23 August 2019

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga Kerajaan dan Swasta

Disebabkan aku lapang sikit hari ni, maka aku nak kongsi satu tips temuduga. First impresionn tu penting gais, kalau tidak, macam mana nak tarik minat orang, ye dak? Disebabkan aku dapat dua temuduga kerajaan dan beberapa temuduga swasta, maka, aku kira, aku kena buat sesuatu bagi orang teruja dan kata wow ini budak sangat bersedia HAHAHA. Aku pun Google juga, tai aku nak juga buat entri sendiri. Dulik!

Hang kena ingat, kalau nak pi temuduga, selain pemakaian yang kemas, diorang akan tengok hang punya persediaan tau. Yang penting, jangan main letak saja sijil semua dalam sampul surat putih/coklat tu. Sangat tak professional! Kita nak memudahkan urusan orang, jadi, buat elok elok.

Di bawah ni, aku share cara-cara hampa susun sijil. Tapi apa-apa pun, tengok dulu surat depa bagi. Kadang-kadang depa dah bagi checklist hang susun sijil ikut depa nak. Mula-mula, ikut macam depa nak. Ikut susunan tau! Jangan ikut kepala hang. HAHA. Kemudian, baru tengok macam mana.

Oh, sebelum aku lupa, ini susunan untuk dokumen asal tau. Dokumen salinan, hang letak dalam sampul, takpe dan pastikan ianya disahkan oleh orang yang berkenaan.

Senarai dokumen yang WAJIB/PERLU ada:
  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil PMR
  4. Sijil SPM & Ujian Bahasa
  5. Sijil STPM/STAM (jika ada)
  6. Sijil Berhenti Sekolah
  7. Sijil Diploma (jika ada)
  8. Transkrip Diploma (jika ada)
  9. Sijil Ijazah Sarjana Muda (jika ada)
  10. Transkrip Ijazah Sarjana Muda (jika ada)
  11. Surat Pengiktirafan Kelayakan MQA (klik sini)
  12. Sijil-sijil lain yang berkaitan

Okay, ini semua pastikan hampa buat yang asal ye. Yang salinan simpan dalam sampul coklat tu. Rujuk gambar di bawah ya. Aku gigih ambik gambar ni sambil jaga Annur. Maaflah kualiti kurang, sebab tangan kiri dok kilik budak kecik gangguan banyak sikit.

Pastikan beli fail hitam macam ni. Baru nampak professional. Kat kedai buku banyak jangan dok tanya nak beli mana soalan ni. Letih aku nak menjawab soalan bukan-bukan.
Untuk Perhatian : Nak lagi cun, lekat nama penuh, no kad pengenalan dan gambar hampa kat kulit dia!
Print NAMA JAWATAN YANG DITAWARAN. Print kemas kemas macam ni.
Muka surat sebelah, susun sebelah-sebelah macam ni. Baru nampak kemas! Sedap mata memandang. Tak gitu?
Ini contoh aku print dari emel. Screenshot -- print. Nampak tak usaha aku?
Kemudian, maklumat diri. Letak jugak. Ini juga memudahkan kerja ya kawan kawan? By the way, aku buat sendiri tau resume ni. Jangan tuduh aku beli. HAHA.
Okay. yang ni part penting. Hang lekat la salotep ka, plastesin yang biru tu (ada juai kat edai buku) dan lekat IC original hampa kat situ. Depa akan tengok! Ni contoh takdak la aku dah cabut.
Kemudian, surat beranak hampa. Tempe jugak!
Okay part ni, maklumat pendidikan. Tu penting! Masa ni hang start nak letak segala macam pedidikan hang bermula dari PMR-yang terkini.



Aku letak juga sijil berkaitan bidang dan subjek tambahan aku.






Tadaaa, siap sudah satu kerja. Lepas ni kalau ada temuduga lagi, tukar yang berkenaan saja. Tak payah pening-pening nak susun lagi. Jadi, aku buat konklusi, hampa boleh check list kat bawah ni.
  1. Nama jawatan yang dipohon
  2. Maklumat Temuduga (surat/emel/whatsapp)
  3. Maklumat diri (resume)
  4. Kad Pengenalan
  5. Sijil Kelahiran
  6. Maklumat Pendidikan (PMR, SPM, STPM/STAM, Diploma/Ijazah, Master, PHD)
  7. Sijil Berhenti Sekolah
  8. Sijil Pengiktirafan Diploma/Ijazah/Master/PHD. (scroll atas sikit, aku dah kasi link nak check)
  9. Sijil-sijil lain.
Yang aku bagi kat atas ni semua yang ORIGINAL ya. Yang asli. Untuk yang salinan, TOLONG TENGOK LIST YANG DIORANG BAGI. IKUT APA DIORANG NAK BUKAN APA KITA NAK.

Aku harap perkongsian aku kali ni bermanfaat! Aku dah ada pengalaman 3 kali interview kerajaan, bila aku buat macam ni, depa akan lebih tertarik tengok fail kita sebab kita dah bersedia awal. Untuk pengetahuan hampa, temuduga kerajaan ni susah gila ya. HAHA.

Aku doakan sesiapa yang baca entri ni akan dipermudahkan jalan mencari kerja, amin amin amin,

Jannah,
Bakal cikgu gomen. HAHAHA.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

89 comments:

  1. Menarik. Mtk share jgk ye. Smga jannah bjaya dpt jd ckgu. Doakan ana jgk ye.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila share. hehe amin amin semoga ada rezeki kita

      Delete
  2. Suka sangat..
    semoga urusan cik dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Salam nk tnya, yg copy tu binding ke? Or ltk dlm sampul je?

    ReplyDelete
  4. Nak tanya.. Yang salinan tu... Kne copy semua document asal kte macam mana?

    ReplyDelete
  5. Salam. Nk tanya. Kalau sijil pmr hilang takpe ke ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti. boleh call pusat interview ataupun minta kpm keluarkan semula sijil

      Delete
  6. boleh saya nak confirmkan.. sijil berhenti sekolah letak selepas sijil spm ke? atau pun letak dulu semua pmr,spm,diploma,degree lepastu baru letak sijil berhenti sekolah?
    lagi satu sijil muet perlu letak atau pun tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau temuduga spa dia dah listkan siap2 senarai, susunan untuk sijil2 dan hantar kot email kita

      Delete
    2. ikut susunan senarai semak yang pihak syarikat/spa senaraikan. biasanya kalau temuduga kerajaan akan siap checklist dah. ikut susunan tu

      Delete
  7. Terima Kasih Cik Jannah..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. salinan kena cop la jangn cop dekat sijil ori

      Delete
  9. Salam sis..tq atas perkongsian yg menarik nie..saya de soalan nk tnye pd cik..
    Tentang salinan sijil perlu wat mcm buku skrap ke maksud saya adakah perlu binding terlebih dulu..tq
    Harap cik sudi komen😊

    ReplyDelete
  10. Salam sis..tq atas perkongsian yg menarik nie..saya de soalan nk tnye pd cik..
    Tentang salinan sijil perlu wat mcm buku skrap ke maksud saya adakah perlu binding terlebih dulu..tq
    Harap cik sudi komen😊

    ReplyDelete
  11. Salam sis..tq atas perkongsian yg menarik nie..saya de soalan nk tnye pd cik..
    Tentang salinan sijil perlu wat mcm buku skrap ke maksud saya adakah perlu binding terlebih dulu..tq
    Harap cik sudi komen😊

    ReplyDelete
  12. Terima kasih.
    Sangat membantu.
    Semoga dipermudahkan juga urusan akak.

    ReplyDelete
  13. Wow, budak kuis ke? Hehe saya pun budak jgk btw thanks atas perkongsian. Sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh iyee kos apa tu tahun bilaaa?

      terima kasig share lahh

      Delete
  14. Nak tanya.. kalau nak hantar resume..kena hantar fail-fail ni sekali ke?

    ReplyDelete
  15. Risau yelaa nak interview ni.. Fizikal dah 2 kali tk lulus. Ni first time dpt yg takde fizikal 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau bila dah bersedia okay la tu. goodluck hehe

      Delete
  16. Alhamdulillah... Trima kasih atas panduan dn perkongsian cik Jannah.. Smoga d permudahkan urusan cik Jannah.. Aamiin.. Doakan sy yg bakal menduduki temuduga ni.. Hehe..

    ReplyDelete
  17. Dlu intern kat Petronas ke?
    (out of topic pulak😜)

    ReplyDelete
  18. Salam sis, mcm sy dpt iv yg dia org xlist cr susunan mcm Spa.. Mcm mna yer.. Follow step sis blh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm boleh jak. ini sebagai persediaan kita. tak semestinya ikut sebiji,

      Delete
  19. Blh PM SY drnuraizzul@gmail.com

    ReplyDelete
  20. Sijil berhenti sekolah hilang..bagaimana nak buat ya

    ReplyDelete
  21. SANGAT BERMANFAAT.. TERIMA KASIH YA

    ReplyDelete
  22. Maw tanya...klu yg dcopy tu perlu pengesahan?

    ReplyDelete
  23. Maw tanya...klu yg dcopy tu perlu pengesahan?

    ReplyDelete
  24. nak tanya, salinan perlu pengesahan dari pihak siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegawai kerajaan gred 41 ke atas. nak senang cari pengetua sekolah

      Delete
  25. Hi Cik Jannah. Nak tanya, boleh ke buat resume dalam bentuk folio siap ada binding2 sekali ?

    ReplyDelete
  26. Sangat berkesan...mohon share yer...

    ReplyDelete
  27. Yg salinan tu kepilkan.. Pastu Masuk kan dlm fail skali ke

    ReplyDelete
  28. Terima kasih.. Sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  29. Salam. Boleh tahu sijil2 di susun dari pmr-terkini atau sebaliknya? Dan sekiranya memegang jawatan di universiti, sijil tersebut letak di "sijil2" atau buat khas utk "jawatan dipegang"? Sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. saya mula dari PMR. Saya buat saja sijil2. salinan sijil pun saya ikut dari yang tertinggi ke terendah

      Delete
    2. Salam kak..
      1-kalau buat salinan dari rendah ke tinggi bole..
      2-sijil2 lain yg xde kaitan bole ltk blkng sekali..
      3-sijil & tawaran bole ltk sekali ke..

      Delete
    3. 4-ori & salinan susunan kena samakn..
      5-dlm file resume, ic & sijil lahir bole ltk yg copy punya tapi berkaler..

      Delete
    4. wslm. sorry baru sempat baca komen ni.

      1. salinan kena dari PMR-tertinggi.
      2. boleh je letak kalau mau tapi biasa diorang nak tengok 10 tertinggi
      3. boleh.
      4. ori satu fail. salinan sekalikan letak last saja
      5. boleh

      Delete
  30. Assalam cik, terima kasih atas perkongsian. Tapi saya nak tanya mengenai sijil pengiktirafan tu macam mana ya utk dapatkannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. sama sama. share la utk semua tahu. hehe.

      oh ya yang MQA tu kan? boleh cari di sini

      https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

      Delete
  31. Salam cik, kalau kita ada 2 sijil skrol pengajian cuma berbeza bm dan eng, jadi seeloknya letak yg mana satu ye? Ke letak je dua²?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kalau saya letak yang bahasa melayu. nak pulak kita interview kerajaan kan

      Delete
  32. Salam, saya nk bertanya, sijil tu kita susun satu-satu ataupun boleh letak depan belakang dalam satu helai tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang asalkan nampak kemas. Saya buat sebelah2

      Delete
  33. Salam nk tnya sijil upsr xperlu ke..cm aktiviti sklh rendah ke?

    ReplyDelete
  34. Salam nk tnya sijil upsr xperlu ke..cm aktiviti sklh rendah ke?

    ReplyDelete
  35. Contoh sijil² tu sijil apa ya

    ReplyDelete
  36. salam . nk tnya klau sijil² lain xde mcm mne ye ? yg ada skrang pt3 , spm , sijil berhenti sekolah je . sijil akademik sijil penglibatan sekolah xde . dia kira tk lngkap ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe je janji ada sijil2 utama yang dia minta

      Delete
  37. sijil penyertaan, pelantikan, pengahargaan, pencapaian kena letak kan? jadi sususan dia mana dulu

    ReplyDelete
  38. doakan saya semoga dipermudahkann temuduga pd 13 hb ini .

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum..nak tanya,iv spa ni kena bawa yg fotostet juga ka walaupun dia takda nyatakan suruh bawa pada surt pnggiln iv?

    ReplyDelete

Oh!Belog