23 December 2020

Dari Lahad Datu ke Kuala Penyu, Sabah.

Assalamualaikum.

Hari ini hari ketiga aku di Kuala Penyu. Rumah kawan rumah aku, Rietah. Dia ajak aku balik kampung dia sebab kesian kot nak tinggal aku seorang diri kat Lahad Datu. Aku tak balik semenanjung cuti sekolah kali ini. Mungkin tahun depan kali aku balik ke sana. Kalau kamurang baca entri kali ini makna kata, aku dah ada line la tu. Di kampung ni memang line dia hazabedah. Mau ke keluar ke pekan Menumbok baru dapar 4G. Kalau tak, nan hado. Hehe.

Aku tak nak cerita lagi tentang Kuala Penyu, cuma aku nak cerita tentang perjalanan aku dari Felda ke sini. Kalau ikut dalam Google Maps, lebih kurang 9 jam 14 minit, tapi itu semua dusta belaka. HAHA. Tapi ini termasuk persinggahan habuan nak kencing bagai la. Rosak la kereta kalua terus drive non stop. Lebih kurang 12 jam juga kami punya perjalanan. Setengah hari, serupa balik Kelantan musim raya, bak kata Dib.

Masa aku tengah taip ni pun line no service. Jenuh buat flight mode nak cari line.

Kami gerak pagi Sabtu seawal 6 pagi, lepas Subuh. Ikutkan dah terlambat 30 minit dari masa anggaran sepatutnya bertolak. Tapi apakan daya, kami juga manusia biasa. Tiber. HAHA. Awal juga tu kami gerak dari felda, sampai ke bandar lebih kurang jam 7.00 pagi, singgah isi minyak dan cari sarapan. Tak lama dalam 30 minit lebih kurang urusan. Kemudian kami gerak. Memasuki daerah Kinabatangan, bermulanya episode jalan nauzubillah. HAHA. Oh ya, pekan Kinabatangan tu, kecik saja. Besar lagi pekan BM kat Penang tu. Dia kalua hang lalu hang tak perasan pun tetiba dah lepas pekan dia. HAHA. Sorry! Ada juga tu kami lalu depan rumah Bung Mokhtar.

Kalau ikutkan dari Kinabatangan sampai ke daerah Telupid, jalan dia astaghfirullahazim. Berlubang. Ke Ranau juga macam tu. Kalau hang nak elak ke kiri, nanti masuk gaung. Dah jadi sodaqallah, tapi kalau nak elak ke kanan, nah kau, lori la kereta la, jadi apa boleh buat, langar ja lubang tu. HAHA. Aku nak share gambar jalan, tapi masa tu aku tengah focus jadi tak dapat nak ambik gambar, Nanti aku cari gambar tu.

Sepanjang jalan dari Kinabatangan ke Telupid tu mengambil masa lebih kurang 3-4 jam juga. Banyak juga daerah kami dah rentas, Cuma macam Sandakan dan Beluran tu kami lalu simpang saja. Tak masuk ke bandar Sandakan pun. Kemudian bila sampai di Ranau, ya, pemandangan cantik sikit dah. Kalau tak sebelum ni all the way hanya kelapa sawit dan hutan simpan. Masa di Ranau Nampak sikit dah pemandangan sebab dah dekat dengan Kundasang kan. Masa ni aku dah get ready nak tukar drive dengan housemate aku. Cuak juga, dah la Kundasang masa ni tengah hujan. Uii sejuk ui. Tak Nampak Gunung Kinabalu sebab tutup awan. Kabus penuh.

Tapi aku singgah sekejap di Kundasang beli buah habuan bekal nak jalan jauh lagi. Selepas turun Kundasang, kami limpas Tamparuli dan kemudian Tuaran. Tapi Tuaran tu simpang saja, sebab kami kena ke kiri masuk bandar KK. Masa lalu di KK, aku jadi teruja. HAHA Lama tau aku tinggal bandar besar macam KL tu. Jadi serabut pulak, tiber, Banyak bangunan tinggi-tinggi dan jalan raya yang sibuk dan jammed. Macam kat KL. Seronok tengok bandaraya besar, rasa macam rindu KL sana tapi serabut Aku dah lama duduk di Kawasan yang rileks-rileks kan. Hehe.

Kemudia, kami singgah makan di Putatan. Kelaparan kami tu. Putatan tu bandar besar juga tu. Selepas selesai makan, kami meneruskan perjalanan yang berbaki lebih kurang 4 jam lagi. Kali ini Rietah bawa ikut jalan Kinarut. Kami merentasi daerah lain seperti Kimanis, Papar, Bongawan dan Membakut. Singgah sebentar di Petronas Bongawan, nak solat jamak dan bernafas sat, Kemudia teruskan perjalanan ke Membakut selepas isi minyak di Petron terdekat dan seterusnya Kuala Penyu.

Oh ya, kat sini aku teruja ya, Mula dari Telupid baru aku Nampak 99 Speedmart. HAHA ye weh, kat LD sana mana ada 99 Speedmart. Rupanya dia banyak area Pantai Barat Sabah saja. Sadis eh?

Memasuki Pekan Kuala Penyu lebih kurang jam 6 petang, dah maghrib. Dari pekan nak ke rumah Rietah, dalam 20 minit lebih kurang. Sampai saja dah 630. Wah, kembang bontot aku duduk saja haha. Esoknya, Rietah bawa aku jalan jalan Pekan Beaufort dan Pekan Menumbok. Mujur aja nak ke Labuan kena swab. Kalau tak kami dah sampai tau. HAHA.

Sebelum 2020 aku berakhir, sekurangnya aku dapat juga berjalan. Tak sangka dari hujung Pantai Timur Sabag, aku dah bergerak ke Pantai Barat Sabah. Hujung ke hujung. Banyak lagi tempat menarik di Sabah aku nak jelajah. Cuma, sabar sikit lah. Musim COVID ni kena berjaga jaga memandangankan sini baru zon Kuning.

Okay, next post aku cerita lain la. AKu saja nak kongsi perjalanan aku saja dulu. Perjalanan Panjang aku, jauh nok. Bukan kaleng-kaleng. HAHA.


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog