04 May 2012

Cara-Cara Nak Ambil Hati Mertua

Assalamualaikum. :)

Amboi. Dah bape kali nak update blog. Asyik tertangguh je. Sebab line ni kekadang macam jeles sangat ngan aku. Mencik mencik mencik. He he he.

Selalunya ramai orang post pasal cara-cara nak ambil hati lelaki ataupun wanita. Tapi kali ni aku rasa nak post, bagaimana nak amek hati ibu mertua walaupun aku masih belum berkahwin. rasanya tak salah pon ! hehe.

So, mari baca kat bawah ni. Mana tahu boleh praktikkan dengan ibu mertua mahupun BAKAL mertua. Hehe.

Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya. Tapi jangan selalu sangat. Baru bertunang kan?

Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Okey. Dah habis! Agak-agak boleh tak? Alaaahai, kalau dengan anak dia boleh usaha nak tackle, kenapa mak dia tak boleh? mesti boleh kan? hehe.

Ibu mertua ni juga patut dianggap seperti Ibu Kandung kita. Sebab dalam Islam, hubungan antara mertua dan menantu sama macam hubungan anak dan ibu. Dan walaupun kita dah bercerai dengan pasangan kita, hubungan kita dengan bekas mertua tetap sama seperti dulu. Tetap haram untuk dikahwini. So, sayangilah Ibu Mertua anda macam anda sayangkan IBU anda.



Tak lupa jugak dekat Pak mertua ! tacing satni tak sebut dia, hehe.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

14 comments:

  1. Yang penting jaga tata tertib dan perangai pun kenalah menyenangkan mereka sebagai orang tua kan? :)

    ReplyDelete
  2. Ni berdasarkan pengalaman ke ni Cik Jannah? Heheheh... Expert dah ni.

    ReplyDelete
  3. hehe.tips bagus walau aku belom kawin lagi.tapi untuk bakal tak salah kan..

    ReplyDelete
  4. la rugilah saya ni tak da mak mertua sejak kahwin lagi.... nanti ajar kat anak je la..

    ReplyDelete
  5. haha ok note....nnti leh praktikkan :)

    ReplyDelete
  6. nk cari mak mertua yg blh buat geng.. hehehe.. layan mcm mak sndiri.. :)

    ReplyDelete
  7. nasib baik dapat mak mertua yg peramah.so akak tak yah byk cakap sgt.dengar jea la mak mertua bercakap.sekali sekala menyampuk..hehe

    ReplyDelete
  8. baguih tips ni..cek selalu p lenggang kangkung ja,tak bawak buah tangan pa pon..hihi..pasni kena bawak buah tangan sikit la..;)

    ReplyDelete
  9. aku cuma berharap bakal mak mertua aku nanti dapat menerima aku seadanya. moga2. :)

    ReplyDelete
  10. hihi nice tips
    nanti bpleh gune ni =D

    p/s: ala mcm mana ni bakal mak mentua suke jahit menjahit ni, tp saya pegang jarum pun tak betul lagi..HAHA

    ReplyDelete
  11. boleh diguna pakai nie...
    tapi syg nye gua tiada calonnn..

    ReplyDelete
  12. wahhhh. entri superbb. tak pernah lagi bace entri cmni. (pdhal jarang bw. haha)

    ReplyDelete

Oh!Belog