29 July 2016

Pembedahan Gigi Bongsu (Horizontal semi-impacted)

Bismillah.

Sejak beberapa hari ni, banyak pula aku tengok member dok post pasai sakit gigi kat Facebook lah Twitter lah kan, so alang alang aku macam rajin ni, mai lah aku cerita kenangan aku cabut gigi bongsu aku. Tapi dah setahun lebih la aku buat.

Start awai tahun lepas, sakit gigi aku makin over tau. Aku sampai tengok orang rasa nak maki ja. Bayangkan punya sakit lagu mana. Sebab tu orang kata sakit gigi ni lagi sakit lepas sakit mati dan bersalin. Haha. Sebab boleh kacau mood. Aku pon pi la klinik gigi. Aku pi klinik gigi swasta mula-mula. Dia check tengok dia kata tak boleh nak terus cabut sebab kena buat minor operation. Aku dengaq opeate jadi macam, damn ni malas ni.

Kesudahannya, aku tampal gigi aku sebatang dan it cost RM70. terus aku macam sebatang tampal dah Rm70. Kalau operate mahu ratus lagi. Dah la tengah kering. Tapi sakit gigi sangat. Lepastu dah okay skit, aku hidup macam biasa. Nak kata kena cabut jugak tu, tak tahan aku pi Klinik Pergigian Selayang. Doktor sana check dia kata tak boleh cabut sebab kena operate juga, so dia akan refer hospital. Tapi dia cabut sebatang belah atas sebab kalau simpan pon takdak function. Nanti dia akan memanjang ke bawah, nak ka? Hahaha. Aku pon redha ja la dia cabut. gigi atas belah kanan.

Lepas dapat surat aku terus buat appointment. Kerajaan kan? Mana on the spot. Aku bersabar dan dalam minggu depan kot aku pi pulak. Pi jumpa dr, dia buat X-Ray gigi. Wuhuuu bestnyah, jakun baq hang aku. Hahaha. Pastu dia tunjuk aku gigi aku yang kena Xray tu. 


Lebih kurang lagu ni lah keadaan gigi. Hat senget tu mau takmau memang kena bedah. kena toreh. Dia bagi aku dua pilihan.

1. Dia operate masa kita sedaq. Dan cabut sebatang sebatang setiap bulan. Yang ni MC 5 hari kot tak silap aku. Tapi akan makan masa lama la, sebab sebatang sebatang kan?
2. Dia pengsankan kita terus. Cabut semua serentak. Puas hati habaq hang. Yang ni MC 2 minggu.

Aku terus buat keputusan pilihan no dua la. Eh tak kuasa aku nak pi limanam kali semata. Masa takdak k. Lepas appointment selesai semua, aku pon balik dengan susah hati fikir nak pi operate. Esoknya hospital call cakap buat hari Khamis sebab kat hospital Selayang hari perate cuma Selasa dan Khamis saja. Aku pon okay.

Maka, bermulalah kisah aku serah diri ke doktor. Ni semua kau buat sorang tau. Hahaha.

Hari rabu aku dah kena warded. Aku daftar masuk ward semua, lepastu aku pi dok diam dalam wad. tunggu nurse panggil, pi check gigi, scalling semua siap balik tidoq. Lepastu Pakar Bius panggil, jumpa dia cerita pasai dia nak bius esok dia akan masukkan ubat apa bagai, sign surat dan balik tidur. Malam tu start pukul 11 aku dah kena posa makan. Sebab operate pukul 2 esok tu. terima kasih Amni bawak KFC senyap senyap mai kat aku. Hehe. Chik pon mai sat sebab alang alang kat KL kan. Lepas pakar mai check dalam 3 orang gak la, aku pon tidoq.

Esoknya, nurse bagi makan ubat untuk bagi aku lali. Ubat tu akan pengsankan aku nanti sikit sikit. Dan buat aku mengantuk. Pas salin baju semua, dia mai kata jom. Cuak la weh. Hahahaha. Depa tolak aku pi dewan bedah, aku sedaq lagi time tu. Lepastu depa biaq aku sat, masa tu dah mamai mamai dah. Aku dok rasa ada orang mai, tetiba aku tak sedaq apa langsung.

Sedaq sedaq ja, nrse tanya aku nama apa. Wuwuwuw baru pas operate mulut kot, nak cakap lagu mana. Aku pon paksa gak, dia kata takpa, ni prosedur. Dua tiga hari gak la aku kat sepital. Bayar Rm70 ja k. Hehehe. Makan bubur. Dan berat aku turun 10kg kot dalam masa seminggu. Tak tipu!

Lepas dah boleh keluaq wad, selesai urusan semua, aku balik. Aku google lagu mana depa buat. Haaaaa, lagu video ni depa qongkah mulut aku. Patu aku takleh gerak rahang. Dia jadi jammed. Lol sebab depa bukakmulut aku, depa masuk tiub kot hidung, sebab tu ada darah kat hidung. nasib aku tak sedaq!

Dan hasilnya aku dah tak sakit gigi sekarang. Cuma kena rajin pi klinik scalling dan check gigi tampal apa yang lubang semua. yeayyY! Lepas operate, kena la pi hospital follow up semua, cabut benang bagai. Jangan risau, tak sakit.

Tiga batang Gigi. Bawah dua atas belah kiri satu.

Nah ittew lanje gambaq gigi ittew. Sampai la aku simpan. kenangan. Lol.

So pesanan aku, sapa sakit gigi, pi la jumpa dr, dan operate la kalau boleh operate. Jangan dok seksa diri, sakit wehhhhh. Hahahahahah! Dan Hospital Selayang antara hospital terbaik dan ramai pakar. Semua baik baik dan bersih k tempat dia.

Kbai!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

16 comments:

  1. nasib saya baca blog awak! hari khamis ni nak kena gi hospital kuala lumpur, takut.. kena operate jugak...

    ReplyDelete
  2. De sakiit2 tekak x , susah nk telan

    ReplyDelete
  3. De sakiit2 tekak x , susah nk telan

    ReplyDelete
  4. HAI, MOHON REPLY.. BERAPA KOS DAN MACAM MANA NAK DAPAT BIUS PENUH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya refer doktor swasta, kemudia klinik kerajaan, dia refer ke hospital selayang. ada surat baru boleh ke sana. 4 malam di hospital sekali bedah bius semua rm70 saja. doktor yang cadangkan.

      Delete
  5. Lepas operation mulut boleh buka luas seperti biasa tak? Sy dah hari ke 7 tapi masih bukaan mulut kecil , normal ke mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak. tapi doktor suruh ggit batang aiskrim tu. boleh tahan la

      Delete
  6. Saya pon baru lepas xray dari hospital selayang..takut niii

    ReplyDelete

Oh!Belog