05 February 2013

Kenapa Kau Menulis?

Bismillah.

Lama tak menulis di kanvas maya. Kadang-kadang jari sendiri lumpuh untuk terus menari di atas petak-petak berabjad ini. Minda juga turut bekerja keras untuk membantu jari untuk terus menari di atasnya, tapi masih tetap di takuk yang lama. Bukan senang untuk aku meluahkan jika apa yang aku cuba sampaikan itu masih tersekat di mindaku. Ah, persetankan rasa itu. 



Aku sendiri tidak menyedari, kapan muncul bakat yang entah datang daripada mana untuk kadang-kadang meluahkan rasa hati melalui kata-kata. Banyaknya kata-kata yang tak terluah di hati, tapi terluah di kanvas maya. Ya, aku makin suka perkataan kanvas maya. Epik!

Aku baru terlintas di fikiran, mungkin muncul minat menulis ini gara-gara tabiat dan hobi kesukaan ku mengisi masa lapang dengan membaca. Ya, membaca. Aku ada banyak koleksi bahan bacaan. Ada yang beli tapi masih berbalut. Kemas. Siap dengan tanda harga. Sabar, aku juga butuh waktu untuk membaca. Bukan aku tiada waktu untuk perkara lain.

Sekarang jarang lagi yang menulis menggunakan medium buku dan pen. Banyak yang memanfaatkan teknologi sedia ada. Tetap menulis, tetapi melalui medium komputer. Dalam erti kata lain, menaip. Tapi bagi aku, tetap membawa maksud sama. Tapi masih ada yang gunakan medium menulis menggunakan pen dan kertas, ya, tepat, semasa menjawab peperiksaan bertulis. Mana mungkin menjawab menggunakan komputer. Mahu meniru bebudaknya. Tapi satu hari nanti, siapa tahu?


Aku sering tertanya,

'Kenapa kau nak menulis, Jannah? Adakah sebab nak meraih populariti? Atau sekadar memenuhi masa lapang? Atau kau hendak menjana sedikit duit tambahan melalui tulisan kau? Atau ada sebab lain yang masih tersembunyi? Kenapa Jannah?'

Diam.

Aku berfikir.

Kenapa aku menulis? 

Harapnya, aku menulis bukan kerana nama. Eh, dah macam lirik lagu, kan? Aku juga berusaha memperbaharui niat setiap kali menulis. Menulis kerana Allah. Menulis kerana ingin menyampaikan serba sedikit ilmunya yang aku ada. Menulis kerana ingin berkongsi rasa.



Sedikit pesanan dititipkan, jika kau ingin menulis kerana hendakkan duit atau populariti, itu yang akan kau dapat. Tapi jika kau menulis kerana Allah, yakinlah. Perkara-perkara itu akan muncul selepas setiap yang kau lalui dengan susah payah. 

Diam.

Masih bermuhasabah diri. Allahu.

Maish banyak kekurangan diri yang perlu dibaiki.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

7 comments:

  1. menulis dengan ikhlas,
    pasti message yang ingin kita sampaikan lebih dekat dengan hati pembaca...
    Btw, awk mmg berbakat dlm menulis...
    Semoga sentiasa aktif berblog..:)

    ReplyDelete
  2. Jannah menulis kat mana selain blog ni? Rasanya blog jarang2 jugak jannah update. Ada journal lain ke yg akak tak tau? Bg la tau.

    ReplyDelete
  3. menulis dengan hati.
    walaupun usaha kita nampak kecil, mungkin besar maknanya pada yang membaca.
    in sha Allah ^^,

    ReplyDelete
  4. Biar apa pun sebab, menulis itu harus datang dengan tanggungjawab. Itu perlu.

    -AsaSiaga-

    ReplyDelete
  5. menulis perlu memberi manfaat kpd org lain kan. :)
    insya Allah, dengan usaha pasti berjaya :)

    ReplyDelete
  6. Selagi masih punya idea, waktu terluang. Luahkan saja setiap cetusan di laman blog. Pucuk pangkal mengapa kita mulai berkarya. Hanya Allah swt mengetahuinya. :)

    ReplyDelete
  7. salam, paling penting apa yg ditulis bermanfaat pd diri sndiri & org lain... walau x byk...sikit pun jadilah... :)

    ReplyDelete

Oh!Belog