuma nak ingatkan, jangan membazir beli belah kat bazar tu. Nafsu semua tu.

Sumber : Google Images


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK!


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

Oh!Belog