15 September 2016

Apa itu PCOS? Dan Apa Simptom serta Jalan Penyelesaiannya?

Bismillah.

Maaflah ye. Aku sibuk lain macam. Nak update blog ni dia perlukan idea dan masa yang mencurah curah tau. Rindu jugak nak update, tapi bila nak update dia jadi macam, okay takdak cerita la pulak. Hehe. Jadi, kali ni aku nak kongsi pengalaman lagi. Kalau haritu sakit gigi sampai pi operate, kali ni pasai sakit orang pompuan. Tahu dak PCOS tu apa?

Secara amnya, hasil Google dan tanya kepada pakar serta kawan-kawan yang arif bidang ni, PCOS tu boleh diertikan sebagai PolyCystic Ovary Syndrome dimana ovari seorang wanita wujud di dalamnya gugusan sista-sita yang teratur seperti gugusan anggur. Sista ini merupakan folikel yang gagal menghasilkan ovum dan tidak mengalami proses pengovulan. Amboi, maaflah. Indah sikit bahasa sains ni. Boleh tengok SINI sebagai rujukan ye?

Perbandingan antara Ovary normal dan yang ada PCOS. Rujukan SINI
Setiap perkara dan penyakit yang terjadi, mesti ada punca kan? Jadinya, sista ni bukan punca PCOS cuma dia sebagai simptom saja. Punca PCOS ni ada macam macam dari segi ketidakstabilan hormon, atau faktor genetik badan kita sendiri.

Faktor Genetik @ Keturunan. Kalau penyakit ni mesti doktor akan tanya, sejarah keturunan family kita macam mana. Sama ada mak atau nenek kita dulu pernah ada penyakit ni atau tidak.

Kegagalan Pengovulan. Ketidakseimbangan hormon FSH dan LH menyebabkan folikel tidak membesar utk mengeluarkan ovum dan akhirnya menjadi sista sista yg terbiar. Tekanan perasaan dan diet yg tidak sihat adalah antara penyumbang kepada kegagalan pengovulan. Kegagalan pengovulan inilah yg menjadi penyebab PCOS.

Kegagalan badan Bertindak dengan Insulin. Asas atau punca PCOS juga dikatakan bermula apa bila badan tidak bertindak balas terhadap hormon insulin. Seterusnya menyebabkan peningkatan insulin dalam darah atau hiperinsulinemia. Peningkatan ini menyebabkan hormon adrogen turut meningkat sekaligus menyebabkan gangguan sistem respon hipotalamus, pituitari dan ovari. Folikel yg masih tidak matang di ovari tidak dapat menukar androgen yg terhasil kepada estrogen iaitu hormon yg sepatutnya terhasil utk pembesaran folikel.

Image result for pcos

Jadi, nak dijadikan cerita, aku punya cycle period memang suka hati ja dia nak mai bila. Jadi untuk seroang wanita (gittew) benda ni tak baik dan tak elok. Sebab niat nak kahwin tu ada, aku pon pergi la check kat klinik. Okay ya kawan kawan, sebelum proceed ke hospital bagai, kena ada surat referral dari klinik tau.

Image result for pcos


Aku mula pergi ke Klinik Kesihatan Cheras. Jumpa doktor semua, then doktor suruh amik darah. Biasalah prosedur biasa. Sebulan juga aku menunggu tu. Lepastu follow up balik, hasil darah aku semua normal. Darah okay, buah pinggang ok, kolestrol okay, semua okay lah! Aku minta doktor surat untuk rujuk ke pakar. Baru diorang boleh keluarkan surat. Aku sendiri dok rasa aku ada PCOS.

Jadi, semalam hari pertama aku pergi appointment doktor lah. Dan, aku rasa aku akan selalu jumpa doktor lepasni. Klinik Cheras boleh refer tiga hospital saja - HUKM, HKL dan Hospital Ampang. Jadinya aku pilih HUKM sebab dekat dengan rumah tapi aku lupa HUKM tu semi gov. Hang kena bayar la sikit tak macam hospital kerajaan yang lain. Kalau Hospital kerajaan bayar RM5, sini hang kena bayar RM50 untuk pendaftaran sahaja. Hahahaha. Padan muka!

Lepas jumpa doktor, dia suruh aku pi scan. Bayar lagi RM21.20. Huhu macam scan perut ibu mengandung tu. Haha. Bezanya perut aku lemak banyak. LOL. Masa tu doktor scan tu tunjuk la, ini rahim awak, okay ini ovary awak. Kilang telur ye. Dan bintik merah ni, PCOS. Okay, dah confirm la aku ada PCOS. Sebab tu bermisai, berjanggut, period suka hati nak mai bila, stress dan depressed, berat naik tak mau turun, acne dan rambut gugur macam leukemia.

Doktor kata, okay awak ambik ubat ni dan awak set appointment dengan dietitician ya. Kami akan pantau dan kita jumpa lagi 4 bulan. Nak tengok hasil. Ubat ni hah aku dapat.

Metformin. Ubat kencing manis dan kawan aku cakap ubat ni boleh buat aku kurus.
Diane35. Ubat hormon. Dan kulit akan jadi lawa bila makan ubat ni.

Jadi, aku dah boleh makan ubat ye sekarang. Jangan main main. Cuma pagi tadi tak tertelan dan termuntah balik. Harapnya semua lepas ni baik baik. Susah hati la kalau lawa sangat. HAHAHAHA.

Okay, pesan aku kat mana mana pompuan yang ada simptom lagu ni, sila pi check doktor. Pompuan memang complicated, tapi mereka ni yang Tuhan cipta sangat unik dan kuat. Semoga semua baik baik! Jangan takut, setiap masalah ada jalannya. Antara kita nak usaha atau tidak saja. Okay?

nanti aku update lagi! Bye!
Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

Oh!Belog