24 May 2018

Tepung Pelita VS Kuih Tako

Antara kuih yang sangat popular semasa bulan Ramadhan ialah Tepung Pelita. Tepung Pelita ni yang ada dua warna putih dan hijau bukan parti pas tu ye HEHEHE. Jadi bagi peminat tepung pelita, dia mesti akan bebai kalau bila dia beli tepung pelita seperti yang dikhabarkan oleh peniaga kuih tersebut tetapi yang dia dapat sebenarnya adalah KUIH TAKO.

HELLO ABANG KAKAK? SERIOUSLY? HAAAA. Gitulah cerita dia.

Jadi aku bukan nak bagi resepi, cuma aku nak bagitau perbezaan antara dua jenis kuih ini ialah dari segi rasa dan isi sikit je, sebab rupa depa sama. Kembaq seiras!!

Hampa kena ingat kalau hampa beli kuih ni hampa dapat yang ada SENGKUANG CINA, ketahuilah bahawa itu sebenarnya KUIH TAKO. Bekas Kuih Tako juga dibuat menggunakan daun pandan ye anak-anak. Tepung Pelita pula menggunakan daun pisang sebagai bekasnya dan juga dikenali sebagai kuih sampan.

Sumber : Google Image
Untuk pengetahuan, kuih tako berasal daripada selatan Tanah Air manakala Tepung Pelita berasal daripada Negeri Perak. Hampa juga kena tau, kalau kuih tako dia buat guna tepung jagung dan tepung pelita dia guna tepung beras.

Tekstur dia juga lain sikit, kalau tepung pelita dia lembik lembik kalau kuih tako dia macam keras sikit. Rasa dia mestilah lain. Jangan tanya aku pi rasa sendiri. Hehehe.

Sumber : Google Image
Cik Jannah,
Peminat Tepung Pelita Paya Jaras


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog