09 May 2016

My Bestfriend Solemnization & Reception 01&07 May 2016

Bismillah.

Alhamdulillah. Selesai kedua-dua majlis sahabat baik aku dua minggu berturut-turut. HAHA orang lain kawin, aku yang busy macam majlis aku. Tapi takpa, aku seronok sebab selesai semua dah. Happy tengok kawan-kawan happy! Yeayy. Terima kasih KakDi yang banyak teman aku sepanjang majlis depa ni.

Majlis Pernikahan Kokti & Azrie 01 Mei 2016, Parit 7, Sekinchan

Tinta buat Azrie dan Kokti,

Azrie, jaga Kokti baik-baik. Kokti ni memang jenis mengada ngada, kahkahkah, tapi tu la tu, bagi dia makan ja okay la tu. Gemukkan dia lagi, please?

Kokti, jadi isteri yang solehah, jangan melawan cakap laki tau! Hahahaha. Nanti Azrie ada game rugby meh ajak saya teman. HAHAHAH!

Minggu depan tu pulak, majlis partner in crime aku dengan KakDi. Hahahaha. Gila hang tak sedih? Bukan takat member kamceng dah ni, ni tahap partner in crime dah ni. Sedih sebab banyak kenangan antara kami -- yang indah indah. Bab bergaduh toksah cakap la aku malas nak cerita ja. Haha.

Mamat Solemnization, 07 Mei 2016, Sri Iskandar
Haha, aku tau dia cuak nak menikah. Hang bayangkan seminggu sebelum dia asyik dok habaq aku, 'Weh, aku cuak la cuak la'. Haha. Bila part praktis akad nikah tu aku bantai gelak kaw kaw, aku kata kalau hang gagap memang lingkupla. Haha. Yang KakDi asyik pesan suruh dia hafal maksud doa lepas nikah tu. Hahaha.

Mamat Solemnization, 07 Mei 2016, Sri Iskandar
video

Alhamdulillah. Nasib sekali lafaz boh. Tapi masa baca lafaz taklik tu, aku sedih. Menangis si Mamat ni habaq hang. Sedih la dia, satu lag tanggungjawab dia bertambah. Moga hang hayati lafaz tu mat woi!

Mamat Solemnization, 07 Mei 2016, Sri Iskandar

Mamat Reception, 07 Mei 2016, Sri Iskandar
Alamak, pakwe ni sibuk nk bergambar. Jeles katanya. Kahkah!
Alhamdulillah. Selesai semua majlis. Aku dah boleh berehat. Haha. Banyak kerja lain lagi. Zati, you look so damn gorgeous habaq hang! Untuk pengetahuan, yang kawan baik dengan aku tu si pengantin laki. Tapi tak semua tahu aku dengan pengantin perempuan pon kamceng. Haha. Sejak dari merisik, bertunang lagi memang aku rapat dengan si perempuan dah. This is what we called, friendship till jannah habaq hang.

Salam & Izzati
Meh, ada pesan sikit kat hampa dua ni.

Zati, please take care of my best friend. Be a good wife and sentiasa sabar dalam apa jua masalah mendatang. Dengan budak ni, lagi kena banyak bersabar. Haha. Jangan marah marah tau! Haha. Nanti boleh belanja minum air kobis lagiiiii. Hehe.

Amat, jadi laki yang terbaik buat zati. Ingat apa aku dan KakDi pesan hari tu. Hang jangan buat perangai naaaa. Haha. Okay, you know where to find me in case both of you need my help. Okay, gerak lu pape rojer!

Okay, masa untuk aku teruskan mencari kehidupan aku pulak. Dah lepas dah dua kawan baik. So kakDi, mana nak pi pasni? hehe.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

  1. Hi guys,
    Thank you so much for this wonderful article! Here we all can learn a lot of useful things and this is not only my opinion!
    Even BLNCK corp. and http://road-to-jannah.launchrock.com confirmed it!

    ReplyDelete

Oh!Belog