21 December 2012

Cinta dan Sayang, yang mana akan kekal?

Bismillah.

Assalamualaikum. 

Awok semua perasan  tak yang saya sekarang ni, kemain rajin mengupdate blog? Kalau awok semua nak tahu, bila saya tengah rasa nak bercakap tapi rasa takmau cakap ke orang, saya gunakan medium penulisan sebagai perantara. Kalau awok semua nak baca, bacala. Amek buat iktibar dari kisah saya yang tak seberapa ni. Boleh kan?

Macam biasa, saya dapat idea kali ni daripada tweet kawan saya jugak, Jiha. katanya :

'Cinta dan Sayang, yang mana akan kekal?'

Pendapat dia, 'Sayang datang dulu then cinta. Tapi cinta yang habis dulu sebelum sayang.' Saya macam agak setuju dengan dengan pendapat dia. Awok camne lak?


Seperti biasa, saya akan bertanya beberapa orang sahabat saya sebelum saya buat kesimpulan. Setelah ditimbang tara, ini pulak pendapat saya dan sahabat saya tu.

Pertama, kita perlu tahu yang cinta ni darjat dia tinggi sekali dalam perasaan. Semua orang boleh dapat rasa sayang tu, tapi tak semua akan dapat rasa CINTA tu. Setuju? Sebagai contoh, kita nak rasa kemanisan iman dalam diri kita, kita harus, bukan harus saja, wajib-mesti-wajib untuk tanamkan rasa cinta kepada Pencipta dengan sebenar-benar cinta, cinta kepada saudara kita sendiri seperti mana cinta kita kepada saudara seislam dengan kita di Gaza dan Palestin dan jangan lupa cinta kepada diri kita sendiri. Macam mana ni nak cinta orang jika diri kita sendiri pon kita tak dapat nak cinta?

Kemudian, dari sudut lain, sayang dan cinta itu sendiri ada membawa maksud yang berbeza. Sayang akan kekal jika nak dibandingkan dengan cinta. Sebab tu nak dapat cinta tu susah tapi pelik kan, masih ada orang yang tak reti nak hargai cinta itu sendiri. Tapi bila dah dapat, nak kekal tu yang payah. Sebab nak sayang tu mudah. Kenapa? Sebab sayang tu senang nak datang bila-bila. Sebab tu kita mudah nak benci dan sayang orang.


Pendapat saya, inilah salah satu bukti bahawa tiada benda yang akan kekal di muka bumi ni melainkan Allah. Hanya Dia. Kita cinta manusia, manusia akan pergi tinggalkan kita tapi bila kita cinta Allah, Dia akan tetap ada dengan kita. Setiap detik waktu dan hela nafas. Mari kita sama-sama ingatkan diri. Mana tahu, kita dah lalai sikit. Allah tegur kita. :)

p/s : kedua-dua supervisor utk FYP saya dah keluar. Saya akan makin sibuk dengan FYP lepas ni. Doakan saya kuat utk tempuh.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

  1. Waalaikummussalam Kakak Jannah ^ ^ Cinta dan sayang Allah je yang kekal .

    ReplyDelete
  2. hahahaha..
    sis Jannah..
    rasa mcam kelakar soalan tue..
    mybe, I, myself tau tahu pun perbezaan perasaan itu..
    or mybe I never felt what is love before this..
    soooo..
    yang saya tahu, hargailah sesuatu sebelum ia pergi dari diri kita..

    from ::Arkitek Hati::

    ReplyDelete
  3. salam Cik Jannah, betul apa pendapat awk..

    seseorg pernah berkata kepada saya cinta itu hanya sesuai dikatakan kepada Allah sahaja dan sayang itu sesuai dikalangan manusia...
    wallahualam..=)

    ReplyDelete

Oh!Belog