29 July 2012

Bagaimana Nak Jadi Pemaaf?

Assalamualaikum ! 

Allahuakbar. Lamanya tak menjenguk kat sini. See, dah berhabuk blog aku ni. *hembus-hembus habuk*. Maaf, adakala aku perlukan ruang untuk terus berbicara di blog ni. Jika tak, aku taknak apa yang aku tulis tu jadi sia-sia. Kan tak bagus gitu? Hehe.

Alhamdulillah, kita dah pun masuk ke bulan Ramadhan, bulan yang paling dinanti oleh semua orang. Bulan yang terdapat banyak barakah di dalamnya. InsyaALLAH. Okeyh. Rasa macam banyak cakap pulak. Hari ni nak kongsi satu cerita. Bagaimana nak didik diri kita untuk jadi pemaaf?  Kena sangatlah dengan bulan puasa ni kan.



Pada satu hari, dua orang sahabat baik pergi bermusafir. Mereka pun berjalan merentasi padang pasir. Tiba-tiba berlaku satu perselisihan pendapat antara mereka berdua. Lalu sahabat yang pertama; A, pun memarahi sahabat B lalu memukulnya. Lantas si B menulis di atas pasir,

Hari ini sahabat baikku telah memukulku.

Lalu mereka meneruskan perjalanan mereka. Apabila tiba di satu tempat iaitu kawasan tasik yang sangat nyaman dan dingin airnya, maka si B pun terjun kedalamnya untuk menyejukkan badan. Tetapi semasa mandi, dia hampir-hampir lemas tetapi sempat diselamatkan oleh sahabat baiknya, si A. Lalu dia pun mengambil batu dan memahatnya. Ianya berbunyi,

Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.

Lalu si A pun bertanya kepada si B, "Kenapa saat aku memukulmu kau menulis di atas pasir tetapi di saat aku menyelamatkan kau, kau memahatnya di atas batu?" Maka jawab si B :

Aku menulis di atas pasir kerana ianya akan hilang, tetapi aku memahat di atas batu kerana aku ingin mengingatinya sampai bila-bila.

Subhanallah ! Tersentuh aku membacanya. Aku dapat satu pengajaran dari kisah ni. Pengajaran yang sangat berharga aku kira.

Lupakan dan maafkan segala kesalahan orang lain pada kita sebelum tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi. Hidup ini terlalu singkat untuk hidup dengan membenci. Penuhkanlah hati-hati kamu dengan kasih sayang. :)

Dia, sahabat yang sentiasa bersama saya. :)

notahati : mari sama-sama kita bersihkan hati kita dari kebencian dan penuhkan dengan kasih sayang. Sayang awak semua ! Ya, awak yang baca post ni. :)

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

8 comments:

Oh!Belog