23 April 2012

Raih Kebahagiaan dengan Qanaah

Assalamualaikum :')

Hai hai, apa habaq semua? Harap semua dalam keadaan yang baik hendaknya. Hik hik hik. Tadi ada terbaca satu artikel, dan aku rasa terpanggil  nak share kat hampa semua. Tentu tak semua lagi tau pasal QANAAH kan? Even aku sendiri mengaku yang aku masih tak berapa tahu sepenuhnya, tapi aku akan cuba kongsi dengan hampa semua. :)

Dari Abdullah bin Amru bin ‘Ash r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya.” (Riwayat at-Tabrani)


Qanaah ialah sifat puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan Allah. Kita perlu merasa cukup dengan segala nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita.

Antaranya ialah nikmat Iman dan Islam, harta kekayaan, ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam menuntut ilmu, kelapangan masa, kesihatan tubuh badan dan pancaindera serta nikmat mempunyai ahli keluarga. Sebenarnya banyak lagi nikmat yang Allah bagi kat kita. INFINITI. Alhamdulillah !

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang ” (QS. An Nahl: 18)

Dan, apakah yang dikatakan dengan QANAAH itu? Macam mana kita nak capai sifat qanaah tu?

Pertama, kita kena menerima dengan rela akan apa yang ada pada diri.

Kedua, memohon kepada Allah untuk menambahkan rezeki disertakan dengan usaha yang gigih.

Ketiga, menerima dengan sabar ketentuan Allah, segala Qada' dan Qadar Allah.

Keempat, bertawakal kepada Allah dengan sebaik-baik tawakal.

Kelima, tidak tertarik dengan tipu daya dunia.


Rasulullah SAW bersabda:

“Jadilah kamu seorang yang wara’ nescaya kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang yang Qana’ah nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah tertawa kerana banyak tertawa itu mematikan hati”.
(hadis riwayat Al-Baihaqi).



“Orang mukmin yang berjiwa qanaah hanya perlu sedikit saja harta dunia.

Ia masuk ke ribaan Tuhannya dengan mengajukan permintaan, permohonan, tawadhuk dan taubat kepadaNya. Bila diberi sesuatu yang ia inginkan, ia bersyukur kepada Allah SWT atas pemberiannNya itu. Bila tidak, ia sabar menerima apa-apa yang menjadi iradahNya, tanpa mengajukan protes dan tanpa menentang. Ia tidak menuntut kekayaan dengan cara menjual agamanya, menampilkan sikap riak dan nifaq, seperti yang kau lakukan hai orang hipokrit.” 


Sumber :

1. Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Petikan: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian)
2. Gambar semua diambil atas ehsan pakcik google. :)

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

10 comments:

  1. :) akak pun tgh berusaha menuju qanaah ni. Harap2 awk pun sama. Nak redha dan bersyukur dgn apa yg ada tu nampak mudah kan? Tapi tidak begitu mudah.

    ReplyDelete
  2. ya Allah lame nye x dgr tentg qanaah..trima kasih atas peringatan.. :)

    ReplyDelete
  3. thanks utk post ini...sedikit mgubat hati

    ReplyDelete
  4. bersyukur itas nikmat yg ada lebih baik dari bersabar atas bencana. nyatanya bersyukur itu akan mengajar kita lebih faham maksud qanaah, kan daling? ngee...

    ReplyDelete
  5. baru ku tahu psl mende ni.. thanks berkongsi ya

    ReplyDelete
  6. Insyallah, sama-samalah kita berubah ke arah lebih baik. :)

    ReplyDelete
  7. baru saya tahu..thanks for sharing..:)

    ReplyDelete
  8. puas hati.. :)

    #smlm ditimpa ujian berturut2.. tp ALhamdulillah msih bertahan

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...pagi2 lagi dah dapat pengisian ilmu..thanks..

    ReplyDelete
  10. i.allah, saya sedang mencuba menjadi qanaah :)

    thanks sharing

    ReplyDelete

Oh!Belog