30 August 2012

Erti Kemerdekaan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Diam tak diam sudahpun melangkah ke penghujung bulan 8, yakni bersamaan 31 Ogos. Setiap tahun, negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan sempena memperingati perjuangan tokoh-tokoh lampau dalam usaha nak memerdekakan negara kita. Al-Fatihah untuk semua pejuang yang telah kembali kepadaNya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tadi pagi masa dalam kelas Tamadun Islam, Ustazah Nazneen tiba-tiba bagi soalan untuk kami jawab. Soalan tentang kemerdekaan. Ye la, esok kan Hari Kemerdekaan kita yang ke 55. So, tema pada tahun ni ialah Janji Ditepati. Tak kisahla apa pun kan? Janji apa yang dijanjikan itu mesti ditepati. Kalau tak, munafik namanya. Haaa, nak jadi munafik? Takmau kan? Kan?

Dulu kalau kat sekolah, masa sambutan merdeka ja, mesti ada benda nak kenabuat. Yang paling aku ingat, hias kelas. Hah, masa tu penuh dengan bendera. Silap-silap dengan meja pun nak buat bendera jadi lapik. Hah, nampak tak semangat patriotik tu? Lepas tu, mesti nak kena berarak kan? Masa tu, mesti nak pakai cantik-cantik. Ada pakai bendera buat sampin la, songkokla dan macam-macam lagi la. Paling best, hari tu mesti tak belajar ! HAHA. Nakalnya aku dulu.

sumber : datuk google

Apa yang aku faham tentang kemerdekaan?

Bagi aku, banyak pendapat tentang kemerdekaan. Apa guna kalau kita capai kemerdekaan tu, tapi minda kita dijajah? Minda dijajah? Macam mana pulak tu? Kita dah maju dari segi teknologi, tapi kita mash mundur dalam aspek akhlak. Agama dianaktirikan. Budaya barat disanjung tinggi. Bukan. Bukan merdeka macam tu yang aku nak. Apa erti kita sambut merdeka, jika esoknya kat Dataran Merdeka tu penuh dengan kondom? Penuh dengan muda mudi yang berpeleseran?

Biarlah kita Merdeka minda seiring dengan kemerdekaan negara kita yang ke 55. Sudah cukup matang aku kira. Ada pepatah mengatakan, "Nak tengok negara kita pada masa akan datang, tengokla anak remaja kita sekarang. Jika baik, maka baiklah kelak. Jika sebaliknya, bersedialah."

sumber : abang google
Bangga tak menjadi Rakyat Malaysia?

Haruslah bangga! Walaupun banyak konflik dan macam-macam isu lagi, tapi aku bangga jadi rakyat Malaysia. Kalau kita tak bangga, sapa lagi nak bangga kan? Lagipun, aku dah hidup kat Malaysia ni 21 tahun. Malaysia negara yang aman. InsyaALLAH. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua. 

Ok, marilah share apa makna kemerdekaan bagi awak semua. ye, awak yang baca post ni lah. :) Dan, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 buat semua rakyat Malaysia.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

4 comments:

  1. serius bangga gilaa jd anak malaysia...so mmg harap2 malaysia akan kekal aman mcm ni....semoga xjadi mcm negara islam yg lain...=)

    kat sekolah jugak paling best bila merdeka nih hahah kadang2 pagi smpai nynyi 4,5 lgu huhuhuhu

    jemput singgah n follow
    http://myaleo.blogspot.com/2012/08/23-august-2012.html

    ReplyDelete
  2. Salam merdeka... follower 1165

    ReplyDelete
  3. Awak, akak baru je bercadang, kalo anak akak ni pompuan, nak bagi nama Nazneen. Cantik nama tu. Heheh.

    Bagi akak.... kemerdekaan itu ialah ... eh susah jugak soalan ni. Takpenah plak ada org tanya akak soalan ni dulu. Heheh..

    Okay..okay. Serius. Kemerdekaan itu adalah kebebasan untuk melakukan apa yang kita inginkan tapi perlulah mengikut landasan agama. Contohnya kita bebas untuk beribadah tanpa kena bakar kampung macam kat Rohingya. Kita bebas untuk bersilaturrahim tapi dalam batas2 agama. Dan pemikiran kita pula bukan terikut2 kepada kekufuran. Eceh. Ye ye je akak jawab. Mcm la ada markah.

    ReplyDelete

Oh!Belog