19 June 2021

Coretan Pasca Vaksin COVID19

 Assalamualaikum.

Selamat pagi, hai! Tiber aku timbul kan? Aku dah lama nak menulis tapi sekarang ni aku sibuk sangat dengan urusan dunia ni tak sempat nak cakna urusan lain. Haha. Macam tak ada kaitan, tapi dulik la kan?

Kali ni aku nak cerita pengalaman divaksin. Jap, korang dah daftar belum untuk pemberian vaksin di MySejahtera? Kalau belum, sila berbuat demikian secepatnya. Kita kena capai herd immunity yang tinggi kalau kita nak hidup macam biasa semula.

Alhamdulillah. 27 Mei 2021 yang lalu, nama aku dipanggil untuk suntikan vaksin dos pertama di Klinik Tungku, klinik berdekatan kampung aku tinggal sekarang ni. Kalau tunggu MySejahtera mesti lama, jadi rezeki aku nak dapat awal juga atas kuota cikgu KPM dan penduduk setempat.

Dan 17 Jun 2021, aku sudah lengkap dua dos suntikan vaksin. Eksaited aku lain macam ya. HAHA. Aku nak kongsi simptom-simptom saja, mungkin ada yang bakal dicucuk microchip lepasni akan semangat bila sampai giliran.

Jadi, aku mau kongsi simptom-simptom yang aku rasa dari dos pertama dan dos kedua.

💃🏻 Dos pertama : 27.5.2021

  • selepas 6 jam dicucuk microchip, dia rasa kesejukan. Bukan demam, sejuk kaki semua, macam nak demam saja, tapi tak demam.
  • badan rasa agak letih. Letih yang hang rasa nak baring saja.
  • petang tu aku keluar bagi ada peluh peluh, so malam tu still letih, telan panadol extend dua biji, lena.
  • esok bangun, terus tengok cermin, “wah siapakah yang cantik ni?”
  • dah sihat la tu haha.

Kenapa extend? Sakit urat sis hahahahahah.

💃🏻 Dos kedua : 17.6.2021

  • bahagian kena cucuk tu macam lenguh dan rasa macam bengkak (tak tau la tak boleh beza bengkak ka atau sebab lengan aku memang gebu?
  • rasa seram sejuk tacoddd hahaha.
  • letih macam dos pertama. Rasa nak baringggggggg ja tanpa buat apa apa.
  • lengan sengal-sengal, tak boleh nak angkat tinggi-tinggi atau laju-laju macam normal. Tapi okay jee.
  • belum lagi ambil panadol ke apa sebab aku still rasa okay je. Tak rasa nak demam ke apa pun. Just, sengal-sengal badan je.
  • cuma aku bangun pagi tadi, “oi kelas pagi ni.”

Vaksin terbaik adalah vaksin yang paling dulu sampai dekat korang. Tak kisahhhhhh apa jenis pon.

Ingat, penerimaan badan dan imuniti kita ni tak sama. Ada orang demam teruk, ada orang tak rileks langsung, ada orang eh macam takde mende pon, jadi, kita lebih kenal diri kita macam mana kan?

Aku nak simpan video kat sini. Tengoklah woi!



Hari ni aku dah rasa lebih semangat dan sihat. Boleh teruskan hidup seperti biasa. Hehe. Yang mana belum dapat vaksin tu, semoga lepas ni rezeki kamurang pulak ya!

Bye!


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog