23 August 2019

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga Kerajaan dan Swasta

Disebabkan aku lapang sikit hari ni, maka aku nak kongsi satu tips temuduga. First impresionn tu penting gais, kalau tidak, macam mana nak tarik minat orang, ye dak? Disebabkan aku dapat dua temuduga kerajaan dan beberapa temuduga swasta, maka, aku kira, aku kena buat sesuatu bagi orang teruja dan kata wow ini budak sangat bersedia HAHAHA. Aku pun Google juga, tai aku nak juga buat entri sendiri. Dulik!

Hang kena ingat, kalau nak pi temuduga, selain pemakaian yang kemas, diorang akan tengok hang punya persediaan tau. Yang penting, jangan main letak saja sijil semua dalam sampul surat putih/coklat tu. Sangat tak professional! Kita nak memudahkan urusan orang, jadi, buat elok elok.

Di bawah ni, aku share cara-cara hampa susun sijil. Tapi apa-apa pun, tengok dulu surat depa bagi. Kadang-kadang depa dah bagi checklist hang susun sijil ikut depa nak. Mula-mula, ikut macam depa nak. Ikut susunan tau! Jangan ikut kepala hang. HAHA. Kemudian, baru tengok macam mana.

Oh, sebelum aku lupa, ini susunan untuk dokumen asal tau. Dokumen salinan, hang letak dalam sampul, takpe dan pastikan ianya disahkan oleh orang yang berkenaan.

Senarai dokumen yang WAJIB/PERLU ada:
  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil PMR
  4. Sijil SPM & Ujian Bahasa
  5. Sijil STPM/STAM (jika ada)
  6. Sijil Berhenti Sekolah
  7. Sijil Diploma (jika ada)
  8. Transkrip Diploma (jika ada)
  9. Sijil Ijazah Sarjana Muda (jika ada)
  10. Transkrip Ijazah Sarjana Muda (jika ada)
  11. Surat Pengiktirafan Kelayakan MQA (klik sini)
  12. Sijil-sijil lain yang berkaitan

Okay, ini semua pastikan hampa buat yang asal ye. Yang salinan simpan dalam sampul coklat tu. Rujuk gambar di bawah ya. Aku gigih ambik gambar ni sambil jaga Annur. Maaflah kualiti kurang, sebab tangan kiri dok kilik budak kecik gangguan banyak sikit.

Pastikan beli fail hitam macam ni. Baru nampak professional. Kat kedai buku banyak jangan dok tanya nak beli mana soalan ni. Letih aku nak menjawab soalan bukan-bukan.
Untuk Perhatian : Nak lagi cun, lekat nama penuh, no kad pengenalan dan gambar hampa kat kulit dia!
Print NAMA JAWATAN YANG DITAWARAN. Print kemas kemas macam ni.
Muka surat sebelah, susun sebelah-sebelah macam ni. Baru nampak kemas! Sedap mata memandang. Tak gitu?
Ini contoh aku print dari emel. Screenshot -- print. Nampak tak usaha aku?
Kemudian, maklumat diri. Letak jugak. Ini juga memudahkan kerja ya kawan kawan? By the way, aku buat sendiri tau resume ni. Jangan tuduh aku beli. HAHA.
Okay. yang ni part penting. Hang lekat la salotep ka, plastesin yang biru tu (ada juai kat edai buku) dan lekat IC original hampa kat situ. Depa akan tengok! Ni contoh takdak la aku dah cabut.
Kemudian, surat beranak hampa. Tempe jugak!
Okay part ni, maklumat pendidikan. Tu penting! Masa ni hang start nak letak segala macam pedidikan hang bermula dari PMR-yang terkini.



Aku letak juga sijil berkaitan bidang dan subjek tambahan aku.






Tadaaa, siap sudah satu kerja. Lepas ni kalau ada temuduga lagi, tukar yang berkenaan saja. Tak payah pening-pening nak susun lagi. Jadi, aku buat konklusi, hampa boleh check list kat bawah ni.
  1. Nama jawatan yang dipohon
  2. Maklumat Temuduga (surat/emel/whatsapp)
  3. Maklumat diri (resume)
  4. Kad Pengenalan
  5. Sijil Kelahiran
  6. Maklumat Pendidikan (PMR, SPM, STPM/STAM, Diploma/Ijazah, Master, PHD)
  7. Sijil Berhenti Sekolah
  8. Sijil Pengiktirafan Diploma/Ijazah/Master/PHD. (scroll atas sikit, aku dah kasi link nak check)
  9. Sijil-sijil lain.
Yang aku bagi kat atas ni semua yang ORIGINAL ya. Yang asli. Untuk yang salinan, TOLONG TENGOK LIST YANG DIORANG BAGI. IKUT APA DIORANG NAK BUKAN APA KITA NAK.

Aku harap perkongsian aku kali ni bermanfaat! Aku dah ada pengalaman 3 kali interview kerajaan, bila aku buat macam ni, depa akan lebih tertarik tengok fail kita sebab kita dah bersedia awal. Untuk pengetahuan hampa, temuduga kerajaan ni susah gila ya. HAHA.

Aku doakan sesiapa yang baca entri ni akan dipermudahkan jalan mencari kerja, amin amin amin,

Jannah,
Bakal cikgu gomen. HAHAHA.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

Oh!Belog