Bismillah.
Ok. Just update pantas dan pastinya padat. Untuk semua peminat novel terutamanya karya Siti Rosmizah, macam aku ni, peminat tegar, ada berita baik untuk hampa semua. Tahu tak? Tahu tak?
Sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel terhangat di pasaran iaitu CINTA KAU DAN AKU karya Siti Rosmizah Terbitan Alaf21 akan mula menemui anda pada 15 Februari 2013, Setiap Khamis dan Jumaat
Slot Arca di TV1.
Waaaaaa, see what? This is one of my favorite novel after all! Woit, novel ni best. Best tau dak? Ni ha sikit sinopsis novelnya.
Sinopsis Novel Cinta Kau dan Aku:
"Apa
jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja
Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dad-dah, balik kampung
aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan
ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.
"Kalau
saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga
sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran
dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang,
dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh
bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima
abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya
sebagai isteri abang."
Sebaik
sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia
dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya
amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan
hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya.
Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara
itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut
kepercayaannya?
Dan ini sedikit ulasan daripada penulisnya.
Ulasan Penulis Novel Cinta Kau dan Aku:
Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. Penghargaan yang tidak terhingga pada Buku Prima yang tidak pernah jemu untuk terus mencipta nama saya di dalam bidang penulisan. Akhir kata, jutaan terima kasih tidak terhingga buat anda semua kerana tanpa anda siapalah saya. Cinta Kau Dan Aku teristimewa untukmu. ~Siti Rosmizah~

Okay. Mari layan lagu OST Cinta Kau dan Aku ni.
Ok jugakla. Aku dah usha dia punya penerbit dan pengarah cakap. InsyaALLAH, cerita ni mungkinberubah sikit dari segi lokasi. Idokle berubah jalan cerita. So, awak semua ! Jangan lupa saksikan cerita ni woit ! Aku pulak yang eksaited ! Ingat tau?
Hah, pelakon dia tak kabo kan sapa? hahaha. Ni dia pelakon pelakonnya.
![]() |
Saja nak kabo, aku suka syawal ni! |
Apa lagi! Selamat menonton semua. Yeayyy! Mari semua like page ni.
aku suka watak zack dalam novel ni. seronok bila tahu shawal yg dapat jadi zack. tak sabar nak tgok cerita ni main di tv1.
ReplyDeleteSatu lagi adaptasi novel. Boleh la layan drama ni nanti. Mcm layan adam dan hawa dulu.
ReplyDeleteharap2 drama yg nie sama best macam novel dia..:)
ReplyDeletemuka sara li macam hanez suraya. sharifah amani pun ada
ReplyDeletesaya suka tengok citer ni.. walaupun ada orang cakap pelakon xgempak tp watak yang dibawa sangat baik dan hidup,.. sy suka semua pelakonnye
ReplyDelete