21 February 2013

Konvoi Rumah Ibadat Negeri Sembilan, 17 Februari 2013

Bismillah.

5.26am. Dan aku masih tega berjaga. Ya, jam biologi aku dah terbalik. Aku cemburu tengok kawan bilik aku tidur waktu sekarang, Aku hilang nikmat tidur sekarang. Mungkin aku dah bantai tidur lepas maghrib sampai pukul 1 tadi. HAHA.

Okay. Post kali ni nak kongsi pengalaman aku pegi join Konvoi Rumah Ibadat Negeri Sembilan baru-baru ni. Aku dapat tau pun bila ustaz aku bagitau dan dia cadangkan kami pergi join program tu. Alang-alang kami belajar Perbandingan Agama semester ni, maka, kami ambik peluang ni untuk ke sana. Yeay!

Alhamdulillah, pengalaman pertama aku dan kawan-kawan, insyaALLAH bukan pengalaman terakhir hendaknya, dan sangat bermakna. Kami pergi melawat gereja, kuil, gudwara, tokong dan masjid. Singgah sebentar di Kompleks as-Saadah, Allahu, pengalaman menarik! Kalau nak share gambar saja boleh?

Church of The Visitation

Mary and Elizabeth

Kami dapat beg Ikram!

Dengan Father kat church tu.

Gudwara Sahib Seremban

dapat buku free !

:)

Depan kuil.

Tandayatubani Temple, Seremban


Chinese Temple Kwan Tai


Ini gaya Gong Chi Fa Chai

Kompleks Al Saadah


Cuba tengok. Nampak tak ada klon Stephen Chou? Tu la sifu!

Kita belajar mengenal agama lain, bukan bermaksud kita nak masuk agama mereka, tapi kita nak faham. Siapa tahu ini merupakan salah satu cara kita dakwah? Contohnya, Ahmed Deedat, beliau nak mempertahankan Islam, tetapi beliau bukan sekadar memahami dan meghafaz Al-Quran, tetapi beliau juga membaca Bible, malah lagi hebat dari mereka yang lain. Tak percaya, tengok video Ahmed Deedat berdebat. Satu pun tak guna ayat Al-Quran, tapi dia guna Bible saja. 

Kepada yang berpeluang untuk join program macam ni, join! Jangan takut, walaupun aku sendiri takut untuk join mula-mula. Tapi selepas aku join program ni aku punya persepsi berubah. Siapa kata kita tak boleh masuk rumah ibadat kaum lain? Niat, nak belajar kerana Allah. 

Oh ya, nanti aku kongsi sedikit perkongsian yang aku dapat masa kat sana. Aku nak siap-siap Subuh ni. Nantikan ye? Until then, bye.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

  1. Dik, Gurdwara tu nama agama ke? Yang tau, org Singh yang anut agama ni.

    ReplyDelete
  2. tak perlu keluar islam untuk tidak menganut ajaran islam sebenar. Itu target mereka.

    ReplyDelete

Oh!Belog