24 May 2012

Suami AKu Ustaz

Assalamualaikum. :)

Lama jugak yek aku tinggal blog ni kejap. Eh, bukan apa. Aku memanglah tak kerja waktu cuti semester ni, tapi aku bukan sampai takdak kerja kan? HAHA. Dengan broadband yang selalu sayang aku sampai tak bagi aku online bagai kan, sebab tu blog ni sepi je kekadang.

Tadik petang HUJAN yang sangat lebat. Makanya aku tak boleh nak melewaq [ baca : merayap ] kemana saja sebab aku punya transport utama adalah motorsikal, hek hek hek, apa ke skemanya aku ni, makanya, aku pun memulakan kembali hobi yang aku tertinggal sekian lama. #eh, tertinggal?

Makanya, novel kali ni bertajuk 'Suami Aku Ustaz". He he he. Ok, cite ni best. Aku suka. Ni aku amek kat page Kelab Peminat Novel dia punya sinopsis. Larat pulak aku nak menaip kan? hehe.


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?


“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?


“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”


Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?


“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Sesetengah orang cakap, apa pekdahnya baca novel ni kan? Memangla kadang-kadang lagha sikit, tapi itu semua bergantung atas diri kita kan? Bagi aku, novel ni dia menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku dalam hidup kita. Even kadang-kadang tu macam tipu kan, tapi benda tu tak MUSTAHIL kan? Pasti ada yang pernah, sedang, ataupun bakal melaluinya. Sapa tahu kan?

Sepanjang pembacaan novel ni, aku banyak mengaitkan dengan kehidupan aku. Adakalanya aku betul-betul hadapi, adakalanya, tinggi sangat imaginasi tu. Tapi, aku cedok apa yang ditulis penulis sebagai pengajaran. 

So, sesiapa yang tak suka novel, jangan halang yang suka dan sapa yang suka, jangan melampau sangat sampai lupa yang wajib. OK?

p/s : tak sabaq nak baca TAKDIR ITU MILIK AKU. Karya Siti Rosmizah. Fav aku tu! okbai.


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

23 comments:

  1. Macamana blog nak update, asyik bertwit je ek? Hehe...kena la ronda dgn motor ptg2 baru dpt idea update blog cik jannah....
    Akk dah lama tinggal novel, masa belum kawin bnyk masa trluang...tp skrg...masak, kainbaju, berkemas...bla..bla..ish bnyk beno kejenya.

    ReplyDelete
  2. cam bestnye novel ni..try carik la..hehehe..

    ReplyDelete
  3. mcm best.tp aku skrg tgh stuck dgn novel omputeh..novel bersiri kan.kene habiskan semua buku baru puas hati. yg lain tak pandang dah..hahha
    novel ada kalanya mmg beri kita inspirasi dan nilai murni.

    ReplyDelete
  4. Akak diantara salah seorang yg tak suka baca novel. Heheh. Tapi kalo org lain suka, akak okay je. Takde plak rasa cam taknak kasi org lain baca.

    ReplyDelete
  5. kite sama!!
    suka baca novel

    done follow kamu
    jom follow makneng

    ReplyDelete
  6. cam best. nak cari la nnt :)

    ReplyDelete
  7. salute la dengan org yg suka baca novel ni.lagi2 novel yg tebal2.hehe

    ReplyDelete
  8. mesti besttttt nehh. haha.

    ReplyDelete
  9. patot lah kawan saya duk kata nak baca novel nie.ok cam best je.haha.
    nak baca jugak lah.!huhu

    ReplyDelete
  10. nk beli tp fulus xdak...huu.. pinjam akak pnnye blh??hihi

    ReplyDelete
  11. novel mmg kdg2 buat kita terlebey berangan..tp xde salahnya bila kita amek yg mana patut sbg pengajaran & renungan,kan~ ^^

    ReplyDelete
  12. hihi best tau baca novel ni

    kadang2 bleh ikut berangan sekali

    siap bleh jadi emo kalo part sedih -,-'

    ReplyDelete
  13. novel nie mmg best sngt2...
    best smpai x boleh brhenti baca :)

    ReplyDelete
  14. best dan islamik.ade bnyk pengajaran,bahasa pun santai,tk bosan baca..

    ReplyDelete
  15. gedebush!!! kena sekali kt batang idung akak tajuk novel ini! suami aku ustaz hooiii!!! hehe...

    ReplyDelete
  16. saya otw baca novel ni. Best! ;)

    ReplyDelete
  17. salam, weh serius ak bru nk cari novel nie. bydaway novel yg best jugak: doktor cinta, i love you stupid, awak suka saya x, RAM, fatimah syarha n dr. hadi. hmmm n bnyak lgi

    ReplyDelete

Oh!Belog