Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Kembali muncul. Eh, dah rope biskut kan? Maaf, semester ni sibuk. Nak update blog tak sempat. Tapi kalau twitter sempat. Hehe. Mohon sesiapa yang ada twitter, mari follow saya. :D
Kali ni aku nak kongsi resepi pulak. Sebenarnya ini resepi dari arwah mak sahabat aku, Hidayah Malik. Dan Alhamdulillah, kami dah dua tiga kali buat jual jugak dan hasilnya sangat awesome. Laku, siap ada yang nak lagi. Dan kami hanya mampu jawab, ' Kami buat bila ada event besaq. tak larat nak uli tepung tu. Penat.' Lagipun kalau selalu kang orang bosan. Kan kan kan?
Makanya, di bawah ini adalah cara-cara nak buat 'KARIPAP PIZZA'.
Jemput Makan Karipap ! :) |
Bahan-bahan :Tepung GandumPlantaSosejIsi Ketam ( Crab Stick )MayonisSos CiliOreganoGaram secukup rasaAir sejukCara-Cara :1. Gaul tepung bersama sedikit Planta dan sedikit air garam. Jangan banyak sangat planta tu, kang gebu, makan tersembur-sembur pulak. Sikit sangat pun tak boleh juga. Makanya pandai-pandai bajet la. Aku pun tak tahu nak taip cemana. Hehe. Jangan lupa letak air sikit. kang tak jadi la doh karipap tu.2. Goreng sosej dan isi ketam tu. Lepas tu, potong kecil-kecil. Sediakan bahan-bahan macam kat bawah ni. Oregano tu kasi tumbuk bagi hancur sikit. Tahu tak OREGANO tu apa? Google please. heee. Alaa, yang nak bagi bau macam pizza tu.
Bahan-Bahan untuk Intinya 3. Kemudian, gelek tepung tu dan buat la macam nak buat karipap. See, senang je kan?
Taraa, dah siap ! PERINGATAN : Kalau nak buat frozen (sejuk beku) goreng sekali lalu, tapi jangan sampai masak. Lepas tu angkat dan simpan dalam peti. Kalau nak sedap, lepas buat, terus goreng. Terangkat. :)
Ok. Itulah resepinya. Jangan lupa baca Bismillah dan niat kerana Allah. InsyaALLAH, yang tak sedap pon akan jadi sedap. Selamat mencuba !
Eh, dah nak cuba? Jangan lupa kredit yer? Thanx Dayah for the recipe! :)
aduh..sdp nye~ huhu..
ReplyDeleteouh boleh ek buat karipap inti piza. Kreatif! cam sedap je :)
ReplyDeletepergh sedaaaaaaap sampai tak cukup 3 biji jek. haha.
ReplyDeletetakde yang sejuk beku? malas nak buat haha
ReplyDeletehttp://kalampatah.blogspot.com/
banyak buat tu..ada lebih x ila nak merasa sikit..hehe
ReplyDeletejemput...meh la anta ckit kt cni huuu
ReplyDeletenyum2 ..
ReplyDelete:)
Tgk bahan2 dia tu pun dpt imagine rasa dia mesti sedap.
ReplyDelete