22 March 2012

Perihal Bertunang.

Assalamualaikum.

Tadik jalan-jalan kat home mukabuku sambil berburungbiru, aku ternampak satu video yang di share oleh salah sorang kawan aku kat facebook tu. Mana taknya, nampak ja muka Ustaz Don, zappp ! Terus aku share ke wall aku dan aku download itu video.
 
video
 
Kat sini dia cerita pasai isu, Pertunangan jangan dihebohkan. Walimah baru kita hebohkan. Menarik isu ni. Aku suka ! Dan pembaca-pembaca *erk, ada dak yang baca blog usang aku ni?*, izinkan aku memberikan sedikit pandangan peribadi aku ya !
 
Apabila seorang lelaki ingin berkawan dengan seorang perempuan, Islam telah meletakkan garis panduannya. Ini berbeza dengan apa yang kita paham. Islam bagi kita untuk khitbah, utk kita bertunang, tetapi ita buat pertunangan itu serupa mcm kita nak kahwin. Orang dok kata usung, bukan usung lagi. MAJLIS PERTUNANGAN tu sendiri macam majlis kahwin.

Itu antara apa yang Ustaz Don cakap. Dan yang paling aku terharu dengar, 'Orang yang putus tunang tidak ada sedikit calar pun pada peribadi dia.'

Betul apa ustaz cakap. Masa bertunang ni lah kita nak kenai hati budi orang yang kita nak tu. Dalam Islam sendiri tak menggalakkan pertunangan dihebohkan dan besar-besaran. Cukuplah sekadar keluarga terdekat yang tahu dan secara rahsia.



Cuba bayangkan bila bertunang, then tak jadi kahwin, apa orang nak kata? Lebih malu pihak perempuan tu la Mesti orang akan kata macam-macam kat perempuan tuh. Dan, bila bertunang, ianya bukan sebagai satu tiket utk kita bebas keluar kesana kemari dengan bahagianya sebab selagi tak lepas akad nikah, maka haramlah hukumnya. Tu pasai Islam menggalakkan kahwin awai. Tak mau jadi lagu ni la.



So, kepada yang baru ada niat nak bertunang ka, bakal bertunang ka, dah bertunang ka, sila lah paham betul2 apa yang dimaksudkan tunang tu. Jangan aci redah jer yer ! Selamat bertunang ! :)

notakaki : umur dah nak masuk 21, kawan2 ramai yang dah bertunang, hatta kahwin dah pun. aku ja dok sorang lagi. hehe. takpa. ALLAH ada. :)

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

11 comments:

  1. betul tu.. tp org skrg ni bertunang mengalahkan org kawin.. haa.. :)

    ReplyDelete
  2. betol tuh.agak terkesima bila tengok org bertunang siap ada pelamin.mengalahkan org nak kawen :)

    ReplyDelete
  3. Bertunang or kawin terus...baik kawin terus...senang...kalo dh kapel bertahun, bertunang buat pe lagi kn...

    ReplyDelete
  4. Benda ni akak pun dah sedar, suami akak pun sedar masa bertunang dulu. Tapi, bila 2 org yg lemah dan hanyalah seorg anak kepada ibu bapa masing2, kalau tak dibuat2 kenduri org2 tua tak setuju plak. Tu la dilemma nya. Harap2 kalau dpt tune pemikiran org2 melayu yg mak2 kita ni, insyaAllah senang urusan. Org2 muda skrg ni dah ramai yg sedar bahawa kita memegang adat yang bercanggah dgn Islam.

    Dulu masa akak bertunang, akak pun letak kat FB jugak. Hehehe. Exsaited kata kauuu... Utk tutup mulut org yg tuduh akak ada scandal dgn suami dia.

    ReplyDelete
  5. love ur entry! tq for sharing. will mark this sebagai reminder..heeee!:D

    ReplyDelete
  6. betul3.
    org sekarang bertunang pon dah macam kawen. meriah gila.
    huhu

    ReplyDelete
  7. betul tu. seeloknya pertunangan jgn diheboh2. tapi masa jannah tunnag dah terheboh. my bad :(

    ReplyDelete
  8. kalau kawen terus boleh tak? hehe

    ReplyDelete
  9. pedoman untuk masa akan datang. lebih elok kalau tak tunang lama-lama. banyak dugaan kan. :)

    ReplyDelete
  10. betol2.. bertunang mcm nak rak.. sekali tettttttt.. hihi.. siswi nak bertunang simple mimple je.. kawin pun insyaALLAH yg simple2 ja.. hehe

    ReplyDelete
  11. tapi kak jannah, takde org pun nk btunang ngn kite --"


    tapi ada la ilmu utk masa akn datang, hihi :>
    kak jannah, bgtau ustaz don nanti kan, junior SMKANT kem salam, Hihi.

    ReplyDelete

Oh!Belog