03 September 2012

Seni Dalam Islam : Fotografi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua ! :)

Yeay, bertemu kembali. Apa habaq semua? Sihat kot no. Hehe. Takdak apa sangat nak update sebenaqnya. Rindu kat blog ja lebih. Tapi nak menaip juga sesuatu kat sini. 'SESUATU'. Ok. Dah taip. Heee.

Aku kena buat assignment untuk subjek Seni Dalam Islam. Kerjanya : Capture gambar [ ustaz kata guna di-es-el-ar pon boleh sambil tengok aku. masa tu aku buat-buat tengok ke tempat lain ], Masukkan dalam lappy, Edit buat jadi wallpaper cecantik. Ikut suka la nak tambah kata-kata ke camne. Ikut kreativiti. So, aku dah buat. Bukan satu tapi TIGA. Ya, tiga. Kenapa? Sebab tu minat aku. Kesukaan aku.

Aku terang sikit ya pasal seni fotografi.


Apa itu seni?
Bagi saya seni boleh di definasikan sebagai mesej,emosi, luahan perasaan, pemikiran, sesuatu yang indah dan halus yang digubah serta diolah kepada sesuatu yang berbentuk ukiran, arca, lukisan, lagu, foto dan sebagainya bertujuan untuk mengekspressi sesuatu maksud. Sesebuah karya seni mempunyai sesuatu nilai dan makna tersirat yang agak sukar untuk diterjemahkan oleh orang lain. Tetapi bukan semua karya seni itu sukar untuk difahami, ada yang dapat kita lihat terus mesej yang hendak disampaikan terutamanya melalui karya fotografi .
Apa itu fotografi?
Fotografi atau dalam bahasa inggrisnya Photography berasal dari bahasa Yunani iaitu Photos@Phos dan Graphos. Photos didefinisikan sebagai cahaya dan Graphos didefinisikan sebagai melukis. Apabila digabungkan keduanya ia membawa maksud melukis dengan cahaya. Untuk lebih difahami kita boleh definisikan sebagai satu kaedah seni atau satu proses rakaman yang menghasilkan gambar dimana cahaya yang dipantulkan oleh objek akan masuk melalui kanta(lens) kamera dan diproses menghasilkan gambar sebelum disimpan didalam media filem atau media simpanan digital. Terdapat pelbagai kegunaan fotografi antaranya perniagaan, sains dan santai.
sumber : KLIK SINI

So, hampa rasa mana better. He he. Idokle pro, tapi bolehla. Baru belajar kan?

Gambar 1 : Jambatan

Gambar 2 : Buluh

Gambar 3 : Bunga Raya
So, aku pilih yang buluh tu nak hantar kat Ustaz Wan. Korang pilih yang mana?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

7 comments:

  1. Kreatif:) Awak menggabungkan fotografi dengan ayat-ayat motivasi...great works...

    Oh ya, jemput-jemput la datang ke blog saya ya. Salam.
    http://blogerlaptop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. nah! kate nak pilih jembatan? hihi.

    ReplyDelete
  3. kite rasa pun buluh. tu mcm kena ckit^^^ gud luck^^

    ReplyDelete
  4. eh.. awk minat gambar ek.. lehlah g page ni :

    https://www.facebook.com/fathumohamadphotography

    ni page lady.. byk gambar2 kat dlm ni.. tp kebayakannya gambar pantai.. boat.. sebab lady duk kwsn perkampungan nelayan..

    ReplyDelete
  5. dik, kalau gambar tu ade kaitan dengan kata2 lagi baik..

    maksudnye gabungan seni cahaya dengan kata2 tu biar sama iramanya..

    baru mesej yang ingin disampaikan tu terakam indah..

    gambar buluh tu cantik, kalau kaitkan kata2 nya yang bermesejkan ciptaan Allah pasti lebih kene.. setiap ciptaan Allah itu tidak ada yang sia2.. semuanya ada manfaatnya.. tu just contoh ayat yang msh belum terurai sepenuhnya.. kalau adik leh create ayat yng best, pasti lbh baik.. hihihihi

    ReplyDelete

Oh!Belog