28 March 2012

#MasaDudukAsrama - Kenangan

Assalamualaikum.

Macam biasa. Aku kena limit buat kali kedua di twitter. Kadang-kadang masih tertanya, kenapa asyik kena limit? Betul. Aku tweet sikit-sikit je. Tak banyak pun. Sedih kan? Dua kali dalam masa tak sampai dua jam. Ok. Proceed kepada tajuk la yer? Aku rasa aku kena limit sbb banyak main hashtag ni la. #MasaDudukAsrama.



Oh ya, fyi, aku duduk asrama dari aku form 1 sampailah aku form 5. Ohsem kan? Tanyala apa aku tak pernah buat dulu. Uish, baru aku pasan, masa aku dok berhashtag tu kan, rupa-rupanya aku ni sangat buas, erk, lebih sopannya NAKAL la. Sebab tu aku sayang sangat kat SMK PERMATANG PASIR. Ni sebelum aku keluar dari sekolah tu la. La ni macam tak best ja. Betul ! Tak tipu !

Bilik aku bangunan yang tepi pondok kecik tu. kirala tingkap kedua dari kiri. hehe.
Jom kita teroka apa yang pernah aku buat masa kat asrama dulu. Eh, macam korang-korang yang dok asrama tak pernah buat kan ! Jom, kita imbau kenangan!

#MasaDudukAsrama :

Tidur tepat pukul 11 malam. Kann? Masa tu la pengawas-pengawas asrama yang berkaliber nak menjerit, 'PERHATIAN! DAH PUKUL 11, SILA TUTUP LAMPU SEKARANG. JANGAN SAMPAI SAYA TUTUP SUIS UTAMA!' ok, ayat last tu mmg jadi dialog khas bila aku menjerit. Tapi ganti nama SAYA tukar jadi KAKJAN sebab adik-adik tersayang majoriti panggil Kak Jan. Hehe. Dan ada diantaranya akan pegi membuat pusingan pastikan semua dah tutup lampu dan tidur! Untuk pengetahuan semua, aku dulu jugak antara pengawas asrama. HAHA. Dan aku jugak merupakan BIRO MAKANAN selama 5 tahun berturut-turut.

Prep. Ok, ini sudah menjadi kemestian bagi setiap pelajar asrama. Aku ingat lagi, kalau time prep siang mesti ada ja nak tidoq. Ya la, penat balik kelas. Dah la kelas aku hari-hari habis pukul 3.30. Pukul 4 prep sampai 5. memang tak pi la kan? hehe. Kalau pi pon tidoq. Sebab kawan aku merangkap Ketua Aspuri pon suka tidoq dalam bilik prep. HAHA. Dan mesti bawak makanan curi-curi. Takut Biro Akademik marah !

Dalam bilik prep. Sempat lagi nak bergambar dengan Zanida dan Hidayah!

Gotong-royong. Ini lagi satu kewajipan. Jimat duit sekolah tau nak bayaq makcik cleaner. Selalunya kami buat tiap-tiap hari Ahad, pukul 2. HAHA. Masa tu, ramai-ramai berkumpul dalam surau dan Biro Kebersihan akan mula bahagi tugas. Dorm aku jarang dapat tandas, tapi selalu dapat longkang dan buang sampah ! Ceh. Time-time gini lah kami kutip dan lelong pakaian-pakaian yang tak dikutip. Berbekalkan suara yang kuat ni, aku selalu jadi tukang jerit, 'Sapa punya baju? Lelong2. Selai seringgit!'. Dan kadang2 kawan aku la kan? ASPURI kaya oo ! Jangan main2 !

Beratur nak guna public phone. HAHA. Sumpah kelakar ! Kat sekolah aku dulu, ada waktu ja boleh guna public phone ni au tak? Kalau hari besa, hanya pukul 5 sampai 630 ptg dan 10 malam sampai 11 malam. HAHA. Masa form 1 dulu, hanya ada call point punya telefon. Tau? Ala, yg kita col, tapi orang yang ditelefon kena bayaq. HAHA. Tu la.Last2 rosak dikrjakan budak pompuan.



Nak mandi pun kena tempah! Ya la, kalau kawan nak mandi kan, mesti jerit, 'Woi, lepas hang aku tau!' Pastu bila yang lambat pi la nak mandi kan ketuk kata, 'lepas ni sapa?'. Maka yang tengah mandi pun jawab, "lepas ni ada orang." hehehe. Aku selalu camtu ! hehe. Cop dengan baldi dan towel. Oh, rindunya !

Selain tu, aku penah pancitkan tayar warden aku, pecahkan tingkap surau sebab main bola sepak dan takraw, terbakarkan suis utama sebab kami basuh bilik warden kat atas, bukak tv time prep sebab masa tu budak form 4 prep dalam bilik rehat yang memang tersedia TV didalamnya, bawak handphone curi-curi tapi sekali ja na ! Tu pon kantoi! HAHA. Dan banyak lagi. TAK tersenarai ! 

Masa form 4. Dalam bilik rehat. Dalam ramai2 tinggai yang ni ja. Yang lain pakat pindah sekolah dan dok luar.
Sapa yang penah dok asrama, mesti penah buat apa aku tulis tadi. Kann? Kongsilah dengan aku apa yang hampa penah buat. Nak tau gak!

Bai bai semua. Kami akan rindukan SMKPP!
Sebelum aku berundur, aku nak bagitau sesuatu. MUNGKIN AKU AKAN JARANG UPDATE BLOG LEPAS NI SEBAB AKU BERCUTI KAT KAMPUNG SAMPAI BULAN 6. INSYAALLAH, KALAU ADA BROADBAND, AKU AKAN UPDATE SELALU LA KAN? KALAU TAK, HAMPA SEMUA BOLEH PI MELAWAT TWITTER DAN FACEBOOK AKU! ADA KAT BELAH KANAN. TERIMA KASIH SEBAB SUDI SINGGAH BLOG AKU. I LOVE U ALL LAH !

Sapa yang sampai Bukit Mertajam, nanti helo2 aku. Aku bawak pi makan kat Mee Kuah Ketam Pak Man. Perghh ! 



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

20 comments:

  1. Aku akan rindu blog ni..kalah dah 3 bulan tak update... :(

    ReplyDelete
  2. mesti best kan dok asrama? org x penah dok asrama, abeh sek men, terus dok umah sewa pulak kat tmpt blaja, kire x penah merasa langsung dok asrama, huhu~

    ReplyDelete
  3. serious rindu zaman asrama dulu. sangat-sangat. :)

    ReplyDelete
  4. er.. makanan laksana mee spt dlm gmbr itu tidak ada di asrama! huhu..

    ReplyDelete
  5. Permatang pasir balik pulau ke ni? Ganas nya jannah penah pecah kan tingkap sbb main takraw. Pompuan main takraw. ehehe. Part yg nak berebut mandi tu sama la. Kena chop kalau nak amik turn mandi. Pastu gotong royong ahad tu kiterang panggil 'Duty'. Setiap dorm akan rotate la toilet, dewan makan, koridor, hehehe.. tp biasanya buat pagi. Petang dah boleh tgk TV.

    ReplyDelete
  6. terlalu byk kan kenangan kita kat sek dlu.. smpai tak tersebut.. byk pahit, manis, suka, duka yg kita dah lalui.. n smua ni mengajar kita erti persahabatan dan perpisahan.. uhibbuki fillah abadan abada.. <3

    ReplyDelete
  7. hahaha.. rindu zaman duk asrama.. samelah kite akak.. siswi duk hostel drpd form 1 smpai la skrg..hoho..

    #rindu nk panjat pagar asrama..haha

    ReplyDelete
  8. hehe..tang public fon tue sangat menjadi kewajipan..
    time junior la dok berderet gune public fon..
    bile da senior.bajet hati kental je jaoh dgn family jarang gne public fon..:))

    ReplyDelete
  9. ape pun zaman sekolah jugak bes kan!
    tak tahu pun sampai nak gune fon punn kena beratur.dulu tak pernak pun duduk asrama.hehe

    ReplyDelete
  10. penah duk asrama masa kat matrik dulu.hehe

    ReplyDelete
  11. SMK Permatang Pasir?ehem2,dekat tu ngan rumah saya,sungai dua..hehe..;)

    ReplyDelete
  12. teringat zaman duk asrama dulu...ehheheh

    ReplyDelete
  13. penah smpai kat Bukit Mertajam tak tau lak ade Mee Kuah Ketam Pak Man..nnti smpai skali ag jgn bwk pi makan ja...blanja laa skali :)

    ReplyDelete
  14. penah smpai kat Bukit Mertajam tak tau lak ade Mee Kuah Ketam Pak Man..nnti smpai skali ag jgn bwk pi makan ja...blanja laa skali :)

    ReplyDelete
  15. memori waktu asrama dulu masa nak mandi akan ketuk pintu bilik mandi dan jerit 'after', tu maknanya cop la tu. haha. rindu zaman sekolah oh!

    ReplyDelete
  16. zaman persekolahan best kan..bila dah masuk u,kawan makin kurang...

    ReplyDelete
  17. nak guna public fon pon kene Q.. hahaa..
    ada sebijik je ke ?

    ReplyDelete
  18. Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu.

    Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.

    Saya pernah memenangi acara lompat dan lari dalam guni semasa darjah 2. Pernah makan burger dengan kawan-kawan sambil sengih sebab terlupa tutop zip.

    Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


    Ehhhhh…. Silap komen ke ni.. ;p

    ReplyDelete
  19. teringin nak stay hostel tapi tak berpeluang pulakk :(

    ReplyDelete
  20. syaze duduk asrama dr f4-f5 tu pon kena paksa..haha

    so bila dah kene paksa ni takde kenangan sangat..hikhik

    ReplyDelete

Oh!Belog