12 February 2021

Tempat Menarik di Kuala Penyu, Sabah.

Assalamualaikum guys!

Kali ini aku nak kongsi beberapa tempat menarik untuk korang lawati di Kuala Penyu, Sabah. Kuala Penyu ni terletak dalam pedalaman Sabah, daerahnya kecil saja nak banding dengan daerah lain tapi yang menariknya dia sebelah laut. Untuk kawan-kawan yang tiba-tiba nak lari dari kesibukan kota raya bolehlah dating bercuti kat sini. Rangkaian telefon pun nan hado sangat. Elok la tu nak lari dari boss kome. Hehe.

Pekan Kuala Penyu terletak lebih kurang dalam 2 jam daripada bandar Kota Kinabalu (KK). Jalan raya dia elok juga tak macam dari Kinabatangan – Ranau tu. Hehe. Rumah kawan aku dari pekan Kuala Penyu ada dalam 20 minit lebih kurang dan lebih dekat dengan Pekan Menumbok. Dalam 15 minit. Pekan Menumbok tu pon kecil saja. Tak besar. Dan tarikan utama kat Pekan Menumbok mestilah jeti nak ke Labuan. Selain flight dari KK, kitab oleh ke Labuan ikut laluan air, naik feri/roro ataupun bot laju. Malangnya musim COVID ni kalua nak keluar masuk Sabah kena swab, jadi maleh la kami nak tadah hidung. Kalau tak kami dah sampai Labuan.

Okay, kita teruskan kepada topik utama. Nanti kalau korang datang Kuala Penyu, nah, datanglah ke sini, habuan syarat korang dah pusing one of daerah dalam Sabah. Hehe.

Pantai Mempakul. Pantai ini terletak di Mempakul, Menumbok. Boleh lah korang lepak-lepak atau nak bergambar kat situ atau nak tengok WP Labuan dari jauh. Hehe. Dikatakan bahawa kat sini juga mereka nak buat jambatan yang akan menghubungkan Labuan dan Sabah secara langsung, macam dari Perai nak ke Tanjung tu? Tapi sebenarnya takde apa juga Cuma tu la macam aku kata, korang nak rileks-rileks lepak, datanglah. Aku pun pergi bergambar ja. Hangat lit lit. HAHA.



Pantai Sawangan. Pantai ini terletak di Kuala Penyu, kena lalu Pekan Kuala Penyu dulu. Cantik lah sini rumah-rumah tepi pantai, geram eh aku. Syiok oo. Cuma kalau guna Google Maps ke Waze ke sesat juga la. ENtah mana mana dia bawa kami masuk hutan. Haha. Memusing juga kami tiga empat kali masuk celah rumah orang tiba-tiba ada pantai. Dengan line telefon 3G la no service la, sedap ye kami kena buli. Nak senang waze Jeti Pantai Sawangan. Ada macam jeti juga kat situ. Pantai ni kalau nak lepak bawa anak buah ke anak suami ke elok je, ad ataman permainan diorang letak. Anak ikan macam tak digalakkan nanti dia terjun masuk laut.

Pantai ni lebih kurang macam Pantai Morib, Cuma tak semeriah situlah. Mungkin sebab sini banyak pantai kan diorang pun jadi letih nak bagi cantik semua pantai. Sini memang diorang letak tembok untuk hadang ombak. Masa aku pergi tu musim alun kuat, seronok la tengok ombak membadai tembok tu bedebushhhh naik air ombak sampai ke darat. Nanti aku share gambar! 


Pantai Pimping, Membakut. Pantai ni terletak sebelum Kuala Penyu, tapi dah alang alang satu jalan kan, aku masukkan sekali lah. Seronoknya aku, ada banyak pantai kat sini. Pantai ni macam meriah, masa aku datang, ada ramai juga orang dok mandi manda, ada yang lepak minum kat warung, adad ok bergambar. Ada buaian gittew. Untuk petang-petang bawa anak lepak sini best. Angin pun layan je. 


Pekan Menumbok. Macam aku cerita tadi, pekan ni kecil je. Tak banyak kehidupan, tapi okaylah. Ada poslaju, kedai kedai dia juga masih macam kedai dulu kala. Kedai kayu lagi. Ada stesen bas juga untuk orang dari Labuan nak ke KK kali. Ada sekolah, klinik. Line 4G lagi. Kalau aku dengan Rietah nak line telefon, ke sini lah kami. Kelakar ye, tapi itulah hakikatnya, Seronok juga. Oh ya, ada Petron baru buka. The only petrol pump kat sini. Kalau aku buka sebiji lagi pun, boleh kaya aku kat sini. Cuma aku hairan, kat Kawasan Pantai Barat Sabah ke atas, semua ada 99 Speedmart. Kat Pantai Timur sana, nan hado. Start dari Telupid tu aku dah mula Nampak 99. RIndu kot??? Hahaha.

Pekan Beaufort. Sini aku saja la masukkan, Beaufort tu dah masuk daerah lain sebenarnya, tapi itulah antara bandar terbesar untuk orang kat sini. Aku ni kata kat Rietah, masuk hari ketiga aku pusing Beaufort ni aku dah hafal jalan dia ya. Yang menarik, kat sini ada keretapi lejen baq hang yang menghubungkan Beaufort ke Tenom. Masuk juga dalam list nak naik keretapi ini, tapi aku check jadual, nahhh, masih belum beroperasi. Yang ada daro Tanjung Aru-Beaufort saja. Jadi sempat bergambar dekat landasan sajala. Mungkin lain kali aku akan datang semula dan rasakan pengalaman naik keretapi dari Beaufort ke Tenom, singgah di sana sambil minum kopi Tenom, kebanggaan masyarakat sana.

Di pekan Beaufort ni, ada banyak lah kemudahan. Ada Mr Diy, Watsons, Guardian, bank-bank, pasar dia pun menarik juga, aku dah masuk tengok, hehe. Ada juga Tabung Haji, not bad kan? Limpas juga Sungai Padas, sungai yang popular orang buat aktiviti water rafting. Tapi ini saja bukan minat aku, Aku takut tenggelam tak timbul dah kalau naik rakit hahahaha.

Okay, aku stop sini dulu. Nanti aku jalan jalan lagi, aku update na!

 

Love,

Jannah.

Lahad Datu.


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog