7 Mei 2018, aku kena pergi satu temuduga sebagai Pembantu Pengurusan Murid N19 di Putrajaya. Tapi, pada hari yang sama aku kena pergi ke Maktab Perguruan Ulu Kinta, Ipoh untuk temuduga jawatan Guru Interim Dini & Tahfiz. Boleh klik untuk baca pengalaman temuduga in case nak tahu lah! Ala, korang Google mesti keluar link ni kan? HAHA.
Jadi ni aku nak pesan kat hampa ni, kalau kata ada interview yang bertindan, tolong ye call salah satu panggilan interview tu untuk minta tunda tarikh. Jangan memandai tak pergi ke apa, Sangat tak ada etika. Ingat tu, call! Macam aku kan, dapat panggilan interview SPP tu, kemudian dapat interim pulak, pada hari yang sama. Disebabkan interim tak boleh tunda dan muktamad, aku tebalkan telinga telefon Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk minta tunda. Syukur, Allah mudahkan. Aku tunda esoknya tu. Jadi, balik saja dari Ipoh, aku kena sedia untuk ke Putrajaya.
Ikutkan hati, aku dah malas nak prgi interview ni tapi kawan aku si Amni tu dia call aku ya pagi buta untuk paksa aku pergi ke temuduga tu. Dia kata pi saja, gomen tu! Maka, aku pun pergilah. Fail memang semua dah siap dah. Tinggal nak pergi saja. Kira haritu aku barai habis balik interview tu.
Oh i see aku lupa eh aku tak buat post pasal temuduga PPM ni? Nanti aku buat. Aku nak ingat balik macam mana aku apply tahu tahu je aku dah dapat panggilan interview. Jadi sekarang aku bukan nak cerita aku nak pi temuduga. Aku nak cerita lepas tu sebab aku dah dapat satu mesej ni gais.
Aku tak sangka pula aku dapat sebab masa aku interview haritu, kaw kaw kena. Aku sampai keluar bilik tu aku mesej am, hello am aku tak dapat la iv ni susah gila nak nangis rasa. HAHA. Memang tak sangka langsung. 80% panel pertama akan provoke hang dan 20% saja panel kedua akan tanya tentang jawatan ni. Sungguh nanti la aku share aku tak ingat.
Alhamdulillah, mungkin ini dinamakan rezeki. Once aku pilih untuk pergi dari tempat kerja sekarang, aku dapat tawaran yang lebih baik dan terjamin. Aku buntu juga nak buat pilihan, but masa mama cakap tu aku dapat rasa dia nak kata hello nak oit pilih je la gomen tu nak pening apa. Masa depan terjamin sikit sampai bila nak kerja swasta. Biar pi la mula dari bawah semula, asalkan nanti hang boleh bangkit semula. Haaa, panjang kan mama aku kata? hahah.
Sekarang aku tunggu surat dari kementerian sampai untukk tahu di mana aku akan posting dan bila. Sekolah mana sekian sekian. Oh ya, aku cerita sikit pasal jawatan ni.
Pembantu Pengurusan Murid atau dalam erti kata lain hang akan bantu cikgu tadika menguruskan budak budak tadika sama ada prasekolah ataupun pendidikan khas ataupun asrama. kalau asrama maybe ada shift la. Nampak mudah bukan? Aku rasa tak semudah tu HAHA.
Diorang maybe tak berak dalam kelas, tapi diorang akan berak atas kau. HAHA ta menyempat nak ke tandas maybe. Ataupun diorang maybe tak bergurau main main dengan kau tapi diorang akan tumbuk kau kaw aw. HAHA tapi tak semua kot. At the end they just a kid. takkan itupun tak boleh hadap kan Jannah?
Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh search kat Google ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Jangan malas sangat.
Orang mungkin akan cakap, PPM je? Rendahnya. Hang ada degree kot. But, apa aku boleh buat. Hang ingat senang nak masuk dalam kerajaan? Dengan umur aku makin meningkat ni. HAHA. Biarlah aku mula dari bawah semula. Sekurangnya aku tahu tahap aku macam mana. Tak payah letakkan kaki hang dalam kasut aku sebab saiz kita tak sama. Sekalipun sama hang belum tentu akan rasa macam mana aku rasa. Hang tak tahu, PPM ni basically antara kerja cikgu juga bezanya tak secara terus mengajar la. Mati juga nak mengajar dengan nak buat benda lain lagi. HAHA. Yang penting ni lantikan tetap bukan kontrak ya. Dapatlah aku rasa bonus kelak. Selama ni telan air liur je sis. Hehe.
Doakan aku buat keputusan yang terbaik ya! Insyaallah, cita cita nak jadi cikgu akan aku teruskan. DOAKAN JUGA AKU DAPAT POSTING INTERI YA AKU NAK JADI CIKGU HALO BACA DAK NI AKU NAK JADI CIKGU??! HAHA.
Bye!
Assalam. Kak jannah haii ehehe. Saya mau tanya. Masa kak jannah temuduga pembantu murid hari tu. Kakak ada tick kah dalam borang yg d isi tu kelulusan akademik utk degree?
ReplyDeletehaiii kita kenal keee ni hahaha. masa temuduga tu bukan setakat tick diorang tengok semua sijil yang ada
Deletewslm haha siapa ni siapa ni?? hehe alamak sprry dah lupa tak ingat mcm mana apply dulu
ReplyDeleteHai,boleh kongsikan cara awak menjwab soalan waktu interview tu?
ReplyDeleteHai, nanti saya ada masa lapang saya cuba kongsikan. Sebab dah lama, lupa huhu
DeleteCik jannah, macam mana kerja PPM ni ya? Boleh detailkan sikit x?
ReplyDeletesaya ada share di FB. Boleh cari di FB Nurul Suhaimi
ReplyDeleteCik jannah saya nak tanya , ppm ni selalu seorang ke ramai dalam pra sekolah tu? Contoh nk kena masak masak sorang ke ada lg ppm yg membantu?
Deletesetiap 25 budak satu PPM. so kalau ada 50 budak, 2 PPM. bergantung kepada budak la. biasanya masak sama sama la kot. maaf, saya boleh bagitau yang tu je sebab saya jaga ppki sblm ni
DeleteSalam, puan saya dah cari nama puan dekat FB tp tak jumpaa. Puan letak gambar depan apa ye?
Deletefb saya Nurul Suhaimi. Gambar tudung merah
DeleteSalam..nak tanya waktu temuduga ppm ni adakah cik sertakan sijil degree cik?adakah pihak interviewer tanya kenapa cik Mohon jwtn ini sedangkan cik degree??sebab saya degree tapi Mohon jwtn ini...saya dengar kalau ada degree peratusan untuk dpt jwtn ini adalah tipis
ReplyDeletewslm. ya, saya sertakan semua hatta seorang lagi yang interview dengan saya dia ada master. Tidak ada masalah pun kalau sertakan. kalau kita didapati menipu, langsung tak dapat nanti. huhu. Tunjukkan kenapa awak hendak sangat kerja tu. yakin. you can do it!
DeleteTq..doakan saya iv jwtn ini pada esok hari��
DeleteINsyallah. you can do it! hehe
Deletesoalan iv dia mncabar minda tak .. hahahahha saya jenis lemah la bab bercakap ni . doakan saya iv selasa ni
ReplyDeletehaha semua soalan masa iv akan jadi mencabar ye. takpe, boleh tu! goodluck ye
DeleteAssalam..
ReplyDeleteBoleh sis bgtau soalan yg mcm mna mrka salu tnyer
Wslm. maaf saya pun tak ingat dah huhu bergantung kepada penemuduga sebenarnya
DeleteHye.. nak tanya.. kalau dapat jawatan tu biasanya penempatan di mana? Lapor diri di mana?
ReplyDeleteHai!
DeleteKalau masa saya lapor diri dulu, orang JPN tu cakap diorang hantar dalam lingkungan 30km dari alamat kita ja. Tapi tak tau la kot ada dapat jauh. hehe.
Hi,.. nak tanya berapa kali buka pengambilan PPM ye setiap tahun?.
ReplyDeletehi maaf tu saya tak pasti kena rajin update spp
DeleteAssalammualaikum.. sy nk tnya.. umur 33 tahun agak2 layak lg x mohon.. ada x yg umur 30an dpt job gomen?
ReplyDeletedan lagi satu, klu kelulusan kita hnya diploma, dan bkn bidang dia, ada potensi tak dpt? sis digree kos Apa ya
Sy umur 35 dah skrang..baru shj dpt lantikan tetap PPM...lapor diri pada bulan 6...sy iterview melalui video bulan 6@7hb 2020 camtulah
DeleteSalam, puan boleh share tak macam mana interview melalui video? Apa soalan yang ditanya?
Deletewslm. rasa last umur 35 untuk memohon masuk dalam kerajaan, ada, kawan saya sorang, umur 35. dapat masa saya iv cikgu.
Deletebergantung kepada kekosongan juga tu,
alhamdulillah, saya umur 37 masih dapat lantikan tahun 2021... rezeki 14 tahun memohon...
DeleteAsslmlkm Tanya boleh. Cik jannah sekarang dah dpt ke jawatan cikgu guna degree tu. Cik jannah pun kerja ppm gak kan. Saya pun baru dapat ppm Sama cam cik jannah Ada master xdpt lagi cikgu. Tu saya nak tahu cik jannah tahu ke ppm boleh ke apply nanti jadi cikgu tu
ReplyDeletewslm. saya sekarang dah berkhidmat sebagai guru di Sabah. saya dah tak jadi ppm sempat dalam 7 bulan je. saya iv ppm dan cikgu beza hari saja. saya dapat dua dua. alhamdulillah. rasanya boleh cubalaa
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya seorang ppm yang dah berkhidmat selama 9 tahun. Ada degree. Baru2 ni saya ada mohon guru one off. Utk pengetahuan saya ada sambung diploma lanjutan di oum masa tahun ke 3 saya sebagai ppm. Memang nak sangat jadi cikgu. 😭.. Baru2 ni saya dapat pula tawaran utk pergi iv dg41.. Perasaan saya skrg bercampur baur. Jika gagal dalam iv saya masih gembira sebab saya masih ppm. Tapi jika saya dapat, bagaimana pula langkah seterusnya....
Berat sebenarnya.. Ni pun salah 1 ujian buat diri saya...
Jika rakan2 ada pandangan saya sedia membacanya
Maaf bertnya, untuk sambung jadi cikgu tu awk sambung DPLI ke?
DeleteYer.. Saya sambung dpli di oum..
DeleteHai niza, Sy pun PPM juga, and ada degree dlm pendidikan.. Sy nak tanya, masa apply one off tu, awak sertakan tak pengesahan lantikan PPM awak? Dan nak tanya juga, dapat ke tak jawatan cikgu tu? Boleh balas dekat email sy tak? lulunalr9696@gmail.com
Deletelulunalr9696@gmail...saya dah dapat dan lapor diri bulan 4 hari tu.. Saya xde sertakan apa2 melainkan di borang spp kita letak kita sedang berkhidmat dalam kerajaan...
DeleteTerima kasih sebab share niza. Sekurang2nya dah Ada org ppm Yang jadi guru bila smbng dpli. Saya pun nak smbng dpli thn depan tunggu dpt confirm gomen sbb saya baru masuk kerajaan. Bulan 10 ni baru proses untuk confirmation.
DeleteBoleh saya tahu niza sekarang ni awak berkhidmat Di sekolah mana sebagai guru
DeleteSaya berkhidmat kat smk dalam daerah juga tempat saya tggal.. Alhamdulillah..
DeleteNiza ,nak tanya tangga gaji berubah ke ?
DeleteSalam, nak tnya..berapa lama masa untk puan dipanggil iv ppm? Saya dah lama isi tapi sampai sekarang belum dipanggil untuk iv
ReplyDeleteawak kne rajin updated spp
Deletedoakan saya untuk interview bulan depan 5/4.. puasa pulak tuu.. takut risau tak dapat jawab apa yang penal tnya
ReplyDeleteJgn risau.. Study bab diskripsi tugas ppm.. Kalau di tanya si tuasi senang nak jawab...
DeleteLebih krg la kita iv bln dpn 4/5 doakan la saya bjaya iv nanti huhu
DeleteSalam..nk tnya..cmne nk minta ppm yee..sbb sy xde diploma pendidikan..just diploma perakaunan je..layak ke
DeleteKalau ada diploma perakaunan better mohon ptpo.. Sebab jawatan tu ada buat gaji dan sebagainya..
DeleteHAII tarikh kita samaaa. saya pon intv pada 5/4 ni di putrajaya
DeleteMaaf nak tanya.. Brapa lama akq dapat tarikh untuk lapor diri selepas terima msj akq berjaya?
ReplyDeleteAkq tu akak ke? Dalam sebulan lebih dik
Deletesalam. untuk tahu penempatan dan tarikh lapor diri mcm mana? ada website untuk check or kena tunggu surat dari kementerian?
ReplyDeleteTggu email dari jpn
Delete