16 August 2012

Tempat Asal Cinta - Langit Vanilla

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ! Sempat lagi nak menulis. wkwkwkw. [ baca : ikut suka korangla. asal janji bunyi gelak. ] Oh ya, esok sudah mahu balik ke rumah kakak di Bukit Subang. Lepas tu, hari Jumaat baru la nak menghala balik ke kampungku, Kampung Pisang, Cherok Tok Kun Atas, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Amboi, kemain kau, jannah ! HAHA. Dan sangat sedih. Lambatnya lahai balik kampung. Paling sedih tak dapat nak join iftar [ baca : reunion ] sebab aku lambat cuti. Pffttt.

Ok. Mende tu tak perlu jadi isu di sini.

Ingat tak apa aku nak post kali ni? kan aku dah mention dalam entri sebelum ni. Ish. Tak baca lettew. BTW, thankx to Amie Afendi atas hadiah yang dia bagi. Yup, Langit Vanila by Wani Ardy. Buku ni sangat awesome. Dah lama nak, tapi alhamdulillah, Amie dah bagi dulu. :) Lebiu lah Amie!

Ini hadiah birthday saya. Eh, dah 21 pon still dapat kan? Bertuahnya badan ! Rezeki. Nampak tak buku Langit Vanila tu?
Amie ada pesan kat muka surat depan, dia tulis, 'Untuk Jannah, ms 117.'

Dan, sangat tepat kena. Tempat Asal Cinta. [ Cinta lagi kan? Tapi itu la, Allah pun dah cakap, kisah yang paling best dalam Al-Quran ialah kisah cinta iaitu kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. ]

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Aku pernah. Dan aku sedang melaluinya. Pedih. Sangat pedih. Tak tipu. Tapi pikir balik. Mana lagi sakit if dia tak bahagia dengan kita? So that's make me stronger to forget him. Yes, he is the first guy that make me like this.

Orang yang tak rasa apa yang kita rasa mesti akan kata, kau dah kenapa? Gatai sangat dah? Nak cari pasal? . Ish, kalau aku jadi dia aku takkan buat macam tu. Malu weh! Tapi, cuba awak pikir, awak nak buat ka macam apa awak cakap tu if awak ada kat dalam situasi yang sama? Awak belum tentu mampu hadapi macam orang yang dah laluinya. Silap-silap awak lagi teruk!

Ya, i realized one thing. One BIG thing ! I should believe in Allah. Aku dah cuba macam-macam cara, tapi dia tetap tak nampak, maka aku mesti redha. Ya, redha dalam erti kata sebenarnya. Sebenar-benar REDHA. Ingat senang ke nak capai tahap tu? Memang susah, tapi apa ada hal? Cuba lah sehabis daya. Kan ALLAH ada? Dia yang pegang hati kita semua. Hati setiap daripada kita. Doa banyak-banyak, jika dia dah ditentukan untuk kita, [ baca : aku khususkan diri aku ] maka, pasti dia sendiri akan datang kat kita. Allah boleh ubah hati dia untuk kita. InsyaALLAH.

Sahabat A : " Aku dengar, lelaki yang kau sangat cintai tu tak balas cinta kau."

Sahabat B : "Ya."

Sahabat A ; "Tapi kenapa aku tengok kau tak bersedih pun?"

Sahabat B : "Buat apa aku nak bersedih? Aku cuma kehilangan orang yang tidak cintakan aku. tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."

Tempat asal cinta hanya satu. - Langit Vanilla.

Bilamana kita mencintai Allah, pasti Allah akan hantar orang yang turut mencintai diriNya kepada kita. Kita kalau nak seseorang tu, jangan mengharapkan balasan. InsyaALLAH. Allah akan bagi yang lebih baik dari dia. Mana tahu satu hari nanti dia terbukak hati nak terima kita? kan? Mana ada peraturan di dunia ni kata orang yang kita suka tu WAJIB suka kat kita balik? So, apa adahal?

Kepada Jannah,

Awak seorang yang kuat dan tabah. Awak nak dia kan? Awak, mintak kat Allah. Jika awak rasa bila dengan suka dia, keimanan dekat Allah makin meningkat, teruskan. Jika tak, awak henti dan buang perasaan tu. Awak yakin dengan Allah, dia akan bagi yang terbaik untuk awak. Tutuplah hati awak untuk sesiapa saja buat masa ni. Yang penting, fokus kepada hidup awak. Awak pasti akan tersenyun nanti tatkala awak mengingat kembali,



Kepada #beliau,

Jika kalau satu hari nanti, kalau AWAK RASA SAYA LAYAK JADI IBU KEPADA ANAK² AWAK, dan awak layak untuk jadi imam saya, awak jumpalah wali saya. redha mereka, redha Allah, kalau mereka setuju, saya akan turut bersetuju. kita bercinta lepas nikah. sama² kita mencari keberkatan. ♥ Buat masa ni, biar saya pendam rasa. Salah saya sebab jatuh suka kat awak. Bukan saya mintak. Mungkin Allah pilih saya untuk duji dengan ujian 'daya tahan'. 



notakaki : aku tau dia tak baca blog ni, bahkan tah tahu kewujudan blog ni atau tak, itu aku berani tuli. lepas ni, takde dah lagi pasal awak. cukupla. aku dah tekad. :)

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

21 comments:

  1. fewit! hehehe

    Slm perkenalan.Jumpa kt SB td.

    ReplyDelete
  2. :) Akak pun penah jugak rasa apa yg jannah rasa ni. Dulu la. A long time ago. Masa baru2 nak kenal perasaan feeling-feeling ni. Tapi dalam kes akak... semua tu hanya mainan perasaan je. Tak ke mana pun. Lagipun, akak cuba letak diri akak pada wanita yg sedang miliki hati dia tu. Apa-apapun... jodoh itu misteri. Dan Allah lah yang memegang hati-hati manusia. Semoga Jannah akan dikurniakan segala yang terbaik oleh Allah.

    ReplyDelete
  3. Assalam, bagus perkongsian nie... mungkin jodoh Jannah bukan dia. So, jngn kecewa kerana Allah itu adil pada setiap hamba-Nya...

    ReplyDelete
  4. ;) ;)

    fokus kepada hidup sendiri dulu. insyaAllah!

    we'll fight together.

    ReplyDelete
  5. @LydSunshine sakit kan kak? hmm. btw, terima kasih kak ! :)

    ReplyDelete
  6. @Ikmal wslm. terima kash ikmal. :) insyallah. :)

    ReplyDelete
  7. moga yg terbaik buatmu dik... =)

    skmt hari raya juga..

    ReplyDelete
  8. same situation..takdir Allah tu indah sgt Jannah..:)

    ReplyDelete
  9. sobsobsobsobs.

    happy belated sis jannah.
    soory for the late wishes T_T
    semoga sentiasa dibawah rahmat-Nya.

    ReplyDelete
  10. singgah baca2 blog awak http://mawardiyunus.says.com/recommendations/coca-cola-semangat-ramadan

    ReplyDelete
  11. kita diuji dari sudut cinta..tp ujian sebeginilah yg melunakkan hati kita utk terus dekat kepada DIA..bila kita dah sampai satu tahap yg kita betul2 redha..kita akan rasa tenang amat menghadapinya~ =)

    ReplyDelete

Oh!Belog