22 May 2018

Adab dan Tips Ke Bazar Ramadan

Semasa aku sedang menaip post ini, ketahuilah bahawa aku baru jejak kaki ke bazar Ramadan baru dua kali, itupun Si Adel (anak menakan aku) dok kalut Maksu nak pi pasar nak gi pasar. Pi beli kebab, lepastu balik.

Allahu, ini entri pertama dalam tahun 2018 ya? Tahniah Jannah. Sebenarnya aku bercadang nak aktif balik berblogging. Sekurangnya untuk simpanan memori aku yang short term memori ni.

Jadi, sempena bulan Ramadan kali ni, aku nak kongsi tips ke bazar ramadan. Ya tuan tuan puan puan sekalian, bukan tentang nafsu membeli anda ya. Tapi adab awak dengan orang ramai gitu. Tak banyak tips, tapi berguna jugak lah. HAHA.

Sumber : Google Images
Jangan halang laluan. Tolong ye, kalau hampa semua pegi bazar dengan geng jemaah hampa, tolong sangat jalan lah berbaris ke berpecah ke apa, tapi jangan jalan MENDATAR 5 orang sebaris. Hampa ingat hampa Pussycat Dolls ka? The Beatles? Atau tengah shoot video pendek tengah alam? Tak cukup dengan tu tergedik-gedik dok cakap kuat kuat.

Jangan buat reunion tengah jalan. Aduh ini selalu jadi, bukan setakat masa bazar, tapi masa pasar malam biasa lagipun. Okaylah kalau dah rindu sangat, tariklah kawan tu ketepi tukar nombor telefon ke apa, whatsapp k? TAKPAYAH LA DOK BERPELUK BERCIUM PIPI BAGAI EH GERAM PULAK AKU HAHAHA.

Sumber : Google Images
Park kenderaan ditempatnya. Tolonglah jangan berperangai keji sangat. Motor di park tempat kereta seketoi dia, kereta pi double park. Aduiyai, dapat lesen terbang ka?

Aku rasa nak bagi tiga saja kot. In case ada nak tambah boleh bagi cadangan. HEHE. Cuma nak ingatkan, jangan membazir beli belah kat bazar tu. Nafsu semua tu.

Sumber : Google Images


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK!


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog