24 August 2017

Temuduga Cikgu MRSM DG41/DG42

Bismillah.

Entri kali ini aku nak kongsi pengalaman pergi temuduga Cikgu MRSM. Hehe. Ini pertama kali temuduga under pertubuhan yang besar. MARA ni salah satu institusi yang besar okay. MARA ada seluruh Malaysia. Hampa jangan main main. Antara produk MARA ialah UiTM, MRSM, dan KKTM. 

Okay, bukan nak cerita pasai MARA, tapi pasai pengalaman. In case ada yang dapat temuduga akan datang, boleh buat rujukan. Ye dak? Hajatnya, aku cuma nak nak cuba nasib jadi cikgu MRSM. Ye la, kita bukan kelulusan cikgu KPM mahupun bidang pendidikan. Ye dak? Kita hanya ikan bilis kecik haluih. Tapi ikan bilis la ni mahai no?

Tudia, mesej aku dapat mula mula. Terpilih untuk ambil ujian online. Maka, dah kira lepas tapisan pertama la kan? Heheh. Sebab dah apply dulu mula. Yehaa, terkejut tau! Tak sangka. Tapi masa ni aku macam blur blur lagi. Maka aku pon jawab la ujian online tu dengan bahagianya. Terima kasih juga kawan yang tolong cover jawab kelam kelibut aku jawab tau. 

Dok dalam tiga empat hari aku dapat mesej hang bawah tu. Pergh, terkejut gila. Exam PTD dua kali pon tak dapat macam ni tau dak. Tapi rezeki ada lagi kat MARA ni. Jadi, aku pon download semua dokumen berkaitan. Isi mana patut. Lepastu, bersedia untuk pergi ke tempat temuduga.

Yang aku kali ni kena pi kat KKTM Lenggong, kat Perak sana. Fuh, boleh tahan jauh jugak na. Oh, ya. Semestinya aku dapat tawaran dalam bidang aku. HAHA. Jadi Ustazah la aku lepas ni.

Pukul 2 pagi aku dengan Am gerak pi Lenggong. Am, terima kasih na teman aku. KAlau tak, habislahhh aku., HAHAHAHAHA.

So, in iadalah antara perkara yang aku kena buat. Aku antara yang daftar awal. Kebetulan yang datang haritu semua bakal cikgu Fizik dan Pendidikan Islam saja. So, aku kumpulan pertama. Tak caca marba sangat.

Fitness Test. Pergh yang ni paling azab kot aku rasa. HAHAHAHA. Kena buat bleep test. Hampa taktau dia punya naya, silap tak fit macam hape. Hampa try la youtube tengok contoh bleep test lagu mana.
 
Muka lepas Fitness Test, lepastu kena lari kejar kejar nak pi salin baju untuk next step.

Temuduga. Okay, yang ni kita akan masuk berkumpulan. Kami dibahagi satu kumpulan lima orang. Tiba tiba kumpulan aku kumpulan yang pertama kena kot. Tapi alhamdulillah, interviewer tu okay. Dah otai pon semua pon. HAHAH. Entah, aku rasa rileks la sikit. Heheh.

Banyak juga soalan tanya, tapi standard ah. AKu naik keras dalam bilik tu. Ada la dalam 30-45 minit. Haaa tudia. Semua pakat nak tunjuk power time tu lah. HAHAHA.

Ujian Psikometrik. Dah selesai interview, kami berkejar nak ke tempat satu lagi untuk buat ujian. Tipsnya jawab je jujur. Depa nak kenai kita kan? Ala ala ujian psikologi tu. Senang ja.

Micro Teaching. Part ni aku macam cuak sikit, Sebab aku sebenarnya down kalau cakap depan orang (melainkan anak murid aku). Kita kena sedia dengan ABM, RPH bagai macam kita nak masuk mengajar lah.  Pilih tajuk yang kita mahir. Masa aku, depa siap suruh cakap Arab, mengaji plus tanya hukum tajwid. Alhamdulillah, lepas. HEHEHE.

Alhamdulillah. Aku selesai lebih kurang jam 12. AWAL. Ramai lagi tak siap. Ada yang start ujian dulu ada yang micro teaching dulu. Bergantung lah. Jadi, lepastu aku balik terus ke KL. Malas nak pusing ipoh dah. HAHA.
Hai kak, happy ye lepas habis interview? HAHAHA

Keputusan aku taktau lagi. Ada rezeki, dapatlah. Takdak, teruskan hidup please? Hehehehe.

Doakanlah! KAlau dapat depa hantaq pi Bintulu pon aku lajak pi ja. Syok paaaa. Kalau tak, dok Subang diam diam k. Hehe. Okay, masa untuk tidur! 

Selamat Berjaya Semuaaaaa!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

7 comments:

  1. waahhh macam tu rupanya interview cikgu.. good luck, semoga ada rezeki...aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. hehe. pengalaman pertama jugak ni

      Delete
  2. yg ni pendidikan islam dan fizik, bagaimana klau subjek lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam. Saya cuma tahu yang ni saja masa haritu.

      Delete
  3. Salam. Nak tanya keputusan mara dah keluar ke belum ya?

    ReplyDelete
  4. http://online05.mara.gov.my/semakanlantikanDGDC_Baru/

    ReplyDelete
  5. https://earnmoney.network/get-paid/?today=GO:109272

    ReplyDelete

Oh!Belog